Pages

Friday, November 13, 2009

Coret-Coret Rembang Malam.....

Benar kata-kata, kasih ibu sampai ke syurga. Dan benar juga bila berjauhan kita akan menghargai kasih sayang. Bila berdekatan, kita tidak menyedari kita saling melukai. Saat ini aku semakin rindu pada emak. Tidak sabar untuk balik. Tapi, apakah bila berhadapan aku mampu untuk meluahkan? Benar, Aku seorang yang sukar untuk meluahkan. Kata teman, luahkan perasaan sayang dengan kata-kata agar orang yang disayangi merasainya. Emak tidak pernah meluahkan kata sayang padaku. Mungkin aku tak perasan kot. Tapi, kurasakan kasih sayangnya.

Adakah aku mampu menjadi seorang anak seperti ayah. Sentiasa berbakti pada orang tuanya hingga ke nafas terakhir. Apakah aku bisa jadi seperti emak. Sentiasa tabah menghadapi orang tuanya yang pelbagai ragam dan juga sabar menghadapi kerenah saudara kandung yang memeningkan?

Apakah aku ingin jadi Mus'ab bin Umair abad moden? Sanggup meninggalkan ibu yang tua demi sebuah tuntutan perjuangan agama? Apakah layak aku sepertinya? Amal dan pengorbananku hanya setitis air di lautan. Malah mungkin lagi kecil dari itu.

Aku hanya mahukan yang terbaik dalam semua perkara. Ok. Nobody is perfect. Tapi, aku ingin memastikan smuanya menyenagkan hati emak. Walaupun sehigga kini, emak tidak pernah mengetahui harapan aku. Aku punya harapan ingin menyedekahkan sepenuh jiwa ragaku demi Islam. Aku ingin emak mengerti, bukan kesenangan dunia aku kejari. Aku ingin emak memahami, bukan pangkat dan darjat aku sanjungi. Aku hanya ingin emak mengerti, aku ingin hidup demi Islam yang aku cintai. Aku yakin, jalan yang ku pilih ini benar. Moga redha Allah mengiringi.

Sunday, November 8, 2009

Kreatif Untuk Menilai??


-->
Muqayyam atau liqa' mahabbah antara sahabat muslimat Jumaat lepas meniggalkan memori bermakna. Tambahan inilah semester terakhir Kak Azhani, Kak Farah dan Kak Wana bersama kami. Moga ada kebaikan untuk kalian. Maaf kerana menjadi adik yang kurang prihatin buat kalian.

Kreatif??
Malam itu kami berkumpul untuk bermain 3 permainan. Aku tertarik permainan ke dua di mana sahabatku Zuraida menyuruh kami menampal salotape setinggi mana yang kami mampu. Terhibur melihat sahbat-sahabt melompat setinggi yang boleh untuk menampal di dinding. Terlihatkan adik Sawal yang memanjat besi tingkap memeberi aku idea. Aku pun memanjat besi tingkap. Tapi aku letakkan pita di siling. Hurm...Waktu itu, tiada arahan mengatakan ahanya kawasan dinding sahaja. pada waktu itu juga siling yang paling tinggi. Jika bumbung rumah mampu aku naik, mahu sahaja aku lekatkan di situ.

Selesai sudah, Zuraida menyuruh sesiapa membuat kesimpulan.

" Kita pasti mampu melakukan jika kita fikir kita boleh lakukan."

"Tidak ada yang mustahil jika kita ingin melakukan sesuatu."
Aku juga berkata," Untuk mencapai kejayaan, kita perlu kreatif."
Bagi aku, kenapa perlu bersusah jika kita punya satu pilihan senang untuk mencapai sesuatu. yang paling penting adalah kita juga perlu kreatif dalam membuat sesuatu perkara bagi menghasilkan impak yang besar.
Think out of the box'.
Kita mengakui kepentingan untuk berfikir lain dari yang lain atau selalu kita sebut 'Think out of the box'.Namun, sejauh manakah kita cuba untuk melakukannya. Untuk melakukan tidak semudah untuk menyebutnya. Kita selalu didalam satu pemikiran yang lama. Idea yang lama. perkara yang selalu kita lakukan.
Apakah kita takut untuk melakukan sesuatu yang baru atau keputusan idea?Rasa selesa dengan cara yang lama? Rasa yakin dengan apa yang kita yakini? Atau kita memang seorang yang berpegang pada sesuatu yang kita yakini benar sehingga kita tidak mahu mengubahnya?
Keputusan idea bolrh ditasi dengan banyak membaca bahan yang pelbagai. Boleh juga berbincang dengan sahabat yang mempunyai pemikiran yang berbeza dari kita. Boleh juga berbincang dengan sahabat yang tidak duduk dalam suasana kita, supaya idea dia tidak terpengaruh dengan suasana kita.
Rasa selesa dengan yang lama perlu dilihat semula. Apakah rasa selesa itu sudah membuatkan kita keluar dari keadaan itu. Rasa selesa itu cukup bagus dengan suasana kita?Pandangan dari pihak ketiga yang tidak berautoriti amat perlu. Komen dari mereka perlu kita nilai. Oleh itu, jangan cepat melenting jika orang menkritik kita.
Keyakinan kita terhadap sesuatu perlu kita hujahkan kembali dengan orang yang berbeza pemikiran. Perlu kita tanyakan pendapat mereka yang telah berjaya di zaman kita tapi ditempat berbeza. Adakah apa yang kita pegang benar-benar perlu dipertahankan atau sebeanrnya boleh sahaja kita mengambil yang lain supaya kita tidak menyalahkan orang lain yang berbeza dengan kita.
Bagi aku, setiap generasi perlu mencipta kejayaan dalam zamannya dengan ideanya yang tersendiri. Perkara yang dilakukan perlu sesuai di zaman itu. Jika musuh sudah sedia untuk melancarkan perang dengan alatan perang yang moden dan segar. Apakah kita masih lagi ingin menggunakan pedang. Benar, nusrah Allah past bersama orang-orang yang beriman dan yakin padanya. Namun, ingatlah,

Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (QS Ar-Ra`du [13]: 11).
Mengikuti Sunnah??
Sesuatu yang dilakukan perlu mengikuti sunnah. Sunnatullah atau Sunnah Rasulullah?? Perkara ini perlu dibincangkan semula. Teringat penulisan Ustaz Hasrizal berkaitan Sunnatullah dan Syari'atullah dalam perkahwinan. Jika Syari'atullah dijaga sehigga melupakan Sunnatullah, perkahwinan itu juga akan ada masalah. Apakah kita membaca dan cuba untuk mengaplikasi dalam kehidupan yang lain?
Ketegasan kita untuk mengikuti Syaria'tullah dengan mengabaikan sunnatullah amat malang sekali. Sedangkna kedua-dua ini saling melengkapi. Apakah memakai pakaian yang suram gelap itu mengikuti sunnah?Hingga menyebabkan yang lain rasa " Apakah ini islam? Apakah ini perlu aku lakukan untuk membawa Islam?"
Teringat penulisan di dalam buku Bidadari Dari Timur, Tuan Guru Nik Aziz yang seorang Ulama' pernah menyatakan bahawa pemakaian yang berwarna-warni itu tidak salah asalkan tidak menimbulkan riak di hati.
Itu baru sahaja dari sudut pemakaian. Dari sudut perjuangan, cara kerja, mungkin kita akan bertemu dengan beberapa contoh yang lain. Bagaimana Tuan Guru melakukan beberapa tindakan yang diluar pemikiran masyarakat ketika itu. Jika kita melihat bagaimana Zainab Al-Ghazali seorang muslimat mampu membina kader-kader Islam yang muslimin. pernahkah kita mengkaji pembawakannya bagaimana?
Setiap mereka berani untuk melakukan sesuatu yang baru. Sedangkan kita juga berulangkali mengatakan Hukum Islam itu tetap, namun pelaksanaannya fleksible (Thabat wa Murunnah). Islam itu dilaksanakan mengikut keadaan semasa (Waqi'iyyah). Islam itu dan ini. Namun, sejauh manakah kita memahami dan mengaplikasi? Apakah silibus usrah hanya perlu dihafal untuk dimuntahkan kembali kepada anak-anak usrah?
Bagaimana untuk Menilai???
Satu penyataan Adik Yasha dalam sesi ta'lim pagi itu amat menarik perhatian aku. " Cara kita menilai sesuatu yang berlaku disekeliling kita bergantung kepada tahap iman kita" Hurmmm...aku lantas menilai diri. Namun, apabila tiba giliran sahabatku Zuraidah dia lantas berkata, "Mungkin penilaian sesuatu itu bergantung pada tahap iman, bergantung kepada pemikiran juga"
Aku bersetuju dengan Zuraida. Penilaian sesuatu perkara itu bagi aku adalah bersandarkan pada taraf Iman, akal dan juga emosi penilai. Untuk hadirkan contoh aku rasa tidak perlu. Setiap orang mungkin mampu memahaminya.
Jika kita bersandar iman semata, bagaikan kita mengenepikan akal yang diberi Tuhan. Jika
mengenepikan emosi, takut-takut kita melupakan perasaan orang. oleh itu, semuanya perlu diseimbangkan. Semuanya perlu diselaraskan. Wallahu'alam...Aku sekadar menulis mengikut kemampuan.

Tuesday, November 3, 2009

Idea...keliru...kacau...

Hari ini..aku keputusan idea..adakah kerana setelah seharian aku memerap dibilik tumpangan ini menyebabkan hati,akal dan rasa turut mati??? Namun, Alhamdulillah dengan bantuan broadband Muslihah ini aku masih mampu menerjah dunia luar. Baru hari ini aku sempat membaca isu-isu dari dunia luar. Apakah diriku ini? Membuang masa dengan sia-sia..

Kemalasan Melanda Diri??

Benar. Kemalasan melanda diri. Aku mengahbiskan masa dengan keluar bersama teman. Namun, hari ini aku menyesali dengan apa yang aku lakukan. Alangkah indahnya andai semalam aku habiskan di blik teman-teman. Tidak banyak, mungkin sedikit dapat aku kongsikan bersama mereka. Hurmmm...itulah manusia. Sentiasa terlepas peluang yang hadir depan mata. Hari ini, apakah yang akan aku lakukan?

Keliru??

Kekeliruan sering melanda manusia. Namun, hari ini aku semakin keliru dengan bakat, kelabihan yang ada dlam diriku. Setiap orang akan dianugerahkan bakat dan kelebihan kepada mereka. Namun aku? Masih mencari. Menulis?Memang bukan aku orangnya untuk menulis. Berhujah? AKu sering keputusan kata ditengah bicara. Seni?Ohh...aku teringat ayah yang selalu menyiapkan kerja lukisan aku semasa disekolah. Hurmm...apakah aku manusia yang kurang keupayaan untuk memberikan sesuatu kepada sebuah perjuangan?

Aku juga masih mencari apakah subjek kuliah aku yang benar-benar aku kuasai?? Benar aku begitu meminati Solid Waste Management. Namun, aku akui input-input luaran banyak yang aku tak tahu. Pengiraan untuk pengurusan kutipan sampah juga perlu aku rujuk semula.. Dan tiba-tiba aku tertarik kepada satu tajuk. Audit Persekitaran. Walaupun aku sering kepeningan di dalam kelas, aku melihat tajuk Audit ini dengan sesuatu yang ingin aku lakukan dan sumbangkan untuk Islam..

Semua mesti tak faham kan??adakah ini petanda aku semakin keliru. Otakku bercelaru?Jiwa kacau tak menentu??Hurmm..