Pages

Sunday, July 13, 2014

Sihat Cantik Selepas Kimoterapi Dengan Shaklee

Assalamualaikum. Salam Ramadhan semua. 

Asyik testimoni orang je kan. Ni diri sendiri. Semua tahu kan saya ni penghidap kanser Hodgkin Lymphoma. Jadinya, sejak 2012 terlalu banyak rawatan kimiterapi yang saya dah lalui. Meh tengok perubahan saya apabila saya amalkan Shaklee selepas rawatan. 


November tu, muka kusam muram sebab kesan rawatan kimoterapi. Kesan kimoterapi, sel-sel akan mati atau musnah. Tu yang muka kusam bermuram durja. Lepas tu, tak reti lak nak sapu bedak tebal 10 inci kan. 


Lepas rawatan, konsisten ESP. Disember mula pakai Pencuci Muka Nutriwhite dan Vitamin C. April makan Vivix sebab masih belum sembuh sepenuhnya. 

Muka tu taklah mulus dan gebus. Cuma nampak sihat je. Tak pa, sekarang ni fokus kita nak sihat. Kulit menjadi cantik itu bonus. 


Ok, sekarang ni cuma nak kongsi dengan uols yang ada masalah kulit tu. Kalau i yang sel musnah teruk sebab kimo boleh pulih. Uols yang sihat apatah lagi. Cuma harus bersabar k. Tengok jarak masa I tu. Hampir 6 bulan ye nak dapat kulit sihat semula. Sihat ye. Bukan putih. Putih tak semestinya sihat.


Ok. Bai. Cek malu. Tapi, cek nak kongsi dengan uols semua. Kecantikan tu bermula dari kesihatan dalaman. 
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Friday, July 11, 2014

Qunut Nazilah; Bantuan Ringan Buatmu Gaza

Assalamualaikum.
Dikala kita sedang enak menjamah aneka juadah di bulan Ramadhan, saudara kita di Gaza sedang berperang antara hidup atau syahid.

Nak angkat senjata kita tak mampu. Tapi, kita masih ada senjata yang ampuh. Doa. Qunut Nazilah adalah yang disarankan. Qunut nazilah merupakan bentuk perhatian dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya walau di kejauhan. Di dalamnya terdapat ketergantungan kepada Allah dan persaudaraan terhadap sesama muslibah.

Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

KAIFIAT QUNUT NAZILAH

1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
  Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: 
"Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".
(Hadis riwayat Imam Bukhari)

2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
3. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
4. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.


Ini adalah seringan-ringan bantuan yang kita mampu hulurkan. 

Ni saya google doa ni dengan ertinya sekali. 
Semoga membantu anda lebih memahami erti doa Qunut Nazilah ni.

Ni pun antara video kegemaran saya.

Saya juga nak cadangkan untuk sahabat blogger semua set akaun Palestin sebagai 'favourite'. Setiap hari transfer. Tak mampu RM1, transfer RM5. 


Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Monday, July 7, 2014

Puasa, Kanser & Shaklee

Assalamuaaikum. Salam Ramadhan. 

Syukur Alhamdulillah. Dapat juga saya bertemu Ramadhan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Thumma Alhamdulillah.

Sebenarnya, ada rukhsah yang Allah beri untuk orang yang sakit. Sesuai dengan ayat ini. 
“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).

Namun, sebenarnya tiada halangan untuk pesakit kanser Hodgkin Lymphoma berpuasa jika dia dalam kesihatan yang baik dan tidak menerima rawatan. 

Seperti kondisi saya. Pada 2012, saya tak berpuasa kerana saya ditahap terlantar. HB 7 dan Platlet juga 7. Hanya mampu terlantar di wad. Doktor pun tak beri puasa kerana kondisi yang sangat teruk waktu itu.

Pada 2013, saya dapat berpuasa 2 hari. Waktu tu, saya menerima rawatan di minggu ertama puasa diikuti dengan datang haid. Bila menerima rawatan kimoterapi, doktor nasihatkan untuk tidak berpuasa semasa kimoterapi dan seminggu selepas tu kerana perlu minum banyak air. Saya ikut nasihat doktor. Selepas habis semua rawatan saya, saya ganti semua puasa yang tertinggal sebanyak 27 hari. Alhamdulillah. Saya dapat habiskan mengganti puasa. 

Apabila saya mampu untuk puasa ganti, maka saya tahu saya boleh untuk Puasa di bulan Ramadhan. Yang penting, saya kenal badan saya. Saya juga tahu keperluan badan saya. Untuk berpuasa, saya perlu:
1. Bersahur dengan makanan Glycemic Index rendah
Selain untuk mendapat pahala bersahur, kita mesti bersahur supaya badan mendapat cukup tenaga.  Saya sarankan bersahur dengan makanan yang rendah Glycemic Index. Contoh: Roti gandum. Tapi, saya pilih sahur dengan Set Mighty 3 Gems Shaklee. Sepanjang saya mengganti puasa, saya tak tinggal sahur dan buka dengan set ni. Dapat rasa perbezaannya.

2. Kurangkan aktiviti berat
Tenaga kita, tak lah sama degan orang yang sihat. Jadinya, saya sarankan untuk kurangkan aktiviti berat seperti mengecat rumah. Kalau kemas rumah sikit-sikit tu tak da masalah. Kita perlu kekal aktif untuk kekalkan stamina badan. 

3. Minum air banyak diwaktu malam.
Saya cuba untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter di waktu malam. Cara saya, 
250ml buka. 
250 ml selpas solat Maghrib
250 ml Selepas solat Isyak
250 ml antara solat Terawikh
250 ml selepas solat Terawikh
250 ml moreh
250 ml sebelum tidur
250 ml penutup sahur 

Begitulah lebih kurang waktu saya minum air. Cuma saya akan selangkan dengan air Performance Drink Shakee. Saya yakin air isotonik Performance Drink untuk kekalkan bendalir badan saya. Tak berkarbonat dan juga gula tambahan.

4. Jangan tinggal ubat
Sila dapatkan nasihat doktor untuk jadual ubat semasa berpuasa. 

Itulah sedikit sebanyak cara saya bila berpuasa. InsyaAllah, Allah akan bantu hambaNya. Kajian juga banyak membuktikan kebaikan berpuasa. Hanya perlu yakin dengan Allah. 

Kalau anda juga nak berpuasa dengan Set Shaklee ni. Bolehlah order dengan saya. :)
  
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan