Pages

Friday, August 29, 2014

Saya Muntah Darah II

Lepas Subuh ni, sunyi dalam wad ni. Tulis blog sebab tak nak sambung tidur.
Alhamdulillah, dah boleh makan. Petang semalam dah cuba makan bubur nasi. Habis. Cuma kena makan perlahan-lahan.
Petang semalam pun ramai datang ziarah. Orang Kampung Siam (kawan-kawan mak) & kawan-kawan suami. Paling terharu bonda. Bonda datang dari Johor. 2 kereta. Kalau tak, nak datang 3 kereta.  T_T
Kak Balqis sekeluarga tiada dalam gambar. Adik saya, Mumtazah juga tiada. Mereka duduk di luar.
"Ya Allah, peliharalah keluargaku. Himpunkan kami dalam JannahMu"
Saya tahu, dalam hati masing-masing risaukan saya. Tapi,terima kasih untuk senyuman itu.
Buat Abang Fairuz, Kak Yaya & Akif di Canberra, maaf buat semua risau kat sana. Tenang-tenang ye. Nanti Hajjar update lagi. Doakan Hajjar di sini.
Salam Sayang dari Hajjar
6.51 pagi
Wad 8, Hospital Seberang Jaya

Thursday, August 28, 2014

Saya Muntah Darah!

Salam Jumaat

Post ini buat saudara & sahabat yang risaukan saya.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Tak ada ungkapan lain melainkan sujud syukur pada Allah atas nikmat sihat hari ini.Masih di Wad 8,Hospital Seberang Jaya.

Post semua saya baca satu-satu. Tak leh nak tahan air mata. Sebak! Semoga Allah makbulkan doa kalian buat diri ini. PM wassap semua saya baca. Tapi tak boleh nak balas. Perlu jaga branula di tangan.

Alhamdulillah, sekarang saya stabil. Dah tak perlu puasa. Makan perlahan-lahan sebab masih terasa sakit di esofaghus.

Laporan penuh belum lagi keluar. Jadinya saya hanya boleh maklumkan saya mengalami Esofaghus Varices. Salur darah di esofaghus pecah. Masih tak pasti sama ada berkaitan Lymphoma atau tidak. Doakanlah saya sihat sepenuhnya.

Apa-apa urusan boleh hubungi suami soleh saya @zainulfaqar

Salam Sayang dari saya
Hajjar Hassan
+6018-2349882Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Tuesday, August 26, 2014

JUBAH NURSING FELLINA

Salam semua.. Ni nak tunjuk Jubah Cantik. Jubah Nursing ni harus dimiliki oleh semua wanita solehah ♡♡ terutamanya yang sedang merancang untuk ada baby.
DESIGN:
✔Potongan ala Princess dengan enam panel.
✔Kombinasi 2 warna yang menarik & elegant
✔Aplikasi #frontbutton utk kemudahan #breastfeeding. Juga button di huj
ung lengan utk kemudahan mengambil wudhuk.
Ada 8 kaler yang cantik
Dark Blue-Pink
Black-Pink
Purplish Brown-Orange
Pink-Black
Merah Bata-Grey
Light Blue-Pink
Ni pulak untuk Saiz dia. Uols boleh ukur ye. Lepas tu order cepat-cepat. 
Harga bestt sangat okkeyy..
Normal market price RM169
OUR PRICE: RM139 only
MATERIAL: Super Vest (Soft cotton Valentino Denim)
Tak melekat. Tak ikot shape. Senang iron. Berkualiti tinggi.
SAIZ: 36/S to 46/XXL.
Labuh jubah 55-56 inci.
Jgn tunggu lama-lama..
Order sekarang.
*Kos pos #flatrate RM8 Semenanjung utk 1-4pcs jubah atau RM15 Sabah/Sarawak utk 1-2pcs jubah.
HOW TO ORDER:
SMS/WhatsApp 018-2349882
Email: hajjar07@gmail.com

Saturday, August 23, 2014

Semangat Pesakit Kanser

Assalamualaikum semua...

Walaupun Kanser ni dikatakan Pembunuh No.1 tapi Sakit Jantung juga dikatakan Pembunuh No.1. Jadinya, apa tujuannya diberikan ranking ni? Tujuannya adalah untuk memberi tahu semua orang penyakit ini sangat bahaya. Tidak boleh diambil mudah.

Jika kita anggapkan penyakit ini adalah penyakit yang amat bahaya dan memberi ancaman kepada kesihatan dan kehidupan kita. Jadi, kita harus tahu bagaimana caranya mengesan dan juga rawatan kepada penyakit ini sebagai satu perlindungan kepada kita. Kesimpulan saya adalah. Semua sakit adalah pembunuh jika ia tidak dirawat, dikawal, dibendung dan dicegah.

Sebagai pesakit Kanser Hodgkin Lymphoma Tahap 4 yang sedang berjuang, saya perlu kongsi dengan rakan-rakan pembaca semua apa yang menyebabkan saya mampu bertahan selama 2 tahun ini. 

1. SEMANGAT 
Orang selalu kata "Kuatkan semangat". Betul. Semangat tu yang mendorong kita untuk kawal minda dan badan kita.

2. IKHTIAR 
Cakap pasal Ikhtiar, saya rasa bukan sedikit yang saya laburkan untuk kembali sihat. Walau tidak 100% sihat, tapi saya rasa lebih baik dari 2 tahun lepas malah lebih baik lagi dari sebelum saya disahkan sakit. 

Ada satu masa tu, semua doktor buntu. Tak tahu saya sakit apa. Apa rawatan nak beri kepada saya. Badan semakin lemah. Haa masa ni macam-macamlah teori orang yang keluar. Macam-macam cadangan rawatan. 

Apa yang saya ingat, setiap kali selepas solat, saya doa
"Ya Allah, mudahkan urusanku. 
Jika rawatan hospital ini terbaik untuk ku, 
Kau berikan ilham kepada para doktor untuk rawatanku"

Waktu tu, bulan Ramadhan, setiap masa hati saya mendoakan Allah beri ilham kepada para doktor untuk dihuraikan penyakit saya. Alhamdulillah, akhir Ramadhan,  doktor dapat tahu sakit saya. Hodgkin Lymphoma Stage 4. 

Masa tu, saya bersyukur. Sekurang-kurangnya, doktor dah jumpa penyakit. Rawatan dah boleh dilakukan. Kalau tak, mungkin saya masih terlantar.  

3. DOA & TAWAKKAL
Lagi sekali ditekankan. Doa,doa,doa. Sebab semuanya atas kekuasaan Allah. Allah juga yang memberi ilham kepada para doktor. Allah jua yang menyembuhkan. Semua atas izin Allah. Itulah kunci untuk tawakkal kepadaNya.

**Doakan saya sihat sepenuhnya ya. Doa dari sahabat untuk sahabatnya insyaAllah Allah kabulkan. 

Inilah antara penguat semangat saya. Allah anugerahkan anak kecil lagi solehah ini untuk saya. Mana mungkin saya tidak berjuang untuk kebahagiaan dia.

Semestinya buat dia yang banyak berkorban untuk saya. Oh, i am touched!
Saya mahu lihat senyumannya. Selalu.
Untuk keluarga bahagia ini. 

Paling banyak berkorban demi anak ini.
Bonda, terima kasih semuanya.  Tak dapat balas jasa bonda. 
Pesan bonda insyaAllah akan diingat dan diikuti.

Juga buat semua ahli keluarga. Terima kasih! Sayang korang semua! Tak larat nak upload gambaq banyak-banyak. Huhuhuhu.
 
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Friday, August 22, 2014

WAHM: Planner untuk Work At Home Mom

Assalamualaikum semua. 



Baru dapat duduk. Dari awal pagi menyibukkan diri kat rumah ni. Saya, kalau pagi tu bangun awal, semua kerja pantas. Kalau pagi tu tertidur semula selepas Subuh ka... Memang hari-hari ku kelauttt.

Kadang-kadang, saya tertanya-tanya, macam mana uols yang WAHM ni eh? Uols ada planner ke? Saya ada. Tapi, ada dua keadaan. Saya tak buh To Do List atau saya tak tengok pon planner tu seharian. T_T. Tapi, pernah seminggu tu saya ada buat To Do List. Memang berjalan lancar hari tu. Mana yang saya tak sempat buat hari tu, saya cover hari esoknya. Well Organized gittew. hihihihihi.

Tapi. nak ISTIQAMAH menulis To Do List dan memfollow tu yang ke lauuut sangat! Menggodek sana sini akhirnya saya jumpalah sesuatu yang menarik. Menarik ke? Menariklah juga buat Ibu Muda Cantik Jelita yang baru nak WAHM ni. 

Ni saya jumpa bebrapa Website yang jual Planner yang cantik-cantik.

Tapi, yang ni lagi best. Dia cerita satu-satu apa yang dia buat. Bolehlah buat sebagai panduan. Modern Mami

Oklah, saya nk p godek-godek. Rasanya nak print daily planner tu. Tak pasti nak pilih yang mana. Yang penting kena ada satu yang erlu dikelek ke mana-mana even ketika perlu membasuh baju. 

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Monday, August 18, 2014

Inilah punca sebenar kami kongsi beg Faqar

Gembira dapat window shopping di D.I.Y. Seberang Jaya, tengah hari semalam.

Ke mana pun Faqar pergi, Faqar akan bawa beg galasnya.

Dalam beg itu, ada macam-macam. Ada nota wartawan, ada kamera digital, ada buku wartawan dll.

Sejak dua jejak Cik Putih kata nak pakai komputer riba di Rumah untuk bisnes Shaklee, beg Faqar ke pejabat sedikit ringan.

Tetapi, penuh dengan press kit.

Dari situ, Cik Putih belajar sesuatu.

Kita akan mencipta ruang yang baru, jika kita tidak menguruskan ruang kosong yang sedia ada.

Sebab itu, press kit lama sarat dalam beg Faqar, apabila Cik Putih berjaya 'culik' komputer riba Faqar.

Sebelum Faqar bergegas ke Kuala Lumpur untuk urusan politik kepartiannya, Faqar mencuri sedikit masa membawa Cik Putih dan Insyirah Solehah outing.

Hari itu, kami pergi kedai aksesori D.I.Y. dekat Seberang Jaya.

Sengaja Cik Putih tak bawa beg tangan dan beg Insyirah Solehah.

Faqar akhirnya mengeluarkan semua aksesori serta press kit lama yang tidak diperlukan supaya pampers, pakaian Insyirah Solehah, botol susu, bekas susu serbuk, Vivix dan aksesori peribadi Cik Putih sendiri dapat termuat ke dalam beg Faqar.

Hari itu, kami tak beli banyak bekas di D.I.Y., kerana bekas yang baru akan mewujudkan ruang yang baru.

Pada hari itu juga, kami tiga beranak melawak nak mengamalkan 5S di rumah.

Sisih (Seiri)
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

Susun (Seiton)
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

Sapu (Seiso)
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

Seragam (Seiketsu)
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

Sentiasa Amal (Shitsuke)
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.

Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Sunday, August 17, 2014

Susun Atur Buku Insyirah

Assalamualaikum semua...

Macam pelik lak kan? Tiba-tiba susun-susun lak tajuk entry. Hihihihi. Sebenarnya, sejak balik raya hari tu hati dah geram tengok buku-buku Insyirah yang tak ada tempat nak letak.


Tengok ni. Bersepah kan? Semak hati menengoknya. Dengan barang-barang saya lagi. Semuanya bersepah atas lantai.
Bawah meja tu barang-barang my hubby.Dalam kotak tu, ada stok Shaklee dan bebrapa merchandise pemasaran. Dalam plastik tu, kain pasang nak tempah. Ada yang dua tahun I peram. Melampau kan?
 
Hari ni baru ada masa ke Mr. DIY. Cadangnya nak ke Mydin beli rak buku, container, magazine organizer, bekas stationary. Tapi, suami sibuk sangat. Dia balik rumah kejap je. Cepat-cepat ajak dia ke Mr DIY. Sekurang-kurangnya, dapat beli sikit apa yang ada. Boleh start sikit-sikit.

Tp, banyak barang tak ada kat Mr. DIY hari ni. Banyak yang habis. T_T
Akhirnya, pulang dengan

- 2 container (sebenarnya, ini adalah tipuware)
- 2 bekas stationary
- Cash book keeper
- Botol air Insyirah
- Pants Hanger
- Battery

Eh? Macam ada yang tak masuk senarai kan? Hihihi. Itu adalah normal bila membeli ikut rasa. Kehkehkeh Kemas dulu. Nanti kita tengok apa jadi ye. Hihihihi

Psttt: Saya ni baru je nak berjinak-jinak dengan susun atur deco-deco nih. Selama nih tahan hati tengok kat I Heart Organizing tuh. 
 
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Friday, August 15, 2014

10 Idea SOHO Buat Work At Home Mom WAHM

Assalamualaikum semua. Dari malam tak boleh tidur. Dok terbayang-bayang je. 
Ini adalah salah satu impian saya. Nak ada pejabat dirumah. Atau orang puteh kata SOHO. Small Office Home Office. Jadinya, gatai tangan dok google2 SOHO2 orang nih. Meh nak tunjuk mana yang Cik Putih berkenan.

Selalunya, SOHO ni sinonim dengan satu bilik khas yang dijadikan ruang untuk buat kerja. Tapi... Cik Putih tak mau macam tu

Ni yng biasa. Ada bilik khas. 

Cik Putih nak sesuatu yang macam nih!


Atau begini.

Atau begini

Atau begini. Kalau serabut tutup pintu tu. Orang tak tau apa dia disebalik tu.

Yang ni tutup guna langsir.

Ni pun best!


Ini pun!

Ini juga!

Black n White. Elegen!

Hijau...

Tapi, paling saya suka yang ini. Ada dua workspace! Satu untu dia.

Atau ini. Boleh jeling-jeling. Lepas tu, tak lah gaduh-gaduh tolak siku! Heeeee....

Cik Putih berkenan ruang SOHO di ruang keluarga supaya boleh sentiasa bersama keluarga even kerja sedang menggunung. Hey! Cuba uols share SOHO uols! Boleh jadi inspirasi buat WAHM yang lain. ^_^

Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan