Yuhuuu. Akhirnya mood menulis kembali. Penatlah cari mood dan idea menulis ni. Tak kunjung tiba. Respek pada yang sering hapdate blog tu. Idea mencurah-curah ke landang gandum. Ops! Jadilah Coco Crunch!!
Saya pon dah lupa tujuan ada blog nih. Weehuuu!! Dulu macam nak share pasal parenting dan penyususan. Berlalulah fasa penyusuan tu tak jugak berhapdate. Masuk fasa nak sharing pasal lymphoma journey ni. Sampailah jorney tu dah sampai Eropah, saya masih kat Malaysia kira duit tambang cukup tak cukup nak ngejor Journey yang dah sampai Eropah tu. Nak kongsi pasal Insyirah Homeschooling. Masuk ke hujung tahun idok juga ku kongsikan. Haihhhh.
Maka, sekarang ni bila dah ada mood. Apakah yang harus ku kongsikan?
Dan haruslah anda semua pun tak ada jawapan. Hihi. Ok. Selepas entry ini. Saya berjanji akan ada satu lagi entry yang menyusul. Topiknya tak boleh nak janji. Mihmihmih.. Saya baru nak pikir.
Pages
▼