Pages

Saturday, May 23, 2009

Kemelut Politik Malaysia

"Setiap manusia di dunia ini pasti menghadapi masalah. Kita tidak boleh lari dari masalah. tetapi, kita perlu hadapi masalah itu kerana semua itu yang mematangkan diri kita. Masalh itu juga adalah dugaan yang telah ditetapkan Allah"

Begitulah kata-kata pakcik ku sewaktu bersarapan pagi tadi. Kata-kata yang diluah atas kekecewaan insiden yang berlaku di Perak. Bulan berganti bulan namun Perak masih belum bersidang. Apa yang berlaku di Perak bakal mengundang amarah rakyat. Kerajaan masih lagi dengan pemerintahan kuku besinya. Penangkapan beberapa ADUN Pakatan hanyalah menambah amarah rakyat. Rakyat nampaknya tidak lagi gentar dengan ugutan tirai besi. Kita juga menyaksikan beberapa anak muda dari Solidariti Anak Muda Malaysia yang dibimbing oleh Che'gu Bard menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya.

Kemelut politik hari ini juga mengakibatkan sesetengah golongan akademia tidak lagi ingin masuk campur. Namun, tak kurang juga yang menjadi penasihat dan juga pengulas memberi penerangan kepada rakyat atas apa yang berlaku pada hari ini. Saya secara peribadinya menyokong tindakan golongan akademia yang tidak berdiam diri atas kemelut yang berlaku pada hari ini. Sesungguhnya, golongan akademia itu lahir dari rahim sebuah universiti. Kita juga sebagai mahasiswa perlu meneliti pergelutan dan kemelut ini dari kaca mata seorang mahasiswa yang intelek. Peranan utama mahasiswa sebagai 'catalyst group', 'preasure group', dan 'check and balance' perlu dilaksanakan.

Mahasiswa juga diharap tidak memberikan sokongan kepada mana-mana pihak dengan membuta tuli. Sokongan yang diberi perlu dengan pemerhatian akal yang waras. Informasi yang diterima harus dinilai engan mata hati. Jangan gentar dengan ugutan. Sebagai rakyat kita punya hak. Jika dikata Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara, kitalah pemuda dan pemudi itu. Masa hadapan negara berada pada tangan kita.

Perjuangan politik negarawan, politik nilai perlu difahami. Jikalau anak muda pada hari ini mengatakan tidak mahu terlibat dengan politik yang kotor. Maka, selamilah perjuangan politik nilai, fahami politik negarwan. Lakukan perubahan landskap politik Malaysia menuju Malaysia Baru.

No comments:

Post a Comment