Pages
▼
Sunday, August 30, 2009
Mahasiswa Tidak Merdeka?
oleh: Siti Hajar Binti Hassan
Pabila tiba bulan kemerdekaan, pasti ramai pihak akan berpusu-pusu untuk menayangkan sikap patriotik dalam diri mereka. Pasti ada di antara kita semua yang berpusu-pusu untuk membeli bendera Malaysia. Mungkin yan gpaling besar itu paling patriotikdalam tanggapan sesetengah pihak. Mungkin juga ada yang tidak menghiraukan langsung tentang tibanya tarik keramat 31 Ogos. Namun, persoalan yang paling utama disini adalah, sejauh manakah kita menghayati kemerdekaan itu? Sebagai golongan mahasiswa yang punyai intelektual yang paling tinggi dalam masyarakat adakah kita menyedari bahawa di luar sana, masih ramai lagi yang kabur dan samar konsep merdeka yang sebenatnya.
Namun, saya tinggalkan persoalan ini untuk kita lihat renungkan bersama. Memetik penulisan Saudara Sfaie Hashim, Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya " Dalam konteks mahasiswa pula pada saya belum lagi merdeka . Sejarah gerakan mahasiswa satu ketika dahulu menunjukan bahawa mereka benar-benar merdeka .
Merdeka dari sudut minda, personaliti dan tindakan. Era 60an -70 an menukilkan sejarah mahasiswa yang tampil dengan spirit yang menggerunkan banyak pihak samada di kalangan mahasiswa dan pemimpin negara sendiri.
Keberadaan mereka di rasai oleh semua pihak. Perjuangan mereka tidak retorik, ada sahaja perkara yang tidak betul merekalah menjadi jaguh bagi membetulkan keadaan .
Lihat sahaja bagaimana kehebatan mahasiswa dahulu di dalam isu kemiskinan di Baling , Isu Hamid Tuah dan banyak lagi. Perjuangan mereka tidak kenal erti takut, erti di penjara, melainkan di hadapan mereka hanya ada prinsip jelas bahawa yang hak tetap hak , manakala yang batil tetap batil.Yang benar perlu di tegakkan , manakala yang salah perlu di hapuskan sama sekali. Bagaimana pula kita hari ini.
AUKU menjajah Mahasiswa ??
Kewujudan Akta Universiti & kolej Universiti (AUKU ) 1975 telah merencatkan sebahagian besar mahasiswa dalam segenap aspek pada ketika itu . Mahasiswa kembali lesu serta tidak proaktif dalam berbincang dan berpencak seperti mahasiswa seblum Akta kuku besi itu wujud .
Walaubagaimanapun mahasiswa tetap bangkit meredah tembok yang kebal itu. Setiap tahun mahasiswa berjuang tanpa menghiraukan tembok di hadapan, bekal didikan yang mantap , tidak timbul lagi soal takut dengan tindakan polis, tindakan universiti dan sebagainya yang terkandung dalam akta draconian itu. Aksi demi aksi terus berlaku tanpa menghiraukan risiko yang bakal di hadapi.
Kesannya membawa mahasiswa berjaya mendesak kerajaan Malaysia meminda AUKU untuk di pinda kali ke kedua pada tahun 2008. Walaupun begitu, mahasiswa masih di telengkup dengan strategi permurnian kalausa yang mengelirukan mahasiswa dalam memahami akta ini.
Pendek kata AUKU masih lagi merencatkan pada sesetengah pergerakan mahasiswa. Biarpun di pandang sebagai ketelusan pemimpin negara dalam menerima kebebasan mahasiswa bersuara , tetapi ianya hanya indah khabar dari rupa.
Namun , kekangan ini tidak menjadi masalah hanya bagi mereka yang berani menyepak AUKU ini seperti bola kerana sasaran mereka yang serius dengan perjuangan hanyalah ‘tiang gol’ di hadapan.."http://mahasiswakini.com/archives/4284
Secara peribadinya, saya sebagai mahasiswa mengakui pandangan beliau. Ramai dikalangan mahasiswa pada hari ini terutamanya yang mengakui mereka aktivis mahasiswa merasakan perjuangan memperjuangkan hak mahasiswa sudah tidak perlu lagi dilakukan kerana AUKU telah dipinda. Namun, perlu diingat di sini pindaan itu semakin melemahkan gerakan mahasiswa.
Lemahnya gerakan mahasiswa pada hari ini, bakal menyaksikan satu kelemahan tampuk pemerintahan akan datang. Justeru, kajilah dan lihatlah dalam diri, apakah kita telah menemui jawapan erti merdeka sebenarnya?? Apakah dengan memebenarkan segenap laku para pemrintah itu dibilang Patriotik? Apakah dengan mengkritik itu dilihat pengkhianat? Renung-renungkan, fikir-fikirkan. End
Penulis merupakan Penggerak Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia dan juga Exco Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar USM.
No comments:
Post a Comment