Pages

Tuesday, April 16, 2013

Keputusan Pet Scan

Emosi pesakit kanser ni pelik. Di luar mungkin tenang tapi di dalam. Sedang berperang dengan 1001 rasa.
Kalau ikut hati saya
  • I want to be like this or that
  • I want this I want that
  • I want to achieve this I want to achieve that
  • I want to be like her I want to be like him
Itu kalau sayalah. Mungkin sangat tinggi impian yang di pasang membuatkan saya tak pernah rasa susah dengan kanser dalam badan. Tapi, kadang kala sukar menguruskan emosi bila mana saya dilihat tidak bermaya, lemah kerana kanser. Come on..it just a cancer. Bukan pistol ynag diletak dikepala.yang akan ditarik picu bila bila masa. Ini bukan ego. Tapi ini adalah motivasi yang saya tanam dalam diri. Kalau rakyat Palastine hari hari dibedil peluru semakin kuat jihad mereka. Tapi berlainan dengan saya. Kalau hari hari diingatkan tentang kanser dan ketidakupayaan saya maka akan hilang semangat saya.  Sukar menguruskan emosi bila orang lain yang mengingatkan saya tentang kanser. Mungkin prihatin. Tapi kadangkala ia membuat saya rasa down. Terasa semangat tertanam di dalam tanah berkubur bersama roh. Hanya jasad yang bergerak. 

Tapi, andai ahli keluarga anda down kerana kanser so, the moral support is different. Anda yang harus hembuskan impian dan semangat itu supaya membara. 

Baiklah hari ini result pet scan dah keluar. Allah..luluh hati bila doktor kata masih ada sisa baki sel kanser dalam paru paru tu. Air mata yang ditahan luluh dibahu suami. Saya tahu dia sedih. Tapi dia cuba untuk kuat dihadapan saya. Dr. Goh Ai Sim mencadangkan kimoterapi ais untuk saya dalam tempoh 3 bulan dengan kekerapan sebulan sekali. Kejayaan saya adalah saiz ketumbuhan itu mengecil. Saiz limpa yang bengkak /spleen juga berkurang kepada 2cm dari 14cm.

Kes saya pernah dikatakan agak kompleks oleh Dr Lim Sui Min dari HSA Johor Bahru. Begitu jugalah kata Dr Goh di HPP ( orang lebih suka sebut GH). Hodgkin Lymphoma di paru paru. Hish. Akal budak teknologi persekitaran susah nak faham dan diterangkan untuk bacaan umum. 

Hari Rabu 17/4/2013 akan masuk wad di HPP selama 4-7 hari berrgantung keadaan badan saya menerima ubat kimoterapi. Nanti akan saya kongsikan pengalaman saya kimoterapi ais. Sebelum ini kimoterapi ABVD. 

Listencake akan dibekukan pengeluaran sehingga saya habis kimoterapi. Mungkin sehingga Ramadhan tahun ini. Insyirah akan dijaga oleh keluarga suami. 

No comments:

Post a Comment