Idea untuk buat playdough ni datang bila Mak Long Insyirah terbeli playdough yg keras. Kesian budak-budak ni nak main. Kebetulan esoknya saya keluar terus beli cream of tartar. Resepi saya ambil di Blog Mamahomeschool
Tak apa saya letak di sini juga.
RESEPI PLAYDOUGH
2 cawan gandum
2 cawan air
1 cawan garam
1 sudu besar minyak
2 1/2 sudu teh cream tar-tar
pewarna makanan
Cara
membuatnya:
Campurkan semua bahan kemudian panaskan atas api. Kacau sampai ia jadi sprt mash potato. Lepas tu bolehlah dibahagikan
utk diletakkan pewarna. Uli sampai jadi doh.
2 cawan tepung tu dapat sebanyak ni. Saya rasa kalau anak sorang tu cuba ubah resepi kepada 1cawan tepung sahaja.
Khusyuk mereka bermain.
Insyirah dah mula melenyek-lenyek playdough tu.
Tengok Insyirah dah sampai kemuncak. Dia letak atas lantai dan pijak-pijak.. Sangat kreatif.
Sebenarna banyak pelajaran semasa main playdough ni. Kita boleh ajar bentuk, warna, saiz, nombor, abjad, huruf hijaiyyah. Tapi saya pun tak buat sebab masa ni saya sibuk dengan persiapan perkahwinan adik ipar.
p/s: azam kami nak homeschooling Insyirah untuk tahun depan. amin... InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment