Pages

Wednesday, January 15, 2014

My Breastfeeding Journey

Laaa cerita susu ibu pula? Kalau nak tahu topik ni antara topik yang saya suka. Ingat lagi masa mengandungkan Insyirah. Hari-hari baca topik ni. Google sana sini. Masa mengandung tu saya dah set yang saya nak menyusukan anak saya sehingga umurnya 2tahun. Alhamdulillah, saya mampu susukan Insyirah selama 11bulan. lebih 13bulan tu boleh baca kisah saya diSINI. (Waktu ni saya rasa bersalah sebab tak buat stok. Iyalah fulltime housewife kan)



Sepanjang 11bulan tu walaupun saya surirumah sepenuh masa (4bulan sahaja menjadi guru ganti) tetap merasakan cabaran dalam Breastfeeding Journey ini.

Insyirah pula masa bayi ada perangai 'ngempeng'. Itu bahasa jawa. Saya tak pasti bahasa Melayunya. Sentiasa nak melekap bila tidur. hihihihi.

Masa tu saya merasakan sangat letih. Saya pula ada masalah bila letih tak lalu makan. 
Masa itu juga saya buta vitamin dan supplement ni. T_T
Maka, saya lalui hari-hari itu dengan sedikit tekanan. Ditambah tekanan yang ada, bertambah-tambah tekanan saya. Kadang-kadang saya perasan susu merudum. Waktu tu saya hanya mampu berdoa agar Allah cukupkan rezeki untuk Insyirah. Tak terfikir mencari solusi. Masa baca dulu-dulu tak baca tentang supplement. 

Alhamdulillah, sebab saya tekad nak Breastfeeding Insyirah saya mampu Exclusive Breastfeeding Insyirah untuk 7 bulan pertama. Saya kenalkan solid food pada Insyirah selepas 7 bulan. 

Owh ya, Ikon saya dalam Breastfeeding Journey ni tentulah Mak saya sendiri. Mak berjaya susukan kami selama 2tahun. Selain itu kakak ipar saya, Kak Yaya. Saya kagum dengan semangat dan ilmu dia tentang Breastfeeding ni. Kak Yaya ada masalah dalam Breastfeeding di awal-awal kelahiran. Tapi Ahmad Akif Iman juga berjaya Eksklusif sehingga 6bulan sebelum dikenalkan dengan Solid Food.


My lovely Brother. Kak ipar saya nampak muda dan comel kan? Yang hensem tu Ahmad Akif Iman. Diorang ada kat Australia setahun ni. T_T 
Rindu.........

Saya pernah berimpian untuk jadi kaunselor laktasi. (shhhh...yang ini rahsia tau. besar sangat impian tu.) Tiba-tiba rasa, mungkin lebih baik saya share pengalaman dan ilmu tak seberapa saya buat panduan pembaca. Tambahan kawan-kawan sebaya pun ramai yang merancang dan sudah mendirikan rumahtangga. (saya antara terawal kahwin dalam geng).

Akan datang saya akan share serba sedikit tips-tips yang berguna yang saya tahu ya. 

Hajjar Hassan
ID: 1090868
WahtsApp/sms/tel
018-2349882

No comments:

Post a Comment