Pagi ini dikejutkan dengan berita pemergian kakak naqibah saya, dari zaman Matrikulasi. Wan Syazana Wan Mansor. Isteri kepada abang naqib saya. Ahmad Shanawey Bin Roslan.
Satu lagi kematian yang menghidupkan. Menghidupkan hati-hati yang mati bahawa ajal maut itu ketentuan Ilahi.
Ukhuwwah yang dibina sedari zaman Matrikulasi membuah sehingga kini. 7tahun berlalu. Tapi, masih terngiang-ngiang celoteh mereka. Tubuh yang tidak pernah lelah dan jemu menyemai benih rantai perjuangan.
Allah, aku bersaksi padamu jiwa mereka ini telah mereka serahkan untuk agamaMu ya Allah.
Ya Allah ampuni dosa-dosanya. Tempatkan beliau bersama para solihin.
Abang Awe, semoga abang tabah menempuhi dugaan ini.
Buat anak-anak Kak Nana, semoga kalian menjadi anak soleh solehah.
No comments:
Post a Comment