Pages

Wednesday, March 12, 2014

MH370, Satu Sandiwara Menyentak Jiwa


Hati ni tak mampu bertahan. Bergetar hati. Menggeletar tubuh melihat perlakuan mereka. Astaghfirullah. Hanya mampu beristighfar.
Minggu ini, satu Malaysia sedang bersedih dengan tragedi MH370. Sana sini semua orang bercakap. Tatkala berita ini muncul, hampir seluruh warga Malaysia sebenarnya sedang berduka dengan hukuman tuduhan liwat ke atas DSAI. Saya tak terkata sedihnya ketika itu. Dia adalah bos saya sewaktu di Tropicana. Bila bangun awal pagi dan menerima berita MH370 bagai dah tak terkata sedihnya.
Saya tidak menulis apa-apa status di FB berkaitan MH370 kerana saya lihat insiden ini terlalu banyak spekulasi. Hilang tanpa jejak. Hati dan akal sendiri berteka-teki. Tahan jari dari meluah di FB.
Tapi sejak 2 hari lepas,  saya kecewa. Kecewa dengan pihak pentadbir negara. Rakyat dilarang membuat spekulasi. Tapi akhbar rasmi menulis spekulasi. Info yang diterima berbolak-balik.
Lalu muncullah Ahli Nujum Bangsawan. Mengintai dari teropong buluh dan menaiki tikar terbang. Sedih.
Perbuatan ini dibiarkan oleh mereka yang bertanggungjawab. Sudah terang perbuatan mensyirikkan Allah. Mana PERKASA? Mana ISMA? Mana JAKIM? Mana? Mana mereka yang teguh pertahankan kalimah Allah?
Perbuatan bomoh itu adalah kemuncak kebodohan, kezaliman sang  penguasa. Apakah nilai nyawa rakyat itu semurah ayam RM1 di pasar? Apakah nilai nyawa kami semurah harga bubu ikan? Semurah tikar yang tak bisa terbang?
Ya Allah, selamatkan kami. Jauhkan kami dari bencana dan malapetaka.

No comments:

Post a Comment