Pages

Monday, October 13, 2014

IMPIAN SAYA

Assalamualaikum semua. Oktober dah nak masuk pertengahan, tapi belum post apa-apa pon lagi untuk bulan ni kan? Saya mahu mulakan Oktober ini dengan berkongsi kepada anda semua Impian saya.

Menulis Impian

Dalam buku Law Of Universal Attraction karya bersama Zuhairi Nopiah & Amin Idris ada menyatakan Impian perlu ditulis.

Jadinya, saya nak tulis Impian saya di sini. Impian yang benar-benar lahir dari hati saya.

- Pada Oktober 2014 ini saya mahu menjadi Supervisor Shaklee.

- Pada Disember 2014, saya mahu bebas & sihat dari Hodgkin Lymphoma.

- Pada Mac 2015, saya mahu menunaikan umrah bersama keluarga saya.

"Mohon agar semua pembaca sudi doakan saya berjaya menggapai Impian saya ini"

FAR Menjadikan Kita Percaya Sebelum Berjaya

Impian dah tulis. Tapi, takkan nak pandang je kan? Lepas tulis kenalah percaya Impian akan terkabul. Percaya dengan sepenuh keyakinan (Faith). Kita harus percaya sebelum meminta sebab kita nak minta dengan Maha Pemberi.

Selepas kita dah ada keyakinan(Faith) kepada Maha Pemberi, barulah kita dapat meminta (Ask) dengan sesungguhnya dan penuh pengharapan. Bila dah minta, InsyaAllah kita ada menerima (Recieved) Impian yang telah dikabulkan. Hanya cepat atau lambat. Kerana Allah dah janji Dia akan beri.

Sebenarnya, banyak lagi yang nak dikongsikan tentang Impian ni. Tapi, cukuplah. Nak tahu lebih lanjut, kenalah baca buku LUA tu. Saya beli versi ebook di Play Store.

Doakan saya dapat capai Impian saya ye. Till then. Assalamualaikum. ^_^

No comments:

Post a Comment