Pages

Tuesday, November 11, 2014

Vitamin-C Melawan Kanser

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak kongsikan tentang Vitamin C. Selalu kita dengar dan faham Vitamin-C ni bagus untuk kecantikan kan? Tapi, tahu tak Vitamin-C juga mampu untuk melawan kanser. Pesakit kanser, wajib baca ni tau. 

Vitamin-C ni satu-satunya antioksida yang boleh meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cell unutk melawan penyakit. Dalam darah kita ada sel darah merah, platlet dan sel darah putih. T-cell ini berada dalam sel darah putih yang berperanan sebagai antibodi badan melawan penyakit.

Vitamin-C juga mampu membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. Mana kita dapat kimia berbahaya ni?

Antara sumber kimi berbahaya dalam kehidupan seharian. Memang setiap hari pun kita jumpa semua ni kan?


Setiap hari kita bekerja dengan produk-produk di atas kan? Sabun pencuci, kosmetik, set penjagaan diri, prcossed food, dan banyaak lagi. Sedikit sebanyak kimia berbahaya meresap apabila anda menyentuh atau menghidu produk-produk tersebut.

Haaa bahan kimi berbahaya ni akhirnya akan membebaskan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas yang tak dibuang ni yang menyebabkan penyakit kronik macam sakit jantung dan kanser. Jadinya, Pengambilan Vitamin-C penting untuk bantu badan singkirkan radikal bebas. 

VITAMIN C Vs BUAH
Boleh ke kalau tak nak ambil Vitamin C? Nak makan buah je. BOLEH! Tapi...... baca bawah ni dulu.

Setiap hidangan buah membekalkan 45-60mg vitamin-C. Buah akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap selepas 10 hari buah ranum. Kalau buah kurang ranum, maka kuranglah Vitamin-C. Lepas tu, kandungan vitamin-C akan berkurang separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terddah kepada kepanasan. Belum kira lagi buah disembur racun perosak. 

Jadinya, meh cek semula diri. Berapa banyak buah makan sehari? Kalau anda dapat makan 7biji buah limau organik sehari kemungkinan anda dapat berikan tubuh anda Vitamin-C yang mencukupi.


Saya pilih Vitamin-C Sustained Relesed 500mg Shaklee sebab saya sedar saya pesakit Kanser Lymphoma tidak dapat makan buah setiap hari. Walaupun saya cuba untuk makan setiap hari tapi, mesti ada hari yang saya tak makan atau minum jus buah sebab sibuk atau buah tak beli.

Jap! saya tak kata anda tak perlu pergi kimoterapi ye. Saya sangat cadangkan pesakit kanser dengar kata doktor. Ikut jadual rawatan. Supplement Vitamin-C boleh diambil selepas rawatan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.
 
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

1 comment:

  1. Saya pesakit kanser lidah.saya telah selesai rawatan kimoterapi & radioterapi.bdn saya menjadi kurus kering,sudah hampir sebln saya cuba menaikkan berat badan agar ada kekuatan,saya makan buahan(dikisar),bubur(dikisar)&Susu tanpa gula tetapi tiada perubahan. Soalannya sekarang perlu kah saya mengambil vitamin c tambahan utk kembali kuat & berisi kembali?

    ReplyDelete