Assalamualaikum semua, hari ni saya nak kongsi pasal Homeschool Insyirah. Dah masuk bulan 3 dah. Baru sempat nak kongsi pasal Homeschool Insyirah nih.
Di kalangan rakan-rakan saya, homeschool lebih terkenal untuk pendidikan awal kanak-kanak. Tapi, sebenarnya homeschool ni boleh dijalankan untuk anak sekolah rendah & sekolah menengah.
Ada 3 jenis homeschool.
1. Ibu bapa ajar anak mereka di rumah
2. Beberapa keluarga berkumpul dan mengajar anak-anak mereka
3. Satu satu pusat yang mengamalkan teknik & silibus homeschool.
Bagi ketegori Insyirah ia termasuk ketegori antara point 2 & 3. Saya dan family Puan Husnil berpakat untuk homeschool anak kami. Kami spesifik tempat di rumah Puan Husnil.
Ramai yang tanya saya kenapa saya pilih homeschool berbanding Tadika? Ini adalah antara sebab-sebab saya.
- Insyirah umur 4 tahun dan saya WAHM.
Itu adalah sebab utama saya pilih homeschool.
4 tahun masih umur yang perlu banyak bermain
= Saya percaya, anak-anak umur 4 tahun dunianya adalah bermain & bermain. Umur ini sesuai dengan method playschool. Tapi, kami tak jumpa playschool di kawasan sekitar kami. Kalau tengok di bandar besar pula, yurannya agak mahal. Kami tak mampu.
2. Saya Work At Home Mom
= Sebenarnya saya dah mulakan homeschool sejak Insyirah bayi. Saya mulakan dengan flashcard Hijaiyyah. Rangsang motor halus & kasar. Cuma semuanya terbantut sebab faktor kesihatan saya.
Setahun kebelakangan ni saja saya kembali mulakan homeschool. Tapi, Insyirah asyik mahu ke sekolah. Kebetulan jumpa PuanHusnil yang juga kawan Universiti saya. Dia memang homeschool anaknya di rumah. Lalu, saya berpakat dengan dia untuk homeschool anak-anak kami dan dia sebagai guru.
Sebenarnya ada banyak lagi sebab ramai orang mahu homeschool anak-anak mereka. Mungkin gambar ini juga antara sebab-sebab anda 😉
Setakata 2 bulan nih saya berpuas hati dengan perkembangan Insyirah.
Kelebihan Homeschool Puan Husnil ini:
✔ Gabungan pendidikan Islam dalam Bahasa, Sains dan Matematik
✔ Belajar dalam bentuk santai & alami
✔ Pendidikan melalui kemampuan Pelajar bukan umur
✔ Beliau cuba wujudkan suasana pembelajaran Islami
✔ Terapi Al-Quran & Zikir
✔ Tumpuan utama diberikan kepada pembentukan sahsiah & akhlak
P/s: Setakat nih, Hanya Insyirah dan 2 orang anak Puan Husnil sebagai pelajar. Ada tak mommy2 di luar sana berminat? Mungkin boleh tambah 2 orang lagi sebagai pelajar. 😉
Pages
▼
Sy sgt berminat..boleh sy tau lokasi puan?
ReplyDelete