Tuesday, February 10, 2009

PUISI KAK ANIE...

...bila tiada kesatuan hati,
maka lahir kepentingan diri,
elemen manusiawi..ah. .tolak ke tepi,
xberguna berorganisasi. ..

hari demi hari diri diuji,
satu persatu membawa diri,
mungkin terlupa ianya mehnah & tribulasi,
mungkin jua terlupa ianya cabaran tradisi..

usah disebut mengenai Tarbiyah,
jika engkau sebenarnya goyah,
hatimu busuk xsudah-sudah,
Sedarlah...jadikan Allah sebagai Al-Ghayah,

taklifan bukan untuk dipuji,
tetapi untuk engkau kesali,
bersoaljawablah engkau di depan Ilahi,
di mahkamah agung suatu masa nanti.

bz beramal islami katamu setiap saat,
namun ibadahmu kaucampuri dengan maksiat,
tubuhmu layak menjadi santapan ulat,
juga menjadi belasahan para malaikat,

saya bertunang? yer..saye telah bertunang... kita semua telah bertunang...

BERTUNANG dengan KEMATIAN...hanya menunggu untuk diLAMAR dan diIJABKABULKAN untuk dijadikan TEMAN HIDUP

membina mahligai di RUANG GELAP dipagari DUA TIANG yang TEGAK BERDIRI....MAHARmu adalah AMALANmu...Amalan yang engkau cemari dengan riya', sum'ah, dengki, munafiq....ntah pape lagi...

nukilan ntah pape... tensyen kot tapi otaknye ligat nak nuleh,
anie_skut87
4.53 a.m _ 2 Februari 09

p/s: puisi ini nukilan kak anie..naqibah ku di matrix..hurmm menyentuh dan memukul diri yang kelalaian..membangkit jiwa yang hampir mati tika ini..

Tuesday, January 6, 2009

MEMORANDUM MENUNTUT PILIHANRAYA ADIL DAN BEBAS - PRO MAHASISWA USM

MEMORANDUM MENUNTUT PILIHANRAYA ADIL DAN BEBAS

TARIKH
6 JANUARI 2009

OLEH
PRO MAHASISWA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Kepada:

Profesor Madya Omar Osman
Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Universiti Sains Malaysia 6 JANUARI 2009

Tuan,

MEMORANDUM MENUNTUT PILIHANRAYA KAMPUS YANG ADIL DAN BEBAS

Pendahuluan

Pilihan raya kampus merupakan proses pemilihan kepimpinan pelajar.Kepimpinan pelajar merupakan salah satu segmen penting di dalam pembangunan negara. Kepimpinan tersebut mampu mencorak dan menentukan arah negara melalui gerakan dari kegiatan positif yang di lakukan. Beberapa rentetan sejarah perjuangan pelajar menunjukkan wujudnya sumbangan jelas para pimpinan pelajar dalam usaha membangunkan negara atau sebaliknya.

Kepimpinan pelajar sememangnya mampu membuat sumbangan konkrit kepada pembangunan agama, bangsa dan negara sekiranya mereka mempunyai kesatuan tekad, semangat dan daya juang serta menghayati aspirasi negara. Adalah wajar kepimpinan pelajar masa kini dan di masa-masa akan datang perlu meletakkan keutamaan perjuangan mereka ke arah pembangunan negara dan bangsa yang lebih menyeluruh dan tidak hanya terbatas kepada kepentingan segolongan kecil pelajar atau anggota masyarakat.

Pemahaman ke atas lipatan sejarah perjuangan kepimpinan pelajar sejak awal abad ke 20 hingga ke masa kini adalah penting kepada generasi kepimpinan pelapis. Pemahaman seperti itu akan menguatkan keazaman dan tekad untuk mewarisi kepimpinan pelajar yang berwawasan, berwibawa dan mampu membuat sumbangan yang konkrit kepada kejayaan pembangunan negara dan bangsa.

Oleh itu, kami amat mengambil berat terhadap perjalanan sepanjang pilihanraya kampus ini. Pihak kami mengharapkan pilihanraya kampus yang bersih serta adil.

Latar Belakang
Di Universiti Sains Malaysia, pilihanraya kampus ataupun pemilihan majlis perwakilan mahasiswa diadakan setiap tahun. Proses pemilihan ini adalah sebagai melaksanakan peruntukan seksyen 48 (1) dan (2) Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 (pindaan 1975) yang menyebut:

48 (1) : Pelajar-pelajar berdaftar Universiti, lain daripada pelajar-pelajar luar, hendaklah pada kesemuanya menjadi suatu badan yang dinamakan Kesatuan Pelajar-pelajar Universiti (kemudian daripada ini dalam Perlembagaan ini disebut “Kesatuan”).

(2) : Kesatuan hendaklah memilih suatu Majlis Perwakilan Pelajar
pelajar (kemudian daripada ini dalam Perlembagaan ini disebut
“MPP”)

(a) Pelajar berdaftar bagi setiap Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut hendaklah memilih melalui undi rahsia yang dijalankan oleh Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut, mengikut mana yang berkenaan, beberapa orang pelajar yang sama bilangannya, sebagaimana yang ditentukan oleh Naib-canselor, masing-masing dari Fakulti, Sekolah, Pusat, akademi dan institut itu untuk menjadi wakil dalam MPP ; dan
(b) Keseluruhan pelajar-pelajar berdaftar hendaklah memilih dengan undi rahsia yang dijalankan oleh Pendaftar Universiti beberapa orang pelajar, mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh Naib-Canselor, untuk menjadi wakil-wakil dalam MPP dan bilangan pelajar-pelajar itu hendaklah dalam apa jua keadaan tidak lebih daripada bilangan wakil-wakil yang dipilih di bawah perenggan (a )

Dalam melaksanakan peruntukan di atas, Universiti Sains Malaysia telah menubuhkan Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar MPP Universiti Sains Malaysia. Secara Umumnya, Perlantikan Ahli suruhanjaya yang memantau perjalanan Pilihanraya Kampus adalah tidak adil dan bebas.

Suruhanjaya ini merupakan badan yang menjadi teras kepada perjalanan pemilihan MPP sesi 2009/2010. Walaubagaimanapun penglibatan pegawai-pegawai HEP dalam suruhanjaya ini memperlihatkan ketidaktelusan dalam pemilihan. Di tambah dengan status Majlis Perwakilan Pelajar USM yang turut nmenjadi satu persoalan yang mana MPP USM sepatutnya dibubarkan pada semester yang lepas. Ini menunjukkkan berlaku ketidaktelusan dalam melaksanakan sistem.

Tuntutan – Tuntutan

Kami , mahasiswa menuntut agar ;

1. Mansuhkan AUKU yang zalim untuk mengembalikan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa.
2. Menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya Kampus yang bersih, bebas, dan adil.
3. Mewujudkan pihak pemantau dari luar universiti untuk memantau dan menjadi “check and balance” untuk pilihanraya kampus.
4. Mewujudkan parlimen mahasiswa untuk mengembalikan kuasa autonomi mahasiswa.
5. Mengumumkan tarikh pilihanraya kampus 15 hari sebelum borang penamaan di keluarkan.
6. Mengadakan hari berkempen selama 5 hari berkerja
7. Memastikan tiada ugutan dan ancaman terhadap pengundi dan juga calon-calon pilihanraya kampus.

Penutup:


Kami mengharapkan agar tuntutan ini diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya. Kami berharap agar tuan memandang pilihanraya kampus sebagai proses memilih wakil pelajar yang amat penting bagi seluruh warga kampus kita. Hanya pilihanraya yang mengamalkan sistem demokrasi yang sebenar, tanpa gangguan luar, adil dan bersih yang layak menggambarkan Universiti Sains Malaysia yang baru sahaja terpilih sebagai universiti APEX.


Sekian, terima kasih.

Memorandum ini di sokong oleh:

1. Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia
2. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia
3. Student Progresif Front Universiti Sains Malaysia
4. Kelab Rakan Islah Malaysia Universiti Sains Malaysia
5. Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia

Wednesday, October 22, 2008

Do Your Best!!!


Kami dari pro-mahasiswa USM mengucapkan jutaan terima kasih kepada mahasiswa yang sudi menggunakan perkhidmatan kami untuk mencetak slip peperiksaan.

Pro-mahasiswa juga mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya. Teruskan menyokong kami. Saya sebagai pengarah bersama kaunter perkhidmatan pro M mengucapkan jutaan terima kasih kepada siswa dan siswi USM yang mengunjungi kaunter kami.

Pihak kami juga memohon maaf andai perkhidmatan yang diberikan kurang memuaskan.

Kepada yang tidak sempat untuk ke kaunter kami tadi dan masih mempunyai masalah untuk akses ke healthy campus, kami dari pro M sedia membantu anda semua, InsyaAllah.

Anda semua boleh menghubungi wakil-wakil pro M ataupun saya sendiri di talian 019-5476356.


Bersama Universiti Memacu PERUBAHAN

MATLAMAT MAHASISWA

Belajar sambil mencabar
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar - Prof. Ungku A. Aziz (1973)

Senario mahasiswa kini adalah mahasiswa yang hanya mewajibkan diri mereka merempuh pintu-pintu dewan kuliah dan merempuh bas-bas awam untuk pulang semua ke kolej kediaman bagi menghilangkan lelah setelah seharian berhempas pulas menuntut ilmu. Pada amatan saya sendiri, perkara ini akan menjadi habit pada mahasiswa apabila mereka bergelar graduan universiti satu hari nanti. Habit ini juga akan terbawa-bawa sehinggalah mereka bekerja. Mereka akan meneruskan rutin merempuh kesesakan lalulintas diawal pagi, dan merempuh semula kesesakan yang sama untuk pulang kerumah.

Semua situasi ini tak jauh bezanya dengan kehidupan di alam kampus. Cuma mungkin sedikit berbeza dari sudut peranan, dahulu sebagai mahasiswa tapi kini, sebagai seorang pekerja. Dahulu bersesak berebutkan bas untuk ke dewan kuliah, tetapi kini, bersesak-sesak untuk ke tempat kerja. Satu senario yang andai dibiarkan akan menghasilkan warga Malaysia yang mempunyai penyakit 'tak pedulisme'. Dewasa ini juga kita lihat, penyakit ini seakan membarah dalam diri warga Malaysia. Sebagai contoh, apabila harga minyak meningkat, berapa ramai yang bangkit bersuara meminta jawapan?? Ramainya sekadar menjadi 'pak turut' dan 'tukang angguk' untuk apa yang berlaku. Apabila Pak Lah menukar jawatan dengan Najib juga rakyat Malaysia bagai tidak punya apa-apa perasaan. Yang mereka fikirkan adalah perjuangan mencari sesuap rezeki utk meneruskan hidup di bumi mencabar ini.

Oleh itu, apakah kita sebagai mahasiswa akan terus berdiam diri??Akan meneruskan rutin harian kita??Dunia luar sana, masih ramai sedang menanti munculnya generasi-generasi perubah yang mengubati penyakit negara. Generasi yang cakna dengan kehidupan mereka, juga generasi yang bakal membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.

Mahasiswa harus sedar peranan mereka di kampus bukan sahaja terikat dengan pergi kuliah, tutorial dan perpustakaan semata-mata. Mahasiswa punya satu tugas berat yang tergalas dibahu mereka. Bagi yang muslim, tentu sahaja semua sedar tanggungjawab itu.
Tugas sebagai ‘Abdi ( Az-Zariyat : 56)
Tugas sebagai Da’ie ( Ali – Imran : 110)
Tugas sebagai Khalifah ( Al – Baqarah : 30)

Kesemua tuntutan di atas memerlukan kita sebagai mahasiswa menjadi golongan yang aktif dan punya jati diri yang utuh. Kita tidak boleh menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya. Menerima arahan tanpa mengetahui kerasionalannya. Akibatnya, akan lahirlah golongan-golongan yang sekadar mengangguk dan mengiyakan segala tindak tanduk pemimpin. Bukan mengajar mahasiswa untuk menjadi golongan penentang. Sekadar mengajak mahasiswa juga mengingatkan diri sendiri yang juga bergelar mahasiswa supaya berani bersuara dan menyatakan pendapat dalam segala hal.

Mahasiswa juga perlu menyiapkan diri untuk menempuh kehidupan diluar sana. Keputusan cemerlang bukanlah jaminan anda mampu mentadbir negara ini.Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa
“pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.

Duhai MAHASISWA mari kita khabarkan
Di tangan kita tergenggam arah ummah
Duhai MAHASISWA mari kita laksanakan
Satu agenda pembaharuan

Wednesday, September 24, 2008

Dalam kehidupan penuh dengan ujian


Hari ini, dapat berita yang menyedihkan.
Mumtazah demam. Mumtazah demam adalah perkara yang merisaukan kami semua. Untuk aku dan keluarga ia begitu menyedihkan melihat Mumtazah yang tak mengerti apa-apa terbaring lesu. Hari ini, mak cakap Tazah (panggilan aku untuk Mumtazah) tak mahu makan dan minum. Tak dapat aku bayangkan keadaan dia macam mana. Apa yang aku tahu adalah aku ingin segera pulang kerumah agar dapat membantu mak mengurus Tazah.Terbayang rupa Tazah yang menahan kesakitan yang dialaminya. Dia tak mampu untuk memberitahu kesakitannya kepada kami.

Sekali lagi Mumtazah demam menjelang Hari Raya. Terbayang kembali wajah-wajah arwah ayah,mak,akak,adik yang keletihan di pagi raya kerana mengurus Mumtazah yang demam sejak malam raya. Hari raya kedua arwah ayah mengambil keptusan menghantar Tazah ke hospital. Selepas itu, bermulalah rutin kami sekeluarga beraya di hospital.

Dalam kesedihan itu, ada hikmah yang tersimpan. Kami 5 beradik waktu itu masing-masing ingin melunaskan tanggungjawab masing-masing. Tiada siapa yang merungut apabila disuruh. Masing-masing ingin menolong antara satu sama lain. Matlamat hanya satu, nak menyenangkan hati mak dan ayah yang ketika itu begitu letih sekali. Mak keletihan kerana menjaga tazah di hospital dan ayah pula keletihan kerana berulang dari rumah ke hospital setiap hari yang perjalanannya mengambila msa hampir 40 minit.. Jika dia pergi pagi, pasti pulang lewat malam selepas mak dan Tazah masuk tidur. Jika dia merasakan tidak larat untuk memandu pulang, dia akan tidur sahaja di surau hospital atau di bilik TV. Namun, akan pulang sekejap memastikan kami selamat dirumah. Kadang kala dia pulang hanya untuk menukar pakaian dan bertanya khabar kami, selepas itu pergi smeula ke hospital untuk menemankan mak. Tapi, arwah tidak pernah merungut. Ini kerana dia sedar tanggungjawab dirinya.

Aku ingat lagi ketika itu doktor mengatakan Tazah itu hebat. Dia kuat semangat untuk hidup. Sungguhpun tekanan darahnya terlalu rendah hingga keparas kritikal. Tapi waktu itu, Allah masih lagi ingin meminjamkannya buat kami sekeluarga. agar dia masih lagi menjadi penyeri keluarga. Allah ingin menunjukkan kepada semua bahwa setiap yang berlaku atas kekuasaanya. Allah juga ingin menguji ketabahan kami sekeluarga. Ayah pula yang meniggalkan kami selepas 4hari Tazah keluar dari hospital. Satu khabar berita yang sukar diterima semua. Namun, itulah yang dikatakan takdir Ilahi. Kita tidak mampu menolak takdir Ilahi. Setiap yang hidup pasti akan menghadapi mati. Itulah bukti bahawa jika Allah ingin mencabut nyawa seseorang itu Allah boleh melakukannya bila - bila masa. Tazah yang masuk hospital, tapi ayah yang tidak sakit apa-apa pula yang pergi tinggalkan kami.
Hari ini, setelah hampir setahun Tazah keluar hospital, dia demam lagi. InsyaAllah esok mak akan hantar Tazah kehospital. Satu perkara yang aku tahu sukar untuk mak hadapi seorang diri. Mak perlukan kekuatan untuk menjaga Tazah dihospital seorang diri. Tapi atas dasar kasih seorang ibu, aku tahu mak mampu hadapinya sungguhpun seorang diri.

Mungkin inilah ujian Allah untuk kami sekeluarga. Menjaga Tazah yang demam bukan seperti menjaga orang biasa yang demam. Ya, Tazah istimewa. Keistimewaan dirinya menjadi pengikat kasih sayang kami sekeluarga. Keistimewaan dirinya menjadi peneman emak yang selepas ayah tiada. Keistimewaan dirinya menjadikan kami semua kasih dan cinta padanya. Keistimewaan dirinya membuat kami menghargai apa yang Allah kurnia pada seorang manusia.

Semoga Mumtazah cepat sembuh dan membawa kembali sinar bahagia kami sekeluarga. Moga Tazah cepat sembuh kerana kutaksanggup melihat dirinya menderita.
Berat mataku memandang, berat lagi bahu mak dan ayah memikulnya. Mengenang kembali ketabahan mak dan arwah ayah berpenat lelah menjaga Tazah dihospital membuat aku insaf seketika apa yang aku sebagai anak telah lakukan kepada mereka.
Untuk ayah yang telah pergi apakah kebajikan aku padanya?? Untuk emak yang masih ada disisi apakah baktiku untuknya??

Benarlah seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak. Namun, 10 orang anak belum tentu mampu untuk menjaga seorang ibu yang telah tua. Wana'uzubillah. Moga kita semua tidak termasuk di dalam golongan-golongan tersebut. Moga kita sentiasa menjadi anak yang seirng berbakti untuk kedua orang tuanya.

Al-Fatihah untuk ayah yang meninggalkan kami 21 Syawal 1429H.

Selamat Hari Raya...



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Buat teman-teman seperjuangan,
Buat teman-teman Teknologi Persekitaran / 2
Juga buat semua yang mengenali diri ini.
I love You All so MUch!!!
Maaf andai ada kata yang mengguris kalbu
Maaf andai ada tingkah menyakit mata
Maafkan kesalahan diri ini

Sesungguhnya perjungan itu penuh onak dan durinya
Tidak dihampar dengan karpet merah bagai orang bangsawan
Tidak dihidang kelazatan melahitkan kepahitan yang banyak
Tidak dikurnia gelaran mulia
Biarlah diri dihina
Biarlah semua insan mencerca
Biarlah bongkah berat muncul dihadapan
Biarlah apa sahaja menerjah dihadapan
Namun,
Berundur tidak sekali
Perjuangan akan diteruskan
Hingga Islam subur kembali

Thursday, September 18, 2008

JOM RAMAI-RAMAI....



Mari kita menuntut ilmu bekalan buat mereka bergelar wanita:
Hari : Setiap hari JUMAAT
Masa : 1pm - 2pm
Tempat : Dewan Kuliah DKG31

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...