Wednesday, December 31, 2014

Selamat Datang 2015!!!

Assalamualaikum semua...

Tajuk macam sama je dengan tahun lepas kan? kan? kan? Ahaks! Sebelum tu jom kita review semula Impian 2014.

Disini saya ada tulis untuk jadi Work At Home Mom. Masa tu saya tulis mahu fokus dengan  
Alhamdulillah, INN House & Shaklee berjalan dengan baik. Belum lagi tahap cemerlang, masih perlu dibaiki sana-sini.  Cuma, sedikit kecewa. Tadika ABS yang dijadualkan akan beroperasi 2015 tak dapat dilaksanakan. Alasan, kekangan kesihatan.

Nak belanja Gambar-gambar sepanjang 2014.
errr... tapi, blog saya cuma banyak gambaq Shaklee dan Koleksi INN House je. Hihihihi. 

Banyak sebenarnya yang berlaku 2014 kan? Kita tak mungkin lupa
- MH370
- MH17
- banjir besar melanda Pantai Timur

Dalam hidup saya lak, Muntah darah dan TOP (Termination of Pregnancy) tak mungkin saya lupa.

Semoga 2015 ini, semuanya berjalan dengan baik. Paling penting khabar baik untuk My Hodgkin Lymphoma. InsyaAllah. Mohon doa teman-teman.

Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Monday, December 22, 2014

Skin Care Nutriwhite Tandingi Jenama Terkenal

Assalamualaikum...

Set Penjagaan Wajah Nutriwhite ni memang fames dalam Shaklee. Setanding jenama terkenal SKII.

Daily Defense Whitening Essence

Dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli agar kulit terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan:

●Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
●Strawberi Begonia untuk meratakan tona kulit
●Kacang Soya untuk memudarkan dan mengurangkan jeragat dan cela kulit
●Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
●Vitamin C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah
●Tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit

Ultimate Protection Whitening Lotion

Rumusan ringan, tidak melekit dan kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari, serta Mountain Arnica untuk melegakan kera dangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.

Spot Whitening Treatment

●Mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit tampak lebih menawan
●Kepekatan optimum pati Likuoris dan ●Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan
●Cats Claw menegangkan kulit

Vitamin C aktif memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit

Overnight Renewal Whitening Cream

●Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit
●Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
●Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit
●Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
●Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya

Soothing Radiance Whitening Softener

●Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit
●Kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary
●Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit
●Marshmallow membekalkan lembapan penting
●Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit

Gentle Deep Foaming Cleanser

●Membersihkan dan menyegarkan kulit
●Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
●Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
●Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
●Lembut dan menyegarkan

Gentle Action Makeup Remover

●Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
●Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
●Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
●Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan

Monday, December 15, 2014

Shaklee, Ikhtiar Saya Untuk Lymphoma

Assalamualaikum semua. Malam-malam ni nak mengarang sikit.

Lama saya tak kongsi tentang perkembangan Lymphoma. Kadang-kadang badan sihat ni, lupa diri pulak. Selalunya, bila di hospital je baru saya sedar diri saya ada Lymphoma. Hihihi.

Keputusan Pet Scan April lepas Doktor kata kanser saya masih di situ & nampak ada spot di satu 2 kawasan lain sebab lebih 6 bulan tak ada rawatan. Kanser saya tahap-4 yang aktif.

10/11 lepas ambil result CT Scan pulak, doktor kata, tak nampak apa-apa dia sedang merebak atau membesar. Doktor kata,
"Oklah dalam tempoh 6 bulan tanpa rawatan tak nampak dia membesar atau merebak di tempat lain. Kalau pet scan nampak dalam 1cm tapi CT Scan tak nampak maksudnya dia tak membesar".
(Info: Pet Scan boleh nampak sel kanser paling kecikkkk sekali. CT Scan dah besar sikit baru dia nampak).

Sekarang, Doktor hanya mampu berharap kanser dalam kawalan sebab tiada rawatan sesuai buat masa ini.
Hajjar Hassan pula berharap akan sembuh sepenuhnya. Sebab yakin, semuanya Allah yang berkuasa.

"Doktor, buat masa ni saya makan supplement high antioksidan. Vitamin A, C, E ok ke? " tanya saya.

"Ok. Tak ada masalah. Jangan makan yang bukan-bukan macam ginseng semua tu". (pesanan biasa Doktor Cantik)

Sebenarnya,  sebelum ni pun dah banyak kali tanya doktor ni tentang pemakanan saya. Setakat ni, doktor benarkan saya ambil supplement.

Buat masa ni, saya ambil
VIVIX
CARATOMAX
VITAMIN C
VITAMIN E
OMEGA
VITALEA
ESP

Untuk kanser ada cara pemakanan dia ye. Yang ini saya tanya sendiri dengan Nutritionist Shaklee.

Rupa saya semasa dalam rawatan dan selepas lama tak ambil rawatan. Kulit nampak lebih sihat. Lebih sihat berbanding sebelum sakit. Hihihi

P/s: Ada banyak kisah suka duka dalam hidup. Tapi kita yang lakar kanvas hidup kita. Kalaupun latarnya hitam, tapi tetap cantik berseri kalau pandai adun warna. Langit hitam kan cantik dengan bulan bintang-bintang bercahaya.

Faham tak falsafah ni??

Thursday, December 4, 2014

Salah Anggap Supplement

Assalamualiakum semua. Pagi-pagi ni rasa menulis sikit.

Rupanya ramai salah anggap pasal supplement ni. Ramai menyangka suppelment ni adalah UBAT. Ehhh silap tu.

Suppelemnt ni bukan ubat. TAPI and apun perlu ingat. UBAT juga bukan penyembuh kepada penyakit. Jangan lupa Allah adalah Maha Berkuasa. Semuanya berlaku dalam izin Allah.

Saya nak kongsikan pada semua, awal2 saya makan supplement pun bukan untuk sembuhkn sakit kanser. Masa tu saya cuma nak cari makanan untuk bantu saya dapatkan semua nutrisi yang saya perlukan. Saya dah cuba makan semua kumpulan makanan sehari. Tapi tak mampu.

  • Tak mampu nak makan sebab banyakkk sangat nak kena makan sehari. Saya jenis makan sikit je. Tambah pulak asyik loya dan muntah kesan kimoterapi. 
  • Tak mampu sebab tak boleh nak dapatkan semuanya setiap hari. Tak mampu sebab sedar nutrisi makanan berkurang bila dibasuh, dipotong dan dimasak. 
  • Tak mampu sebab ada yang mahal contohnya kumpulan buah berry atau buah organik. 
  • Saya tambahkan supplement dalam diet harian untuk saya top up kekurangan nutrisi harian.
Alhamdulillah sekarang ni, walaupun belum sembuh sepenuhnya, tapi doktor kata sakit dalam keadaan terkawal walaupun setahun tanpa kimoterapi. Doktor pun kata boleh teruskan supplement yang saya ambil sekarang ni

TAPI, banyak pulakkkkk kesan sampingan lepas saya ambil suppelemnt ni.

Atas ni adalah salah satu kesannya. Selain gastrik saya dah baik, saya terpaksa jadi cantik dengan Shaklee ni. Dulu kulit saya kusam berminyak & banyak parut jerawat. Semua ni kesan kimoterapi. Tapi, masa saya sihat pun kulit saya enis banyak parut jerawat. Tapi sekarang kulit muka  jadi cerah sekata, parut jerawat hilang. halus je muka. Dapatlah feeling natural beauty sebab tak payah nak make-up bila nak keluar rumah.

Nak kata, baguslah ambil supplement dikala shat ni. Antar supplement yang saya suka sangat nak suggest kepada orang sihat adalah Set Family Wellness. Jangan bila dah sakit baru kita nak cari suppelemnt. Ambil sekarang jika anda rasa anda
  • Mudah stress
  • Tak jaga pemakanan
  • Tak amalkan gaya hidup sihat
  • Ada simptom-simptom sakit

 Bulan ni promosi Vitamin C. Anda pasti dapat harga runtuh untuk set ini. Kena cepat ye.

Sekian.
 *~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Saya Pengedar Shaklee Pulau Pinang

Assalamualaikum semua. ☺☺☺

Saya Isteri Muda Cantik Jelita kepada Suami Soleh, Zainulfaqar Yaacob seorang blogger tegar. Ibu kepada Anak Solehah, Insyirah. Work At Home Mom (WAHM) yang berjuang melawan Hodgkin Lymphoma stage 4 sejak 2012.

Blog ini tempat untuk saya kongsi cerita tentang parenting, homeschooling, Hodgkin Lymphoma dan semestinya INFO SHAKLEE

Saya suka berkongsi kebaikan Shaklee setelah merasai kesan-kesan positif pada diri & keluarga.

Saya COD Shaklee sekitar Bukit Mertajam,  Bandar Perda, Seberang Jaya,  Permatang Pauh, USM & KOMTAR. Pos ke seluruh Malaysia.

Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Friday, November 21, 2014

Hospital Rakan Suami & Rakan Bayi

Polisi Suami Menemani isteri ketika melahirkan Anak Untuk memberikan sokongan emosi dan moral kepada isteri yang bersalin disamping ingin memberikan peluang kepada suami untuk menyaksikan kelahiran anak kandung pasangan suami isteri demi mengeratkan perhubungan keluarga. Untuk meningkatkan mutu/ imej perkhidmatan di bilik bersalin dengan melibatkan suami dalam proses bersalin isteri. Untuk meningkatkan kepuasan pelanggan selaras dengan budaya koporat kementerian kesihatan yang menggalakkan satu perkidmatan yang penyayang. Ketelusan yang akan wujud dari perlaksanaan konsep ini akan sendirinya meningkatkan mutu perkhidmatan di jabatan perbidanan hospital-hospital kerajaan, malah ia juga akan meningkatkan mutu perkhidmatan keseluruhan hospital-hospital berkenaan selaras dengan objektif yang mahukan perkhidmatan hospital yang cekap, effisien berkualiti dan tulus Pendedahan masyarakat kepada cara kerja hospital-hospital akan menghakis segala salah faham masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan di hospital-hospital kerajaan. Ini akan meningkatkan kerjasama diantara masyarakat dengan pihak yang memberikan perkhidmatan serta mengurangkan aduan serta kegelisahan orang ramai. Kehadiran suami disisi isteri yang sedang sakit juga diharap akan mengurangkan beban kesakitan yang dialami dan membantu dalam melincinkan proses kelahiran serta mempercepatkan proses membuat keputusan di dalam di dalam kecemasan

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Assalamualaikum semua...

Seperti dijanjikan pada entry Hospital Bukit Mertajam yang lepas, hari ni saya nak kongsikan berkaitan Hospital Rakan Suami & Rakan Bayi. Masa saya nak bersalinkan Insyirah dulu, saya rajin google info-info tentang Hospital Rakan Bayi. Tapi, tiba-tiba terjumpa info 'Suami teman Isteri Bersalin'. Wahhh!!! ini sudah baik. Selalu dengar hanya hospital swasta je yang bagi suami teman isteri di Labour Room

Apa yang bestnya Hospital Rakan Suami ni?
  1. Suami dapat berikan sokongan emosi dan moral kepada isteri.
  2. Suami berpeluang menyaksikan kelahiran anak kandung dan dapat mengeratkan perhubungan keluarga.
  3. Suami pun dapat tengok prosedur-prosedur berkaitan dan dapat kepuasan bila lihat sendiri semua prosedur berkaitan
Tapi.... Suami hanya boleh masuk ke labour Room jika kelahiran normal. Kalau tiba-tiba isteri kena bedah,  suami dah tak boleh teman isteri. Ada sesetengah hospital mewajibkan suami pergi ke kelas. Jadi, sebaiknya semak di hospital mana anda nak  bersalin.
 
HOSPITAL RAKAN BAYI
Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah merupakan satu inisiatif global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang bertujuan untuk memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu.
 
Antara kelebihan Hospital Rakan Bayi, 
  1. memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas kelahiran bayi
  2. membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas kelahiran bayi 
  3. memberi tunjuk ajar kepada ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik. 
  4. menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman dan makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan. 
  5. mengamalkan 'rooming in' dimana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24jam sehari) 
  6. menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
  7. menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong 
  8. membantu penubuhan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
 
Perlu Diingat: Hospital Rakan Bayi tidak semestinya Hospitl Rakan Suami. Harap-harapnya, dapat beri sedikit panduan untuk anda menimang cahaya mata. 
 

Monday, November 17, 2014

Bagaimana Kuning Hilang Dalam Tempoh 2 Minggu

Assalamualaikum semua...



Dah lama dah nak tulis berkaitan JAUNDICE atau KUNING. Sebelum Insyirah lahir saya dah siapkan diri dengan persoalan JAUNDICE ni. 

Sebelum tu mari baca fakta umum tentang Jaundice 
Jaundice – tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir. Tahap jaundice adalah tinggi lebih kurang hari keempat  dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran. Ingat, jaundice bukanlah tanda anak anda sakit/tidak normal atau anak anda mengalami penyakit.
Sewaktu bayi/anak kita di dalam rahim, bahan buangan akan dibuang melalui plasenta si ibu. Maknanya di sini bayi kita dibantu oleh si ibu. Namun, selepas bayi lahir, badannya sendiri harus melakukannya. Salah satu bahan buangan ini adalah BILIRUBIN. Badan bayi kita perlu masa untuk “belajar” membuang bilirubin sendiri. Jika kandungan bilirubin dalam badan terlalu tinggi, ini akan menyebabkan jaundice bayi tinggi. Hati akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayi (sel darah merah pecah lebih cepat sewaktu bayi berbanding org dewasa). Namun, hati bayi baru lahir masih belum matang dan mengambil masa untuk menyingkirkan bilirubin. Ini sebabnya 9 daripada 10 bayi mengalami kuning atau jaundice. Jika level bilirubin terlalu tinggi, kebiasaannya bayi akan ditahan dan diletakkan di bawah cahaya fototerapi.
Fakta BILURIBIN
Bilirubin hanya boleh disingkirkan melalui najis bayi. Adalah dinasihatkan utk menyusu bayi sekerap yang boleh supaya bilirubin boleh disingkirkan dengan cepat oleh najis bayi. Cara apa bayi boleh membuang najis dengan cepat? Tentulah susu ibu yang mudah dihadam itu!
KENAPA JAUNDICE BERLAKU?
Ada beberapa sebab Jaundice berrlaku kepada bayi. Antaranya
  • Bayi lahir pra-matang
  • Blood Group Incompatibility – Jika darah bayi berlainan dari ibunya, badan ibu akan mengeluarkan antibodi utk memusnahkan sel darah merah bayinya. Ini akan menyebabkan bilirubin build up dengan segera di dalam darah bayi. Jadi, kuning bayi akan menjadi tinggi dan lebih lama.
  • Bayi mengalami breastmilk jaundice 
  • Bayi terkena jangkitan atau penyakit lain.
  • Kelenjar tiroid bayi tidak berfungsi dengan baik
KUNING HILANG DALAM TEMPOH 2 MINGGU

Dari atas sampai lah saat ini, agak-agak dapat tak fahami macam mana kuning bayi boleh hilang dalam tempoh 2 minggu? Tak dapat? Ni mesti baca ceat-cepat nih. hihihhi.

Ok, tadi kat atas kita dah cerita pasal Bilirubin kan? Bilirubin dalam darah ni lah yang menyebabkan Kuning. Jadinya, cara nak singkirkan Bilirubin adalah dengan menyusu. Sebab bila baby banyak menyusu, maka banyaklah dia kencing & berak. Banyaklah bilirubin disingkirkan.

Golden Rules:
  • bawa bayi ke klinik apabila terdapat tanda-tanda kuning
  • Darah bayi diambil  untuk melihat bacaan Bililrubin. kalau terlalu tinggi rawatan fototerapi akan diberikan
  • Jangan takut melihat bayi dicucuk. Jangan dipengaruhi emosi yang boleh menyebabkan keadaan bayi menjadi lebih buruk.
  • Berikan anak anda susu badan yang mudah dihdam lebih kerap supaya lebih banyak bahan kumuh dibuang dari badan. Susukan lebih kerap 2 jam sekali.
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Saturday, November 15, 2014

Kenapa Saya Suka Wad Bersalin Hospital Bukit Mertajam

Assalamualaikum semuaaa. Isi ruang masa sekejap.

Sekarang ni ada di Hospital Bukit Mertajam. Spesifiknya di Wad Bersalin. Ops! Bukan cek yang nak bersalin. Ni adik ipar.

Bila duduk sini, teringatlah semula kenangan-kenangan kelahiran Insyirah tu. Di sini jugalah Insyirah dilahirkan. Tak dan nak balik bersalin di Johor.

Hospital Bukit Mertajam ni Hospital Rakan Suami & Rakan Bayi. Meh nak cerita sikit pasal Rakan Suami & Bayi ni.

Hospital Rakan Suami ni, hospital bagi suami ikut masuk dalam labour room teman isteri bersalin.

Hospital Rakan Bayi pula, bayi akan diletakkan di dada ibu selepas kelahiran. Dan bayi akan room-in bersama ibu. Bayi tak diletakkan bilik asing.

Nanti kita buat entry khusus pasal Rakan Suami & Rakan Bayi ye. Ni nak bagi tau je kat orang-orang Bukit Mertajam,  boleh pilih Hospital Bukit Mertajam sebagai pilihan untuk bersalin. Recommended!
Nanti saya sambung. Debor nak tunggu baby ni.

Tuesday, November 11, 2014

Vitamin-C Melawan Kanser

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak kongsikan tentang Vitamin C. Selalu kita dengar dan faham Vitamin-C ni bagus untuk kecantikan kan? Tapi, tahu tak Vitamin-C juga mampu untuk melawan kanser. Pesakit kanser, wajib baca ni tau. 

Vitamin-C ni satu-satunya antioksida yang boleh meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cell unutk melawan penyakit. Dalam darah kita ada sel darah merah, platlet dan sel darah putih. T-cell ini berada dalam sel darah putih yang berperanan sebagai antibodi badan melawan penyakit.

Vitamin-C juga mampu membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. Mana kita dapat kimia berbahaya ni?

Antara sumber kimi berbahaya dalam kehidupan seharian. Memang setiap hari pun kita jumpa semua ni kan?


Setiap hari kita bekerja dengan produk-produk di atas kan? Sabun pencuci, kosmetik, set penjagaan diri, prcossed food, dan banyaak lagi. Sedikit sebanyak kimia berbahaya meresap apabila anda menyentuh atau menghidu produk-produk tersebut.

Haaa bahan kimi berbahaya ni akhirnya akan membebaskan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas yang tak dibuang ni yang menyebabkan penyakit kronik macam sakit jantung dan kanser. Jadinya, Pengambilan Vitamin-C penting untuk bantu badan singkirkan radikal bebas. 

VITAMIN C Vs BUAH
Boleh ke kalau tak nak ambil Vitamin C? Nak makan buah je. BOLEH! Tapi...... baca bawah ni dulu.

Setiap hidangan buah membekalkan 45-60mg vitamin-C. Buah akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap selepas 10 hari buah ranum. Kalau buah kurang ranum, maka kuranglah Vitamin-C. Lepas tu, kandungan vitamin-C akan berkurang separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terddah kepada kepanasan. Belum kira lagi buah disembur racun perosak. 

Jadinya, meh cek semula diri. Berapa banyak buah makan sehari? Kalau anda dapat makan 7biji buah limau organik sehari kemungkinan anda dapat berikan tubuh anda Vitamin-C yang mencukupi.


Saya pilih Vitamin-C Sustained Relesed 500mg Shaklee sebab saya sedar saya pesakit Kanser Lymphoma tidak dapat makan buah setiap hari. Walaupun saya cuba untuk makan setiap hari tapi, mesti ada hari yang saya tak makan atau minum jus buah sebab sibuk atau buah tak beli.

Jap! saya tak kata anda tak perlu pergi kimoterapi ye. Saya sangat cadangkan pesakit kanser dengar kata doktor. Ikut jadual rawatan. Supplement Vitamin-C boleh diambil selepas rawatan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.
 
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Tuesday, November 4, 2014

Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik

Assalamualaikum Semua.

Ramai tanya saya Shaklee ni ada ke Minyak Ikan untuk kanak-kanak? Shaklee ni ada ke Omega-3? Haa ni nak bagi tau ni. Shaklee ada Omega Guard.

Sebelum cerita lebih tentang Omega Guard, saya nak share dulu Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik. TIps ni saya dapat dari buku The Pocket Guide To Vitamins, Angela Downden

Antara Tips dia adalah:
 
  1. Periksa kandungan EPA/DHA- Jika anda kurang makan oily fish(cth: Tuna, mackerel, salmon) anda harus ambil supplement yang membekalkan lebih kurang 450mg EPA&DHA sehari.
  2. Mereka yang mempunyai penyakit jantung harus mengambil 1000mg EPA/DHA sehari
  3. Untuk melegakan sakit sendi atau rheumatoid arthritis anda perlu 3000mg EPA & DHA sehari.
  4. Wanita mengandung perlu mencari Minyak Ikan yang mengandungi EPA & DHA tetapi bebas Vitamin A 
MANFAAT UTAMA MINYAK IKAN
  • Asid Lemak - Omega-3 asid lemak penting tak dapat dihasilkan oleh badan. Omega-3 dari tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA & DHA secra berkesan oleh badan. Omega-3 mengimbangi hormon wanita yang menghadapi PMS dan membuatkan kulit licin kemerah-merahan.
  • Mencegah Penyakit Saluran Darah & Strok -  DHA & EPA boleh menentang thrombosis tekanan darah tinggi dan kepekatan darah, dna melincirkan saluran darah. Oleh itu, ia sangat effektif membantu mengealkan tekanan darah dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, mengawal masalah obesiti dan mengelakkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu tumbesaran otak janin & Membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrient utama otak, sistem saraf & retaqeina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. DHA meningkatkan keupayaan ingatan & pembelajaran, mencegah penyakit al-zheimer, memelihpgffara pengihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. 1 hidangan Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak omega-3, EPA & DHA
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Mengawal sistem imun seperti membaiki alahan kulit, psiorasis, bronkitis, lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang
  • Menentang Kanser- Kajian menunjukkan, Omega-3 boleh menentang kanserparu-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga meningkatkan enterograstritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif. 
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi(arthritis) - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mnecegah arthritis, memlihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.
  • Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan -  EPA & DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, kebimbangan, insomnia, autism, knak-kanak hiperaktif dan penyakt schizophrenia.
Haaa... Banyakkan kelebihan Minyak Ikan ni. Meh kita tengok kelebihan Omega Guard Shaklee ni.
  • Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, hearing, anchovies) di perairan negara Jepun. 
  • Omega Guard 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.
  • Merupakan Minyak Ikan palint tulen dunia yang mengandungi 7 spectrum asid lemak Omega 3 termasuk DHA, EPA, ALA dan banyak lagi.
November ni bulan promosi untuk Omega Guard ni. Jadi inilah peluang terbaik untuk anda mencuba minyak ikan terbaik ni.
 
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Friday, October 24, 2014

Cratomax; Vitamin A Untuk Mata & Antioksidan

Oleh kerana saya sangat teruja denga  testimoni anak Shaklee saya ni yang belikan Caratomax untuk ibunya, maka saya pon bukaklah botol Caratomax yang ada kat rumah ni.

Saya memang ada rabun. Tapi tak lah teruk sangat. Teruk tak teruk kalau tengok tv jauh sikit memang tak leh cam muka pelakon-pelakon tu. Lepas tu, ada rabun silau gak. Baru ni rasa macam makin teruk. Langsung tak boleh bawak kereta waktu malam. Pejam celim-pejam celik dek silau lampu kereta di belakang & arah bertentangan.

Caratomax ni ada alfa-karotena, asthaxanthin, beta-karotena, lutien, likopena, zeaxhanthin yang memberikan kuasa karotenoid serba lengkap.

Caratomax adalah antioksidan yang membantu
>>Mengekalkan kesihatan mata yang baik
>>Membantu menggalakkan pertumbuhan, menajamkan penglihatan dan merangsang perkembangan tisu
>>Memelihara kesihatan kulit

Senang cakap, kalau nak cari Vitamin A Shaklee yang bagus untuk mata, Caratomax lah jawapannya. Uniknya, Caratomax juga antioksidan!

Haa ni lah botol Caratomax tu. Kecil. Comel. Penuh Khasiat.

Hajjar Hassan
018-2349882
Work Ar Home Mom
#shaklee0182349882
#inn_house

null

Thursday, October 23, 2014

1 Kelurga 1 Set Shaklee Family Wellness

Assalamualaikum Semua.


Hari ni saya nak kongsikan tentang Shaklee Family Wellness.Untuk saya, set ini sangat-sangat membantu saya untuk sentisa bertenaga stiap hari. Sebelum saya cerita tu, meh nak belanja gambar satu.
Anda boleh baca kisah saya disini
Kalau dari gambar ni boleh perasan kan perubahan ketara saya tu? Masa ni memang saya konsisten ambil Shaklee Family Wellness. Dalam Shaklee Family Wellness ni ada 4 Supplement asas

1) Energizing Soy Protein; ESP
2) Vita-Lea - Multivitamin with Iron Formula.
3) B Complex
4) Sustained Released Vitamin C 500mg





 
Energizing Soy Protein ESP  
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk 9 asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal                
ESP ni produk Shaklee pertama yang saya ambil. Dah setahun lebih saya consume ESP nih. Mula-mula ambil sebab gastrik dan Alhamdulillah memang gastrik dah hilang. Lama dah doktor berhentikan ubat gastrik saya.  erubahan paling ketara saya adalah perubahan kulit muka. Tak ada dah kulit kusam dan parut-parut jerawat. Lepas tu, setiap hari bertenaga je. 

Vita-Lea- Multivitamin With Iron Formula
Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Apabila Diambil Setiap Hari, Vita-Lea:
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna*
  • Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah*
Vita-Lea ni saya ambil sebab nak tampung keperluan vitamin & mineral yang diperluakan badan. ye lah, mampu ke nak makan pelbagai maknan sehari? Lepas tu, belum tentu lagi semua maknan yang kita makan tu zatnya masih terpeliara sehinggalah ia masuk ke mulut kita.

B Complex
B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
  • Asid folik dan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
Pihak hospital ada bagi saya B Complex & Acid Folic ni. Tapi, saya ambil B Complex Shaklee. B Complex Shaklee dah ada Acid Folic sekali dah. Jadinya, hanya 1 biji setiap pagi. 

Sustained Release Vita-C 

Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.

Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.

As well known, post chemo & transplant, antibodi sangat rendah. jadi sangat-sangat mudah dapat sakit terutamnya batuk, demam & selsema. Kalau lambat dirawat sangat membahayakn pesakit. Kalau dulu setiap bulan saya batuk. Setiap kali check up mesti saya batuk. Doktor ni sangatlah risau. Tapi, nak buat macam mana kan? Doktor cuma boleh bagi antibiotik dan suruh saya jaga diri. Hampir setengah tahun saya cnsume Vita C Shaklee ni dan Alhamdulillah susah sangatlah nak batuk selsema ni. Demam baru ni adalah balik dari Australia. Selepas kena batuk pada bulan puasa. Agak lamalah ye jaraknya tu.  Sangat positif untuk saya. ^_^

SIAPA SESUAI SHAKLEE FAMILY WELLNESS?
Sebenarnya, semua rumah patut ada satu Shaklee Family Wellness ni. Sebab ia boleh diambil hampir semua golongan 
  • Anda yang mahu mnegekalkan kesihatan
  • Anda menjalani rutin harian yang sibuk dan memerlukan tenaga yang lebih
  • Anda Ibu Mengandung, Menyusu atau Berpantang
  • Anda sukar mendapatkan maknan berkhasiat
  • Anda remaja yang sedang membesar 


*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat 
dari pakar kesihatan yang berkaitan

Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882



hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Sunday, October 19, 2014

Xinjiang Lamb Grilled - Pujian Suami Buat Saya Terharu

Assalamualaikum semua.

Daging korban siapa yang ada banyak lagi?? Meh saya nak share satu resepi mudah & sedap InsyaAllah.

Sebelum tu, meh kita baca tulisan En. Suami saya. Tulisan ni saya ambil di FB dia. It's touced my heart. Really. That's why I Love You so much!

ESCAPISME XINJIANG; MENU SEDAP ISTERI MUDA PETANG INI

 Ini, resepi Daging Bakar Xinjiang. Sedap!!!

Kali pertama saya makan di Ghuangzhou beberapa bulan lepas, semasa berkelana dengan Abg Zolkifly Md. Lazim dan dua sahabat lain di China.

Balik, saya berkongsi pengalaman ini dengan isteri muda saya.
Tengah hari tadi, isteri muda yang romantik itu masak sekali lagi untuk saya dan si comel #insyirahsolehah.

Jangan ingat, menjadi Inspirator Pemasaran Shaklee seperti Siti Hajjar Hassan (0194241583) tak boleh jadi Jaguh Kampung di dapur. LOL!

Ini untungnya jadi Work At Home Mom (WAHM), "kerjaya no.1, suami dan anak bukanlah no.2".

Resepinya kali ini mudah. Perap daging kambing yang siap dihiris kecil digaul dengan ramuan berikut:

(1)jintan putih kisar
(2)bawang putih kisar
(3)cili kisar
(4)halia kisar
(5)serbuk cili,
(6)minyak, dan
(7)garam
 

See... senang sangat kan? Cerita penuh tu, uols boleh baca kat sini ye. Resepi ni saya gak-agak je hasil dari google sana sini. Agak-agaklah ye. Sebab saya memang agak-agak je. Rasa dia pedas-pedas masin.

Sorry... Presentation saya tak berapa cantik. Amatur ni. Tapi rasa tak boleh lawan. hihihihihi
Resepi asal menggunakan kambing. Dan saya memang gunakan kambing untuk resepi ini. Tapi, saya pernah juga gunakan daging lembu.  Masih sedap.



Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882


hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Friday, October 17, 2014

ESP: Soya Yang Dibasuh Dengan Air, Bukan Alkohol

Assalaualaikum semua. 

Sempena promosi ESP Buy 6 Free 1 bulan ni, marlah kita share serba sedikit pasal keistimewaan ESP berbanding produk soya jenama lain.


Salah satu perbezaan adalah, Soya ESP diasuh dengan air, manakala produk soya pasaran dibasuh dengan menggunakan alkohol. Tahukah anda? Alkohol ini menyebabkan isoflavanes didalam soya termusnah. Sedangkan isoflavanes ini lah yang penting dalam pencegahan kanser. Berbeza dengan ESP Shaklee. Soya Shaklee dibasuh menggunakan air untuk mengekalkan isoflavanes, genistein dan daidzein dan juga keseluruhan kebaikan soya. 

Masa mula-mula saya makan ESP dulu tu, saya tak ada pon cek pasal semua ni. Masa tu, memang mencari seuatu menggantikan produk H******** untuk gastrik & yang penting murah.

Lepas tu, bila dah konsisten makan Shaklee & dapat kulit yang cantik halus gebu ni, memang terus setia. Lama-lama jatuh cinta. 


Lepas tu bila ramai kecoh kata soya punca kanser dan segala macam lagi isu panas yang keluar, baru saya nak study lebih pasal Shaklee. ternyata pilihan saya tepat. 
Anda boleh baca tulisan saya di sini utuk melihat perubahan ketara saya. 

****Nota tambahan: 
Isoflavanes- merendah kolestrol,mencegah risiko osteoporosis dan kanser
Genistein-mengekang pertumbuhan kanser.memusnahkan radikal bebas.Baik untuk pemulihan uterus,ovari,menopos,
Diadzein- anti tumor,pankreas,anti estrogern berguna untuk wanita menopos.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Monday, October 13, 2014

Tudung Syria Kanak Kanak Murah

Assalamualaikum semua

Suka tak tengok anak dara manis comel bertudung?

Saya tahu, ramai ibu bapa yang mencari tudung-tudung comel untuk puteri solehah. Kali ni, INN House ada bawakan tudung-tudung yang comel.

Di INN House ada 7 koleksi Tudung Syria Kids ni. Koleksi Tudung Syria Kids Malaika ni lebih lebih selesa sebab material daripada Cotton Lycra.

Ini Insyirah dengan Tudung Syria. Kemas kan?
Dan lagi dengan Tudung Syria
null
Yang ini, Insyirah pakai Tudung Kids Syria Malaika 05 INN House. Comel kan?
Ini pun Tudung Kids Syria Malaika 04 INN House

Tudung Syria membuatkan anak-anak nampak lebih kemas. Tak ada rambut yang terkeluar di depan. Hihihi.

Detail Tudung Syria seperti di bawah
MATERIAL: Cotton Lycra
SAIZ: Sesuai untuk 2-6 tahun

PRICE: RM25
POSTAGE: RM6

HOW TO ORDER: SMS/ WhatsApp 018-2349882
EMAIL: hajjar07@gmail.com

Till then, thank you. ^_^

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...