Dah lama dah nak tulis berkaitan JAUNDICE atau KUNING. Sebelum Insyirah lahir saya dah siapkan diri dengan persoalan JAUNDICE ni.
Sebelum tu mari baca fakta umum tentang Jaundice
Jaundice – tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir. Tahap jaundice adalah tinggi lebih kurang hari keempat dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran. Ingat, jaundice bukanlah tanda anak anda sakit/tidak normal atau anak anda mengalami penyakit.
Fakta BILURIBINSewaktu bayi/anak kita di dalam rahim, bahan buangan akan dibuang melalui plasenta si ibu. Maknanya di sini bayi kita dibantu oleh si ibu. Namun, selepas bayi lahir, badannya sendiri harus melakukannya. Salah satu bahan buangan ini adalah BILIRUBIN. Badan bayi kita perlu masa untuk “belajar” membuang bilirubin sendiri. Jika kandungan bilirubin dalam badan terlalu tinggi, ini akan menyebabkan jaundice bayi tinggi. Hati akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayi (sel darah merah pecah lebih cepat sewaktu bayi berbanding org dewasa). Namun, hati bayi baru lahir masih belum matang dan mengambil masa untuk menyingkirkan bilirubin. Ini sebabnya 9 daripada 10 bayi mengalami kuning atau jaundice. Jika level bilirubin terlalu tinggi, kebiasaannya bayi akan ditahan dan diletakkan di bawah cahaya fototerapi.
Bilirubin hanya boleh disingkirkan melalui najis bayi. Adalah dinasihatkan utk menyusu bayi sekerap yang boleh supaya bilirubin boleh disingkirkan dengan cepat oleh najis bayi. Cara apa bayi boleh membuang najis dengan cepat? Tentulah susu ibu yang mudah dihadam itu!KENAPA JAUNDICE BERLAKU?
Ada beberapa sebab Jaundice berrlaku kepada bayi. Antaranya
- Bayi lahir pra-matang
- Blood Group Incompatibility – Jika darah bayi berlainan dari ibunya, badan ibu akan mengeluarkan antibodi utk memusnahkan sel darah merah bayinya. Ini akan menyebabkan bilirubin build up dengan segera di dalam darah bayi. Jadi, kuning bayi akan menjadi tinggi dan lebih lama.
- Bayi mengalami breastmilk jaundice
- Bayi terkena jangkitan atau penyakit lain.
- Kelenjar tiroid bayi tidak berfungsi dengan baik
Dari atas sampai lah saat ini, agak-agak dapat tak fahami macam mana kuning bayi boleh hilang dalam tempoh 2 minggu? Tak dapat? Ni mesti baca ceat-cepat nih. hihihhi.
Ok, tadi kat atas kita dah cerita pasal Bilirubin kan? Bilirubin dalam darah ni lah yang menyebabkan Kuning. Jadinya, cara nak singkirkan Bilirubin adalah dengan menyusu. Sebab bila baby banyak menyusu, maka banyaklah dia kencing & berak. Banyaklah bilirubin disingkirkan.
Golden Rules:
- bawa bayi ke klinik apabila terdapat tanda-tanda kuning
- Darah bayi diambil untuk melihat bacaan Bililrubin. kalau terlalu tinggi rawatan fototerapi akan diberikan
- Jangan takut melihat bayi dicucuk. Jangan dipengaruhi emosi yang boleh menyebabkan keadaan bayi menjadi lebih buruk.
- Berikan anak anda susu badan yang mudah dihdam lebih kerap supaya lebih banyak bahan kumuh dibuang dari badan. Susukan lebih kerap 2 jam sekali.
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan
Casino & Slot Machine - DrMCD
ReplyDeleteAt DrMCD you can play and 전주 출장안마 win casino slot games 나주 출장샵 for free and real money online 충주 출장안마 at 거제 출장안마 DrMCD Casino. Enjoy the excitement of slots and table 강원도 출장샵 games.