Assalamualaikum semuaaa. Isi ruang masa sekejap.
Sekarang ni ada di Hospital Bukit Mertajam. Spesifiknya di Wad Bersalin. Ops! Bukan cek yang nak bersalin. Ni adik ipar.
Bila duduk sini, teringatlah semula kenangan-kenangan kelahiran Insyirah tu. Di sini jugalah Insyirah dilahirkan. Tak dan nak balik bersalin di Johor.
Hospital Bukit Mertajam ni Hospital Rakan Suami & Rakan Bayi. Meh nak cerita sikit pasal Rakan Suami & Bayi ni.
Hospital Rakan Suami ni, hospital bagi suami ikut masuk dalam labour room teman isteri bersalin.
Hospital Rakan Bayi pula, bayi akan diletakkan di dada ibu selepas kelahiran. Dan bayi akan room-in bersama ibu. Bayi tak diletakkan bilik asing.
Nanti kita buat entry khusus pasal Rakan Suami & Rakan Bayi ye. Ni nak bagi tau je kat orang-orang Bukit Mertajam, boleh pilih Hospital Bukit Mertajam sebagai pilihan untuk bersalin. Recommended!
Nanti saya sambung. Debor nak tunggu baby ni.
No comments:
Post a Comment