Thursday, May 28, 2015

HOMEMADE: Roti Tortilla

Assalamualaikum. Eh, blog ni dah jadi blog masak-masak ke? Tetiba share resepi pulak kannn. Hihihi. Dah namanya pon LOVEINSYIRAH. Kegemaran Insyirah akan dimasukkan juga dalam blog ni.

Resepi yang saya nak kongsi ni bukan resepi inti Tortilla tu. Tapi, roti dia tu. Apa nama sebenarnya ye? Ada panggil Wrap, ada panggil Tortilla. Tak kisah lah. Saya dah terbiasa panggil Tortilla.

Selalunya saya akan buat Tortilla ringkas ni bila saya nak puasa sendirian. Puasa sunat atau puasa ganti. Sebab mudah dan cepat nak sediakan. Sapu mayonis, letak salad dan inti dah siap. Tapi, satu hari buatkan untuk Insyirah. Dah dia tersuka pulak. Boleh kata, setiap hari nak makan. Roti Tortilla ni pulak bukan sentiasa ada di rumah. Kalau nak beli selalu pun, harganya boleh tahannnnn. Tak leh lah nak jadikan makanan rujia harian nak oiiii. Hihihihi

Maka, ibu yang penyayang ni pun bersungguh google resepi roti ni. Eh. Eh. Ada pulak orang share resepi. Berterima kasih sangat dengan Mr. Salam Dunia. Dah tiga kali saya buat resepi ni. Alhamdulillah menjadi. Cuma skill lenguli dan menggelek doh tu kena praktis lagi. Almaklumlah lama sangat tak menguli.


Bahan nak buat dan cara dia pun senang sangat.

Bahan-bahan:-

1) 2 cawan tepung gandum
2) 3/4 sudu kecil serbuk penaik
3) 1/2 sudu kecil garam (boleh kurangkan)
4) 3 sudu besar minyak masak
5) 3/4 cawan air panas (mendidih)


Cara-cara:-

1) Gaul rata tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Masukkan minyak masak dan kacau hingga tepung jadi bergentil-gentil.

2) Tuang air panas sedikit demi sedikit dan kacau. Uli doh sehingga menjadi lembut dan permukaan menjadi licin.

3) Rehatkan doh dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab selama 15-30minit.

4) Bahagikan kepada 9-12 bebola. Canaikan sehingga menjadi bulat nipis. Pastikan suhu pan pembakar betul2 panas. Bakar roti tortilla selama lebih kurang 1 minit untuk satu permukaan SAHAJA.


Tortilla Wrap dari sumber Google. Bolehlah buat cantik-cantik sedap-sedap macam dalam gamvar tu ye.

Inti tu terpulanglah ye nak pelbagaikan macam mana. Ikut selera. Nak buat macam KFC ka, nak buat macam Kebab Turki yang kat Bangi Gateaway tu ka atau macam-macam mana ikut selera.

Saya pakai mayonis + Telur dadar je sebab tu kesukaan #insyirahsolehah. Nanti kalau saya buat inti yang lain-lain sikit saya share ye.

Selamat Menguli!


4 comments:

  1. tortilla ni kalau di ptong kecik2 n bakar dlm oven sedappp.. boleh jd snack.. krup krap..kiki

    ReplyDelete
  2. terima kasih syer resipi, anak2 suka sangat tp nak beli selalu kos tinggi jgk kan..boleh cuba ni.
    .

    ReplyDelete
  3. terima kasih syer resipi, anak2 suka sangat tp nak beli selalu kos tinggi jgk kan..boleh cuba ni.
    .

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan berapa hari ni sis

    ReplyDelete

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...