Monday, December 15, 2014

Shaklee, Ikhtiar Saya Untuk Lymphoma

Assalamualaikum semua. Malam-malam ni nak mengarang sikit.

Lama saya tak kongsi tentang perkembangan Lymphoma. Kadang-kadang badan sihat ni, lupa diri pulak. Selalunya, bila di hospital je baru saya sedar diri saya ada Lymphoma. Hihihi.

Keputusan Pet Scan April lepas Doktor kata kanser saya masih di situ & nampak ada spot di satu 2 kawasan lain sebab lebih 6 bulan tak ada rawatan. Kanser saya tahap-4 yang aktif.

10/11 lepas ambil result CT Scan pulak, doktor kata, tak nampak apa-apa dia sedang merebak atau membesar. Doktor kata,
"Oklah dalam tempoh 6 bulan tanpa rawatan tak nampak dia membesar atau merebak di tempat lain. Kalau pet scan nampak dalam 1cm tapi CT Scan tak nampak maksudnya dia tak membesar".
(Info: Pet Scan boleh nampak sel kanser paling kecikkkk sekali. CT Scan dah besar sikit baru dia nampak).

Sekarang, Doktor hanya mampu berharap kanser dalam kawalan sebab tiada rawatan sesuai buat masa ini.
Hajjar Hassan pula berharap akan sembuh sepenuhnya. Sebab yakin, semuanya Allah yang berkuasa.

"Doktor, buat masa ni saya makan supplement high antioksidan. Vitamin A, C, E ok ke? " tanya saya.

"Ok. Tak ada masalah. Jangan makan yang bukan-bukan macam ginseng semua tu". (pesanan biasa Doktor Cantik)

Sebenarnya,  sebelum ni pun dah banyak kali tanya doktor ni tentang pemakanan saya. Setakat ni, doktor benarkan saya ambil supplement.

Buat masa ni, saya ambil
VIVIX
CARATOMAX
VITAMIN C
VITAMIN E
OMEGA
VITALEA
ESP

Untuk kanser ada cara pemakanan dia ye. Yang ini saya tanya sendiri dengan Nutritionist Shaklee.

Rupa saya semasa dalam rawatan dan selepas lama tak ambil rawatan. Kulit nampak lebih sihat. Lebih sihat berbanding sebelum sakit. Hihihi

P/s: Ada banyak kisah suka duka dalam hidup. Tapi kita yang lakar kanvas hidup kita. Kalaupun latarnya hitam, tapi tetap cantik berseri kalau pandai adun warna. Langit hitam kan cantik dengan bulan bintang-bintang bercahaya.

Faham tak falsafah ni??

1 comment:

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...