Pages
▼
Tuesday, December 31, 2013
Monday, December 30, 2013
Saya Akan Jalani Rawatan Radioterapi
Bangun pagi tadi teringat kisah semalam. Apa kisah semalam? Buat mereka yang baca FB/blog suami pastu tahu kisah saya semalam.
Semalam keputusan Pet Scan dah keluar. Alhamdulillah. Hasilnya positif. Barah Hodgkin Lymphoma saya tinggal 1.7cm x 2.2cm. Sangat-sangat kecil untuk dibandingkan dengan awal saya dikesan barah Hodgkin Lymphoma tahap 4. Dulu saiznya 11cm x 12cm.
Bermula dengan 6 kitaran kimoterapi regim ABVD iaitu bersamaan 12 kali dan 2 kali regim ICE. Keputusan Pet Scan Ogos 2013 menunjukkab sel kanser sebesar 3cm x 4cm di dua tempat masih wujud dan aktif.
Keputusan Pet Scan terbaru selepas rawatan Transplan menunjukkan saiz twlah mengecil kepada 1.7cm x 2.2cm hanya pada satu tempat. Sel di tempat satu lagi sudah hilang dan negatif kanser.
Doktor Pakar Hematology, Dr. Goh Ai Sim telah membuat temujanji rawatan radioterapi sebanyak 15 sinaran pada bulan hadapan.
Penutup akhir 2013 saya dengan keputusan Pet Scan. Pembuka tahun 2014 saya pula dengan rawatan radioterapi.
P/s: Kawan saya kata, " Sakit datangnya macam ribut, perginya macam semut. Biarlah perlahan macam semut, yang penting sakit itu tetap berjalan pergi."
Thursday, December 26, 2013
Homeschooling : Tips Ajar Anak Kecil Solat
Kesibukan bulan ini banyak aktiviti homeschooling Insyirah tergendala. Tapi saya sentiasa cakap pada diri kalau tak banyak, sikit pun jadilah. Jadi saya fokus untuk perkara yang kami boleh lakukan bersama-sama. Solat!
Semasa Blogwalking tips mengajar anak solat, saya jumpa banyak blog yang berkongsi tips ini. Kebanyakan menulis mengikut tahap umur 0-7 tahun. Saya akan fokus 0-2 tahun kerana Insyirah masih di fasa ini.
Saya kongsikan cara saya untuk melatih Insyirah solat.
1. Berdoa
Kalau boleh, berdoa bersama-sama dia. Biar anak dengar doa kita. Kalau saya setiap masa.
Contoh bila tengah sayang-sayang saya cakap, "Insyirah anak solehah, dengar cakap ibu ayah, rajin solat, bla bla bla." Itu cara sayalah, dan semestinya setiap waktu mustajab berdoa. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :
(Surah Ibrahim:40)
2. Membiasakan anak-anak dengan solat
Ini dibahagikan mengikut peringkat usia.
Umur 0-2 tahun
Letakkan anak berhampiran dengan tempat kita solat
Katakan kepadanya : "Sekejap ya sayang, ibu/ayah nak solat sebentar"
Saya banyak tertinggal fasa ini kerana pada waktu ini saya banyak menghabiskan masa di dalam wad.
Ibu ayah juga boleh belajar ilmu solat sambil mendukung anak.
Umur 2-4 tahun
Selalu mengajak mereka untuk solat bersama
Mungkin ada ibu bapa baru bermula merasakan agak sukar mengajak mereka. Cara saya, saya pujuk Insyirah berwudhuk dahulu. Fitrah anak kecil sukakan air. Saya ambil peluang menunjukkan padanya rukun wudhuk.
Tips penting untuk ibu ayah. Jangan memarahi anak-anak jika dia mengganggu kita dengan menarik sejadah atau memanjat ke atas kita. Ini boleh dirujuk kisah yang masyhur, kisah Saidina Hassan dan Hussin yang duduk di pundak Rasulullah hingga memaksa baginda sujud lebih lama.
Adalah perkara biasa Insyirah solat dihadapan saya walaupun sudah disediakan sejadah kecil untuknya.
Perkara biasa dia duduk atas saya semasa duduk tasyhud.
Perkara biasa tarik tali telekung ketika sujud dan duduk.
Saya tidak terus memarahi dia. Usai solat saya pegang kepalanya dan cakap,
"Kalau ibu solat tak boleh kacau kan?"
Peluk, cium dan berdoa bersama-sama dia. Doa dalam bahasa Melayu supaya dia faham.
Mungkin ada yang mengatakan saya boleh melakukannya kerana saya seorang surirumah. Sebenarnya saya sendiri terlambat mendidik Insyirah. Sahabat-sahabat saya yang bekerjaya lebih awal mendidik anak mereka solat. Di sini tidak timbul cepat atau lambat. Apa yang penting kemahuan dan usaha kita mendorong anak-anak kita bersolat. Untuk mengetahui tips penuh boleh ke sini.
P/s: saya perasan lebih mudah mengajak Insyirah solat bersama kakak-kakak itu.
Masa ini dia menghadap saya yang sedang mengaji. Dapat tangkap perbuatannya yang lucu tu.
Dua situasi. Insyirah pakai telekung besar sebab telekungnya tertinggal dikampung.
Insyirah solat dengan kakak-kakak. Sebenarnya mereka sepupu saya a.k.a makcik Insyirah. Hihihi
P/s: saya perasan lebih mudah mengajak Insyirah solat bersama kakak-kakak itu.
Sunday, December 22, 2013
2014: Work at Home Mom, WAHM impian jadi kenyataan.
Mengakhiri 2013 ini dengan penuh cabaran membuat saya bagaikan tidak terasa 2014 bakal menjengah tak kurang dua minggu lagi.
Seperti yang pernah ditulis oleh suami di sini.Saya mahu menjadi WAHM (Work at Home Mom). Impian itu memang telah lama saya simpan. Ujian yang Allah beri tidak pernah memadamkan impian ini.
Apabila ditanya oleh suami tentang perancangan tahun hadapan, saya kata, "saya fokus dengan INN House of Fashion dan juga Shaklee. 2015 pula saya mahu buka tadika ABS.".
Siapa sangka Allah sudah nampakkan kami jalan impian 2015 itu. Alhamdulillah.
Gambar dari FB Puan Zuraida Noordin. (Ketua ABS Chapter Utara).
P/s: "Ya Allah, mudahkan urusan kami. Murahkan rezeki kami"
Wednesday, December 18, 2013
Jurnal Cuti-Cuti Disember
Hari ini Pet Scan untuk Post Transplan. Saya rasa Disember adalah bulan yang sibuk dan padat. Sekarang pun menulis di celah-celah masa menunggu keputusan darah.(Tapi saya baru sempat post sebab semalam di makmal tak ada line )
Bermula 1/12/13 walimatulurus adik ipar. Barakallah Kak Cik dan Hazwan.Selamat menempuh alam rumah tangga.
Barakallah Kak Cik n Wan. Semoga rumahtangga yang dibina mawaddah wa rahmah.
3/12/13 naik flight Airasia ke Kuala Lumpur bersama adik dan Insyirah. Pengalaman ngeri hampir tertinggal flight. Turun gate betul-betul pintu kapal pun nak tutup. T_T
Tapi lupa semua mimpi ngeri bila malam dapat jumpa Derek Gehl. What!!! Kebetulan yang membawa Keterujaan! !! Tapi bila habis kena cepat-cepat balik. Tak ada kenangan dengan dia. Siapa pulak pak cik Derek Gehl ni? Dia sifu kepada sifu saya dalam dunia Perniagaan Internet ni. Kak Maria Hasnida Adam. Lepas tu tertidur keletihan. Sedar-sedar pokok kelapa sawit kat sebelah kereta Mimam. What!!! Kelapa sawit? Penat travel hari ni...terkejar-kejar dan asyik teruja je. Hihihi. ...Rumah Wak Noor ni dah macam Villa dalan hutan. Dikelilingi pokok-pokok yang banyak tiba tiba ada rumah dia. Hihihi.
Kami berempat dalam KLIA express train. Jalan jem. Mimam parking kat Putrajaya.
5/12/13 Bertolak dari KLIA ke Kuala Terengganu dengan MAS. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun mak dan Mumtazah hampir jatuh di escalator yg lurus kat KLIA tu. My fault pi tolak kerusi roda Mumtazah kat situ T_T
Malamnya Mimam dan Bik Bella pula sampai. What a great holiday! Even tak cukup sebab family Abang Fairuz dan family Kak Balqis tak ada. Yang penting Mimam seronok jumpa Insyirah. Insyirah kan kesayangan Mimam... Ibu yang perasan. Sementara baby belum keluar silalah pow Mimam banyak- banyak ye Insyirah. Hihihi....
Stay kat Terengganu hingga 9/12/13. Apa yang best kat Terengganu??Nanti saya cerita kat entri lain k. Hihihi.
9/12/13 dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.
10/12/13 - 14/12/13 duduk di kampung Muar johor.
10/12/13 - 14/12/13 duduk di kampung Muar johor.
Insyirah kat kampung. Dia seronok sangat. Macam-macam ada. Huhuhu
14/14/13 dari Kuala Lumpur ke Penang. Sekali lagi hampir tertinggal flight. Sampai luggage semua tinggal sebab tak sempat drop luggage. Nasib dah check in. Huhuhu. Kali ini paling penat sebab dari gate ke flight di LCCT kan agak jauh. Insyirah pulak nak dukung.
Kat dalam flight Insyirah tidur kepenatan. Saya pula tak mampu tidur sebab sangat penat. Tengoklah gambar bawah tu kat kedai makan. Dia tak larat pun nak bangun makan.
Hari ini (17/12/13) saya di Hospital Pulau Pinang untuk Day Care dan Pet Scan.
22/12/13 walimatulurus Wani kawan kampus dan pasangan di Kepala Batas.
27-29/12/13 mungkin akan pulang ke Muar sebab my big bro akan further study kat Australia. T_T
30/12/13 keputusan Pet Scan.Sibuk kan? Rasanya kalau buat entri satu-satu memori jurnal Disember meriah blog i. Hihihi.
P/s: hutang bertambah. Cerita transplan dan jurnal cuti-cuti Disember. Aiyoo.. huhuhu
22/12/13 walimatulurus Wani kawan kampus dan pasangan di Kepala Batas.
27-29/12/13 mungkin akan pulang ke Muar sebab my big bro akan further study kat Australia. T_T
30/12/13 keputusan Pet Scan.Sibuk kan? Rasanya kalau buat entri satu-satu memori jurnal Disember meriah blog i. Hihihi.
P/s: hutang bertambah. Cerita transplan dan jurnal cuti-cuti Disember. Aiyoo.. huhuhu