Pages

Monday, December 30, 2013

Saya Akan Jalani Rawatan Radioterapi

Bangun pagi tadi teringat kisah semalam. Apa kisah semalam? Buat mereka yang baca FB/blog suami pastu tahu kisah saya semalam. 

Semalam keputusan Pet Scan dah keluar. Alhamdulillah. Hasilnya positif. Barah Hodgkin Lymphoma saya tinggal 1.7cm x 2.2cm. Sangat-sangat kecil untuk dibandingkan dengan awal saya dikesan barah Hodgkin Lymphoma tahap 4. Dulu saiznya 11cm x 12cm. 

Bermula dengan 6 kitaran kimoterapi regim ABVD iaitu bersamaan 12 kali dan 2 kali regim ICE. Keputusan Pet Scan Ogos 2013 menunjukkab sel kanser sebesar 3cm x 4cm di dua tempat masih wujud dan aktif. 

Keputusan Pet Scan terbaru selepas rawatan Transplan menunjukkan saiz twlah mengecil kepada 1.7cm x 2.2cm hanya pada satu tempat. Sel di tempat satu lagi sudah hilang dan negatif kanser. 


Doktor Pakar Hematology,  Dr. Goh Ai Sim telah membuat temujanji rawatan radioterapi sebanyak 15 sinaran pada bulan hadapan. 

Penutup akhir 2013 saya dengan keputusan Pet Scan. Pembuka tahun 2014 saya pula dengan rawatan radioterapi. 

P/s: Kawan saya kata, " Sakit datangnya macam ribut, perginya macam semut. Biarlah perlahan macam semut, yang penting sakit itu tetap berjalan pergi." 

6 comments:

  1. Replies
    1. Simptom awal sejak Mac 2012. Diagnos sakit Ogos 2012. Kimoterapi pertama September 2012.

      Delete
  2. semoga anda tabah n cepat sembuh... jom tahajjud semoga memberi kesembuhan jika bukan pada jasad.. in syaa allah pada jiwa kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... insya Allah moga saya istiqamah.

      Delete
  3. assalamualaikum
    siti hajar....semoga cepat sembuh sepenuhnya.
    kenal x??
    staff nurse BMT.....berblogwalking than terserempak plak blog hajar....
    insyaAllah kuat kan semangat n tekad untuk sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Nurse Farah. Apa tak ingat. InsyaAllah ingat semua yang jaga kita. Jom2 tukar link. ^_^

      Delete