Pages

Tuesday, December 31, 2013

Selamat Datang 2014

Semua didalam rumah telah tidur kecuali saya. Waktu keseorangan ini saya memikirkan betapa cepat masa berlalu. Alhamdulillah,  tahun 2013 melakar banyak episod dan peristiwa baru dalam diri.

Tahun 2014 sudah menjelma. Azam baru sudah dipasang.  Saat membaca email kiriman Puan Lina Karim (bonda Darwish dan Darwisha, saya terdetik mahu menulis sesuatu. Betapa banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada saya. Mahu ditulis semua nikmat itu rasanya tak tertulis di sini.

Maka entry ini hanya entry pendek bergambar. Sedikit gambar kenang-kenangan sepanjang 2013.


Owhh!!! Paling suka gambar ini. 28hb lalu kami berkumpul adik beradik di kampung Muar. Abang kesayangan kami ini akan ke bumi Kanggaroo selama setahun untuk melanjutkan pelajaran. T_T. 

 Jadinya semua pakat-pakat nak main bakar-bakar. Kambing katanya. Hihihihi. Gambar kurang berkualiti. Semua sibuk main api dan makan kambinh sampai lupa nak ambil gambar. Saya je yang ingat. Tapi kemeranya.... ya ampunnnn buruk sungguh gambarnya.

Cari punya cari gambar kami berdua, ini je yang saya jumpa untuk tahun 2013. Haish... 2014 ni kena banyak sikit ambil gambar ye Pakaq. Ini kenangan di Terengganu. Comelkan kami? Sedondon pulak. Hihihi.

Ini wad di Hospital Ampang semasa proses stem cell collection

P/s: Baru perasan, tak banyak gambar yang merakam memori. T_T. 2014 semoga lebih baik. Diberi kesihatan, dimurahkan rezeki, bahagia dunia dan akhirat. Insyirah dipelihara dari mala bencana, menjadi anak solehah. 

No comments:

Post a Comment