Pages

Friday, January 3, 2014

Kenapa WAHM?

Hari tu saya ada tulis berkaitan impian 2014 mahu jadi surirumah bekerjaya atau orang putih kata Work at Home Mom (WAHM).

Mungkin ada yang beranggapan saya mensia-siakan ijazah saya. Tapi, saya tak rasa macam tu pun. Kalau kita pandang kiri kanan kita, sebenarnya tak semua bekerja mengikut kelulusan di Universiti. Contoh terdekat adalah suami saya. Graduan Usuluddin dari Universiti Malaya bekerja sebagai seorang wartawan.

Selepas kahwin saya kerja sambilan di bahagian pentadbiran pejabat di Petaling Jaya. Suami yang carikan kerja tu sambil-sambil saya mohon kerja tetap yang bersesuaian dengan ijazah saya.

How time flies. Setelah onak duri (mengandung,  bersalin, sakit) sehinggalah suami bertanya azam 2014. Masa itu saya menjawab mahu menjadi WAHM. Selain impian sejak dari mula berkahwin, kesihatan juga merupakan faktor utama saya menjadi WAHM.

Tambahan WAHM juga sudah menjadi trend dikalangan sahabat-sahabat dan beberapa kenalan saya. Mereka yang bekerjaya pula memasang niat untuk menjadi WAHM satu hari nanti.

P/s: Kata yang biasa,  masuk Universiti untuk segulung Ijazah menjamin masa hadapan. Kata tak biasa, masuk universiti untuk menjadi pencetus perubahan. Mampukah kita?

1 comment:

  1. Doa saya untuk puan ALLAH mudahkan segala urusan puan untuk mendidik anak2... ALLAH berkati puan sekeluarga dunia akhirat

    ReplyDelete