Pages

Wednesday, January 15, 2014

My Breastfeeding Journey

Laaa cerita susu ibu pula? Kalau nak tahu topik ni antara topik yang saya suka. Ingat lagi masa mengandungkan Insyirah. Hari-hari baca topik ni. Google sana sini. Masa mengandung tu saya dah set yang saya nak menyusukan anak saya sehingga umurnya 2tahun. Alhamdulillah, saya mampu susukan Insyirah selama 11bulan. lebih 13bulan tu boleh baca kisah saya diSINI. (Waktu ni saya rasa bersalah sebab tak buat stok. Iyalah fulltime housewife kan)



Sepanjang 11bulan tu walaupun saya surirumah sepenuh masa (4bulan sahaja menjadi guru ganti) tetap merasakan cabaran dalam Breastfeeding Journey ini.

Insyirah pula masa bayi ada perangai 'ngempeng'. Itu bahasa jawa. Saya tak pasti bahasa Melayunya. Sentiasa nak melekap bila tidur. hihihihi.

Masa tu saya merasakan sangat letih. Saya pula ada masalah bila letih tak lalu makan. 
Masa itu juga saya buta vitamin dan supplement ni. T_T
Maka, saya lalui hari-hari itu dengan sedikit tekanan. Ditambah tekanan yang ada, bertambah-tambah tekanan saya. Kadang-kadang saya perasan susu merudum. Waktu tu saya hanya mampu berdoa agar Allah cukupkan rezeki untuk Insyirah. Tak terfikir mencari solusi. Masa baca dulu-dulu tak baca tentang supplement. 

Alhamdulillah, sebab saya tekad nak Breastfeeding Insyirah saya mampu Exclusive Breastfeeding Insyirah untuk 7 bulan pertama. Saya kenalkan solid food pada Insyirah selepas 7 bulan. 

Owh ya, Ikon saya dalam Breastfeeding Journey ni tentulah Mak saya sendiri. Mak berjaya susukan kami selama 2tahun. Selain itu kakak ipar saya, Kak Yaya. Saya kagum dengan semangat dan ilmu dia tentang Breastfeeding ni. Kak Yaya ada masalah dalam Breastfeeding di awal-awal kelahiran. Tapi Ahmad Akif Iman juga berjaya Eksklusif sehingga 6bulan sebelum dikenalkan dengan Solid Food.


My lovely Brother. Kak ipar saya nampak muda dan comel kan? Yang hensem tu Ahmad Akif Iman. Diorang ada kat Australia setahun ni. T_T 
Rindu.........

Saya pernah berimpian untuk jadi kaunselor laktasi. (shhhh...yang ini rahsia tau. besar sangat impian tu.) Tiba-tiba rasa, mungkin lebih baik saya share pengalaman dan ilmu tak seberapa saya buat panduan pembaca. Tambahan kawan-kawan sebaya pun ramai yang merancang dan sudah mendirikan rumahtangga. (saya antara terawal kahwin dalam geng).

Akan datang saya akan share serba sedikit tips-tips yang berguna yang saya tahu ya. 

Hajjar Hassan
ID: 1090868
WahtsApp/sms/tel
018-2349882

Monday, January 13, 2014

Kombinasi Alfafa Complex

Entry (lepas) saya cerita tentang kebaikan ALFAFA kan? Alfafa ni sangat best tau. Bawah ni antara kombinasi Alfafa bersama produk-produk lain untuk membantu masalah kesihatan anda.

1. RESDUNG = Alfafa + Vitamin C
2. MILK BOOSTER = Alfafa + ESP
3. SET KURUS = Alfafa + Lechitin
4. MEMBAKAR LEMAK &KOLESTEROL    
    =Alfafa+Lechitin+Omega Guard
5. MASALAH KEPUTIHAN = Alfafa
6. MASALAH SENGGUGUT = Alfafa+ESP+Gla

Shaklee Independent Distributor
Siti Hajjar Hassan
ID : 1090868
Tel/sms/WhatsApp: 0182349882
Email : hajjar07@gmail.com

Friday, January 10, 2014

Shaklee: ESP Shaklee Hot

Entry kali ini untuk mereka yang tertanya-tanya apa itu ESP? Mesti banyak dengarkan? ESP ni produk Shaklee yang paling hot sekali. Buat yang tertanya-tanya, tak apa. Meh nak cerita.

Ringkasnya,

ESP singkatan kepada ENERGIZING SOY PROTEIN. ESP ni popular sebab membekalkan sumber protein harian terutamnya mereka yang memiliki gaya hidup tidak sihat. 

KEKURANGAN PROTEIN
  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi
  • tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.

KELEBIHAN ESP SHAKLEE

  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

  • Untuk wanita yang sedang pregnant : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.

  • Untuk stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan pun kurang.

  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.

  • Untuk mereka yang ada gastrik macam saya : ESP berikan rasa kenyang. Jadinya dalam kesibukan dan terlupa makan tu, cukuplah untuk saya ambil ESP waktu pagi. 

KEBURUKAN ESP SHAKLEE
Anda beli dan letak dalam kabinet dapur tanpa diminum seperti yang disarankan. Tak nampaklah perubahannya. hihihihi.

So sekarang ni kita dah tau kebaikan ESP Shaklee dan untuk siapa. Teringin tak nak cuba? Harga istimewa buat pelanggan-pelanggan saya.

Hajjar Hassan
ID: 1090868
018-2349882
WhatsApp/sms/tel

Sunday, January 5, 2014

Shaklee : Alfafa Complex

Bulan ni bulan kedua saya serius dalam Shaklee. Mari saya nak kenalkan satu-satu produk Shaklee. Kita mulakan dengan produk paling hot dalan Shaklee ni. ALFAFA.

ALFAFA Sebagai Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil.


ALFAFA merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  

Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. dan Shaklee  menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California. 

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.

Khasiat:

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster
P/s: ia juga terbaik untuk keintiman jika diambil oleh suami atau pun isteri =)


Bulan ni Shaklee ada promosi Alfafa. 
Beli 6 botol Alfafa percuma 1 botol. :) 
JIMAT RM53.75.

Shaklee Independent Distributor
Siti Hajjar Hassan
ID : 1090868
Email:hajjar07@gmail.com
Tel/sms/WhatsApp :0182349882

Friday, January 3, 2014

Kenapa WAHM?

Hari tu saya ada tulis berkaitan impian 2014 mahu jadi surirumah bekerjaya atau orang putih kata Work at Home Mom (WAHM).

Mungkin ada yang beranggapan saya mensia-siakan ijazah saya. Tapi, saya tak rasa macam tu pun. Kalau kita pandang kiri kanan kita, sebenarnya tak semua bekerja mengikut kelulusan di Universiti. Contoh terdekat adalah suami saya. Graduan Usuluddin dari Universiti Malaya bekerja sebagai seorang wartawan.

Selepas kahwin saya kerja sambilan di bahagian pentadbiran pejabat di Petaling Jaya. Suami yang carikan kerja tu sambil-sambil saya mohon kerja tetap yang bersesuaian dengan ijazah saya.

How time flies. Setelah onak duri (mengandung,  bersalin, sakit) sehinggalah suami bertanya azam 2014. Masa itu saya menjawab mahu menjadi WAHM. Selain impian sejak dari mula berkahwin, kesihatan juga merupakan faktor utama saya menjadi WAHM.

Tambahan WAHM juga sudah menjadi trend dikalangan sahabat-sahabat dan beberapa kenalan saya. Mereka yang bekerjaya pula memasang niat untuk menjadi WAHM satu hari nanti.

P/s: Kata yang biasa,  masuk Universiti untuk segulung Ijazah menjamin masa hadapan. Kata tak biasa, masuk universiti untuk menjadi pencetus perubahan. Mampukah kita?