Pages

Thursday, September 4, 2014

Esophagheal Varices & Portal Hypertension Mungkin Punca Saya Muntah Darah

Assalamualaikum semua...

Rentetan kisah Saya Muntah Darah & Saya Muntah Darah II saya dah pun keluar wad Ahad lepas. Hari Ahad 31 Ogos 2014. Alhamdulillah. Saya dibenarkan keluar wad dengan bacaan Hb 8.2. Agak rendah. Agak berisiko tapi memandangkan saya memang ada follow up di Hospital Pulau Pinang doktor bagi saya keluar. 

Antara punca saya muntah darah hari tu adalah kerana salur darah di Esofaghus ni pecah. Esofaghus tu salur yang membawa makanan dari mulut ke usus. Darah yang keluar dari salur darah tu la yang saya muntahkan malam tu. Sebab tu yang keluar tu darah segar dan darah beku. Situasi ni kita panggil Esophagheal Varices. 

 Ni gambar yang ayah mertua saya ambil. Ambil gambar nak tunjuk pada suami yang tak ada kat rumah. Dia masa ni dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Penang.

Esophagheal Varices ni pulak ada penyebabnya. Antaranya adalah Portal Hypertension. Portal Hypertension tu sebab tekanan yang kuat di salur darah yang membawa darah dari esofaghus ke hati. Tekanan yang kuat ni akhirnya menyebabkan salur darah pecah. 

Mula-mula doktor menyangka hati saya yang bermasalah. Tapi, alhamdulillah keputusan ujian fungsi hati dan ultrasound menunjukkan hati saya masih sihat. Tapi, doktor akan teruskan dengan ujian CT Scan. Harap-harap ujian CT Scan nanti baik-baik aja. 

Ayat ni ubat hati tatkala buntu.  Allah pasti ada bersama hambaNya yang sabar dan redha. InsyaAllah.

Dah-dah jom tengok gambar. Kenang-kenangan dalam wad.

 Antara tetamu paling awal ziarah saya adalah TKM 1 Pulau Pinang YB Hj. Mohd Rashid bin Hasnon.  Baik orangnya. Lemah lembut. Yelah, sekampung kan kita. Orang Johor gitulah. hihihihi


 Ini sahabat kami. Jauh dari Kelantan Abang Asran Alias dan Kak Shikin datang.  T_T 
Dah lah Kak Shikin tu mengandung. Diorang datang dengan anak-anak dan juga blogger/facebooker terkenal Topeng Perak


 Lepas tu, kawan-kawan di Penang pulak sampai. Sahabat Peniaga Uptown Perda. Siap bagi sumbangan lagi. T_T
Dalam ujian yang Allah beri kmi ni dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang baik. Ahamdulillah.  

Tak lupa, hari saya nak keluar wad sempat kakak manis Natrah Mohamed ziarah. Selama ni hanya bersua di WhatsApp dan FB tapi bila jumpa macam dah lama kenal. Ukhuwwah keluarga Shaklee kan akak kan?

Sebenarnya, ramai je yang ziarah. Pak Cik Mak Cik, Saudara jauh dekat. Cuma masa tu, wartawan Zainulfaqar tak ada. Jadinya, tak adalah yang nak ambil gambar. Hihihihi 

Oklah, nanti saya tulis-tulis lagi ye. Harap-harap info Esophagheal Verices ni membantu anda. 
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

4 comments:

  1. moga dikurniakan kesihatan selalu hajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima Kasih Kak Mila atas doanya. Semoga akak sekeluarga pon sihat sejahtera ye.

      Delete
  2. Selamat kembali ceria Hajjar.

    Teruskan perjuangan untuk Islam !

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah Kak Natrah. Semoga Alllah sentiasa bantu kita. :)

      Delete