Pages

Friday, November 21, 2014

Hospital Rakan Suami & Rakan Bayi

Polisi Suami Menemani isteri ketika melahirkan Anak Untuk memberikan sokongan emosi dan moral kepada isteri yang bersalin disamping ingin memberikan peluang kepada suami untuk menyaksikan kelahiran anak kandung pasangan suami isteri demi mengeratkan perhubungan keluarga. Untuk meningkatkan mutu/ imej perkhidmatan di bilik bersalin dengan melibatkan suami dalam proses bersalin isteri. Untuk meningkatkan kepuasan pelanggan selaras dengan budaya koporat kementerian kesihatan yang menggalakkan satu perkidmatan yang penyayang. Ketelusan yang akan wujud dari perlaksanaan konsep ini akan sendirinya meningkatkan mutu perkhidmatan di jabatan perbidanan hospital-hospital kerajaan, malah ia juga akan meningkatkan mutu perkhidmatan keseluruhan hospital-hospital berkenaan selaras dengan objektif yang mahukan perkhidmatan hospital yang cekap, effisien berkualiti dan tulus Pendedahan masyarakat kepada cara kerja hospital-hospital akan menghakis segala salah faham masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan di hospital-hospital kerajaan. Ini akan meningkatkan kerjasama diantara masyarakat dengan pihak yang memberikan perkhidmatan serta mengurangkan aduan serta kegelisahan orang ramai. Kehadiran suami disisi isteri yang sedang sakit juga diharap akan mengurangkan beban kesakitan yang dialami dan membantu dalam melincinkan proses kelahiran serta mempercepatkan proses membuat keputusan di dalam di dalam kecemasan

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Assalamualaikum semua...

Seperti dijanjikan pada entry Hospital Bukit Mertajam yang lepas, hari ni saya nak kongsikan berkaitan Hospital Rakan Suami & Rakan Bayi. Masa saya nak bersalinkan Insyirah dulu, saya rajin google info-info tentang Hospital Rakan Bayi. Tapi, tiba-tiba terjumpa info 'Suami teman Isteri Bersalin'. Wahhh!!! ini sudah baik. Selalu dengar hanya hospital swasta je yang bagi suami teman isteri di Labour Room

Apa yang bestnya Hospital Rakan Suami ni?
  1. Suami dapat berikan sokongan emosi dan moral kepada isteri.
  2. Suami berpeluang menyaksikan kelahiran anak kandung dan dapat mengeratkan perhubungan keluarga.
  3. Suami pun dapat tengok prosedur-prosedur berkaitan dan dapat kepuasan bila lihat sendiri semua prosedur berkaitan
Tapi.... Suami hanya boleh masuk ke labour Room jika kelahiran normal. Kalau tiba-tiba isteri kena bedah,  suami dah tak boleh teman isteri. Ada sesetengah hospital mewajibkan suami pergi ke kelas. Jadi, sebaiknya semak di hospital mana anda nak  bersalin.
 
HOSPITAL RAKAN BAYI
Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah merupakan satu inisiatif global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang bertujuan untuk memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu.
 
Antara kelebihan Hospital Rakan Bayi, 
  1. memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas kelahiran bayi
  2. membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas kelahiran bayi 
  3. memberi tunjuk ajar kepada ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik. 
  4. menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman dan makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan. 
  5. mengamalkan 'rooming in' dimana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24jam sehari) 
  6. menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
  7. menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong 
  8. membantu penubuhan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
 
Perlu Diingat: Hospital Rakan Bayi tidak semestinya Hospitl Rakan Suami. Harap-harapnya, dapat beri sedikit panduan untuk anda menimang cahaya mata. 
 

Monday, November 17, 2014

Bagaimana Kuning Hilang Dalam Tempoh 2 Minggu

Assalamualaikum semua...



Dah lama dah nak tulis berkaitan JAUNDICE atau KUNING. Sebelum Insyirah lahir saya dah siapkan diri dengan persoalan JAUNDICE ni. 

Sebelum tu mari baca fakta umum tentang Jaundice 
Jaundice – tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir. Tahap jaundice adalah tinggi lebih kurang hari keempat  dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran. Ingat, jaundice bukanlah tanda anak anda sakit/tidak normal atau anak anda mengalami penyakit.
Sewaktu bayi/anak kita di dalam rahim, bahan buangan akan dibuang melalui plasenta si ibu. Maknanya di sini bayi kita dibantu oleh si ibu. Namun, selepas bayi lahir, badannya sendiri harus melakukannya. Salah satu bahan buangan ini adalah BILIRUBIN. Badan bayi kita perlu masa untuk “belajar” membuang bilirubin sendiri. Jika kandungan bilirubin dalam badan terlalu tinggi, ini akan menyebabkan jaundice bayi tinggi. Hati akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayi (sel darah merah pecah lebih cepat sewaktu bayi berbanding org dewasa). Namun, hati bayi baru lahir masih belum matang dan mengambil masa untuk menyingkirkan bilirubin. Ini sebabnya 9 daripada 10 bayi mengalami kuning atau jaundice. Jika level bilirubin terlalu tinggi, kebiasaannya bayi akan ditahan dan diletakkan di bawah cahaya fototerapi.
Fakta BILURIBIN
Bilirubin hanya boleh disingkirkan melalui najis bayi. Adalah dinasihatkan utk menyusu bayi sekerap yang boleh supaya bilirubin boleh disingkirkan dengan cepat oleh najis bayi. Cara apa bayi boleh membuang najis dengan cepat? Tentulah susu ibu yang mudah dihadam itu!
KENAPA JAUNDICE BERLAKU?
Ada beberapa sebab Jaundice berrlaku kepada bayi. Antaranya
  • Bayi lahir pra-matang
  • Blood Group Incompatibility – Jika darah bayi berlainan dari ibunya, badan ibu akan mengeluarkan antibodi utk memusnahkan sel darah merah bayinya. Ini akan menyebabkan bilirubin build up dengan segera di dalam darah bayi. Jadi, kuning bayi akan menjadi tinggi dan lebih lama.
  • Bayi mengalami breastmilk jaundice 
  • Bayi terkena jangkitan atau penyakit lain.
  • Kelenjar tiroid bayi tidak berfungsi dengan baik
KUNING HILANG DALAM TEMPOH 2 MINGGU

Dari atas sampai lah saat ini, agak-agak dapat tak fahami macam mana kuning bayi boleh hilang dalam tempoh 2 minggu? Tak dapat? Ni mesti baca ceat-cepat nih. hihihhi.

Ok, tadi kat atas kita dah cerita pasal Bilirubin kan? Bilirubin dalam darah ni lah yang menyebabkan Kuning. Jadinya, cara nak singkirkan Bilirubin adalah dengan menyusu. Sebab bila baby banyak menyusu, maka banyaklah dia kencing & berak. Banyaklah bilirubin disingkirkan.

Golden Rules:
  • bawa bayi ke klinik apabila terdapat tanda-tanda kuning
  • Darah bayi diambil  untuk melihat bacaan Bililrubin. kalau terlalu tinggi rawatan fototerapi akan diberikan
  • Jangan takut melihat bayi dicucuk. Jangan dipengaruhi emosi yang boleh menyebabkan keadaan bayi menjadi lebih buruk.
  • Berikan anak anda susu badan yang mudah dihdam lebih kerap supaya lebih banyak bahan kumuh dibuang dari badan. Susukan lebih kerap 2 jam sekali.
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Saturday, November 15, 2014

Kenapa Saya Suka Wad Bersalin Hospital Bukit Mertajam

Assalamualaikum semuaaa. Isi ruang masa sekejap.

Sekarang ni ada di Hospital Bukit Mertajam. Spesifiknya di Wad Bersalin. Ops! Bukan cek yang nak bersalin. Ni adik ipar.

Bila duduk sini, teringatlah semula kenangan-kenangan kelahiran Insyirah tu. Di sini jugalah Insyirah dilahirkan. Tak dan nak balik bersalin di Johor.

Hospital Bukit Mertajam ni Hospital Rakan Suami & Rakan Bayi. Meh nak cerita sikit pasal Rakan Suami & Bayi ni.

Hospital Rakan Suami ni, hospital bagi suami ikut masuk dalam labour room teman isteri bersalin.

Hospital Rakan Bayi pula, bayi akan diletakkan di dada ibu selepas kelahiran. Dan bayi akan room-in bersama ibu. Bayi tak diletakkan bilik asing.

Nanti kita buat entry khusus pasal Rakan Suami & Rakan Bayi ye. Ni nak bagi tau je kat orang-orang Bukit Mertajam,  boleh pilih Hospital Bukit Mertajam sebagai pilihan untuk bersalin. Recommended!
Nanti saya sambung. Debor nak tunggu baby ni.

Tuesday, November 11, 2014

Vitamin-C Melawan Kanser

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak kongsikan tentang Vitamin C. Selalu kita dengar dan faham Vitamin-C ni bagus untuk kecantikan kan? Tapi, tahu tak Vitamin-C juga mampu untuk melawan kanser. Pesakit kanser, wajib baca ni tau. 

Vitamin-C ni satu-satunya antioksida yang boleh meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cell unutk melawan penyakit. Dalam darah kita ada sel darah merah, platlet dan sel darah putih. T-cell ini berada dalam sel darah putih yang berperanan sebagai antibodi badan melawan penyakit.

Vitamin-C juga mampu membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. Mana kita dapat kimia berbahaya ni?

Antara sumber kimi berbahaya dalam kehidupan seharian. Memang setiap hari pun kita jumpa semua ni kan?


Setiap hari kita bekerja dengan produk-produk di atas kan? Sabun pencuci, kosmetik, set penjagaan diri, prcossed food, dan banyaak lagi. Sedikit sebanyak kimia berbahaya meresap apabila anda menyentuh atau menghidu produk-produk tersebut.

Haaa bahan kimi berbahaya ni akhirnya akan membebaskan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas yang tak dibuang ni yang menyebabkan penyakit kronik macam sakit jantung dan kanser. Jadinya, Pengambilan Vitamin-C penting untuk bantu badan singkirkan radikal bebas. 

VITAMIN C Vs BUAH
Boleh ke kalau tak nak ambil Vitamin C? Nak makan buah je. BOLEH! Tapi...... baca bawah ni dulu.

Setiap hidangan buah membekalkan 45-60mg vitamin-C. Buah akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap selepas 10 hari buah ranum. Kalau buah kurang ranum, maka kuranglah Vitamin-C. Lepas tu, kandungan vitamin-C akan berkurang separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terddah kepada kepanasan. Belum kira lagi buah disembur racun perosak. 

Jadinya, meh cek semula diri. Berapa banyak buah makan sehari? Kalau anda dapat makan 7biji buah limau organik sehari kemungkinan anda dapat berikan tubuh anda Vitamin-C yang mencukupi.


Saya pilih Vitamin-C Sustained Relesed 500mg Shaklee sebab saya sedar saya pesakit Kanser Lymphoma tidak dapat makan buah setiap hari. Walaupun saya cuba untuk makan setiap hari tapi, mesti ada hari yang saya tak makan atau minum jus buah sebab sibuk atau buah tak beli.

Jap! saya tak kata anda tak perlu pergi kimoterapi ye. Saya sangat cadangkan pesakit kanser dengar kata doktor. Ikut jadual rawatan. Supplement Vitamin-C boleh diambil selepas rawatan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.
 
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Tuesday, November 4, 2014

Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik

Assalamualaikum Semua.

Ramai tanya saya Shaklee ni ada ke Minyak Ikan untuk kanak-kanak? Shaklee ni ada ke Omega-3? Haa ni nak bagi tau ni. Shaklee ada Omega Guard.

Sebelum cerita lebih tentang Omega Guard, saya nak share dulu Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik. TIps ni saya dapat dari buku The Pocket Guide To Vitamins, Angela Downden

Antara Tips dia adalah:
 
  1. Periksa kandungan EPA/DHA- Jika anda kurang makan oily fish(cth: Tuna, mackerel, salmon) anda harus ambil supplement yang membekalkan lebih kurang 450mg EPA&DHA sehari.
  2. Mereka yang mempunyai penyakit jantung harus mengambil 1000mg EPA/DHA sehari
  3. Untuk melegakan sakit sendi atau rheumatoid arthritis anda perlu 3000mg EPA & DHA sehari.
  4. Wanita mengandung perlu mencari Minyak Ikan yang mengandungi EPA & DHA tetapi bebas Vitamin A 
MANFAAT UTAMA MINYAK IKAN
  • Asid Lemak - Omega-3 asid lemak penting tak dapat dihasilkan oleh badan. Omega-3 dari tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA & DHA secra berkesan oleh badan. Omega-3 mengimbangi hormon wanita yang menghadapi PMS dan membuatkan kulit licin kemerah-merahan.
  • Mencegah Penyakit Saluran Darah & Strok -  DHA & EPA boleh menentang thrombosis tekanan darah tinggi dan kepekatan darah, dna melincirkan saluran darah. Oleh itu, ia sangat effektif membantu mengealkan tekanan darah dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, mengawal masalah obesiti dan mengelakkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu tumbesaran otak janin & Membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrient utama otak, sistem saraf & retaqeina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. DHA meningkatkan keupayaan ingatan & pembelajaran, mencegah penyakit al-zheimer, memelihpgffara pengihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. 1 hidangan Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak omega-3, EPA & DHA
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Mengawal sistem imun seperti membaiki alahan kulit, psiorasis, bronkitis, lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang
  • Menentang Kanser- Kajian menunjukkan, Omega-3 boleh menentang kanserparu-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga meningkatkan enterograstritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif. 
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi(arthritis) - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mnecegah arthritis, memlihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.
  • Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan -  EPA & DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, kebimbangan, insomnia, autism, knak-kanak hiperaktif dan penyakt schizophrenia.
Haaa... Banyakkan kelebihan Minyak Ikan ni. Meh kita tengok kelebihan Omega Guard Shaklee ni.
  • Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, hearing, anchovies) di perairan negara Jepun. 
  • Omega Guard 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.
  • Merupakan Minyak Ikan palint tulen dunia yang mengandungi 7 spectrum asid lemak Omega 3 termasuk DHA, EPA, ALA dan banyak lagi.
November ni bulan promosi untuk Omega Guard ni. Jadi inilah peluang terbaik untuk anda mencuba minyak ikan terbaik ni.
 
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan