Pages

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Datang 2015!!!

Assalamualaikum semua...

Tajuk macam sama je dengan tahun lepas kan? kan? kan? Ahaks! Sebelum tu jom kita review semula Impian 2014.

Disini saya ada tulis untuk jadi Work At Home Mom. Masa tu saya tulis mahu fokus dengan  
Alhamdulillah, INN House & Shaklee berjalan dengan baik. Belum lagi tahap cemerlang, masih perlu dibaiki sana-sini.  Cuma, sedikit kecewa. Tadika ABS yang dijadualkan akan beroperasi 2015 tak dapat dilaksanakan. Alasan, kekangan kesihatan.

Nak belanja Gambar-gambar sepanjang 2014.
errr... tapi, blog saya cuma banyak gambaq Shaklee dan Koleksi INN House je. Hihihihi. 

Banyak sebenarnya yang berlaku 2014 kan? Kita tak mungkin lupa
- MH370
- MH17
- banjir besar melanda Pantai Timur

Dalam hidup saya lak, Muntah darah dan TOP (Termination of Pregnancy) tak mungkin saya lupa.

Semoga 2015 ini, semuanya berjalan dengan baik. Paling penting khabar baik untuk My Hodgkin Lymphoma. InsyaAllah. Mohon doa teman-teman.

Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Monday, December 22, 2014

Skin Care Nutriwhite Tandingi Jenama Terkenal

Assalamualaikum...

Set Penjagaan Wajah Nutriwhite ni memang fames dalam Shaklee. Setanding jenama terkenal SKII.

Daily Defense Whitening Essence

Dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli agar kulit terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan:

●Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
●Strawberi Begonia untuk meratakan tona kulit
●Kacang Soya untuk memudarkan dan mengurangkan jeragat dan cela kulit
●Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
●Vitamin C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah
●Tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit

Ultimate Protection Whitening Lotion

Rumusan ringan, tidak melekit dan kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari, serta Mountain Arnica untuk melegakan kera dangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.

Spot Whitening Treatment

●Mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit tampak lebih menawan
●Kepekatan optimum pati Likuoris dan ●Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan
●Cats Claw menegangkan kulit

Vitamin C aktif memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit

Overnight Renewal Whitening Cream

●Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit
●Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
●Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit
●Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
●Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya

Soothing Radiance Whitening Softener

●Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit
●Kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary
●Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit
●Marshmallow membekalkan lembapan penting
●Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit

Gentle Deep Foaming Cleanser

●Membersihkan dan menyegarkan kulit
●Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
●Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
●Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
●Lembut dan menyegarkan

Gentle Action Makeup Remover

●Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
●Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
●Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
●Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan

Monday, December 15, 2014

Shaklee, Ikhtiar Saya Untuk Lymphoma

Assalamualaikum semua. Malam-malam ni nak mengarang sikit.

Lama saya tak kongsi tentang perkembangan Lymphoma. Kadang-kadang badan sihat ni, lupa diri pulak. Selalunya, bila di hospital je baru saya sedar diri saya ada Lymphoma. Hihihi.

Keputusan Pet Scan April lepas Doktor kata kanser saya masih di situ & nampak ada spot di satu 2 kawasan lain sebab lebih 6 bulan tak ada rawatan. Kanser saya tahap-4 yang aktif.

10/11 lepas ambil result CT Scan pulak, doktor kata, tak nampak apa-apa dia sedang merebak atau membesar. Doktor kata,
"Oklah dalam tempoh 6 bulan tanpa rawatan tak nampak dia membesar atau merebak di tempat lain. Kalau pet scan nampak dalam 1cm tapi CT Scan tak nampak maksudnya dia tak membesar".
(Info: Pet Scan boleh nampak sel kanser paling kecikkkk sekali. CT Scan dah besar sikit baru dia nampak).

Sekarang, Doktor hanya mampu berharap kanser dalam kawalan sebab tiada rawatan sesuai buat masa ini.
Hajjar Hassan pula berharap akan sembuh sepenuhnya. Sebab yakin, semuanya Allah yang berkuasa.

"Doktor, buat masa ni saya makan supplement high antioksidan. Vitamin A, C, E ok ke? " tanya saya.

"Ok. Tak ada masalah. Jangan makan yang bukan-bukan macam ginseng semua tu". (pesanan biasa Doktor Cantik)

Sebenarnya,  sebelum ni pun dah banyak kali tanya doktor ni tentang pemakanan saya. Setakat ni, doktor benarkan saya ambil supplement.

Buat masa ni, saya ambil
VIVIX
CARATOMAX
VITAMIN C
VITAMIN E
OMEGA
VITALEA
ESP

Untuk kanser ada cara pemakanan dia ye. Yang ini saya tanya sendiri dengan Nutritionist Shaklee.

Rupa saya semasa dalam rawatan dan selepas lama tak ambil rawatan. Kulit nampak lebih sihat. Lebih sihat berbanding sebelum sakit. Hihihi

P/s: Ada banyak kisah suka duka dalam hidup. Tapi kita yang lakar kanvas hidup kita. Kalaupun latarnya hitam, tapi tetap cantik berseri kalau pandai adun warna. Langit hitam kan cantik dengan bulan bintang-bintang bercahaya.

Faham tak falsafah ni??

Thursday, December 4, 2014

Salah Anggap Supplement

Assalamualiakum semua. Pagi-pagi ni rasa menulis sikit.

Rupanya ramai salah anggap pasal supplement ni. Ramai menyangka suppelment ni adalah UBAT. Ehhh silap tu.

Suppelemnt ni bukan ubat. TAPI and apun perlu ingat. UBAT juga bukan penyembuh kepada penyakit. Jangan lupa Allah adalah Maha Berkuasa. Semuanya berlaku dalam izin Allah.

Saya nak kongsikan pada semua, awal2 saya makan supplement pun bukan untuk sembuhkn sakit kanser. Masa tu saya cuma nak cari makanan untuk bantu saya dapatkan semua nutrisi yang saya perlukan. Saya dah cuba makan semua kumpulan makanan sehari. Tapi tak mampu.

  • Tak mampu nak makan sebab banyakkk sangat nak kena makan sehari. Saya jenis makan sikit je. Tambah pulak asyik loya dan muntah kesan kimoterapi. 
  • Tak mampu sebab tak boleh nak dapatkan semuanya setiap hari. Tak mampu sebab sedar nutrisi makanan berkurang bila dibasuh, dipotong dan dimasak. 
  • Tak mampu sebab ada yang mahal contohnya kumpulan buah berry atau buah organik. 
  • Saya tambahkan supplement dalam diet harian untuk saya top up kekurangan nutrisi harian.
Alhamdulillah sekarang ni, walaupun belum sembuh sepenuhnya, tapi doktor kata sakit dalam keadaan terkawal walaupun setahun tanpa kimoterapi. Doktor pun kata boleh teruskan supplement yang saya ambil sekarang ni

TAPI, banyak pulakkkkk kesan sampingan lepas saya ambil suppelemnt ni.

Atas ni adalah salah satu kesannya. Selain gastrik saya dah baik, saya terpaksa jadi cantik dengan Shaklee ni. Dulu kulit saya kusam berminyak & banyak parut jerawat. Semua ni kesan kimoterapi. Tapi, masa saya sihat pun kulit saya enis banyak parut jerawat. Tapi sekarang kulit muka  jadi cerah sekata, parut jerawat hilang. halus je muka. Dapatlah feeling natural beauty sebab tak payah nak make-up bila nak keluar rumah.

Nak kata, baguslah ambil supplement dikala shat ni. Antar supplement yang saya suka sangat nak suggest kepada orang sihat adalah Set Family Wellness. Jangan bila dah sakit baru kita nak cari suppelemnt. Ambil sekarang jika anda rasa anda
  • Mudah stress
  • Tak jaga pemakanan
  • Tak amalkan gaya hidup sihat
  • Ada simptom-simptom sakit

 Bulan ni promosi Vitamin C. Anda pasti dapat harga runtuh untuk set ini. Kena cepat ye.

Sekian.
 *~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Saya Pengedar Shaklee Pulau Pinang

Assalamualaikum semua. ☺☺☺

Saya Isteri Muda Cantik Jelita kepada Suami Soleh, Zainulfaqar Yaacob seorang blogger tegar. Ibu kepada Anak Solehah, Insyirah. Work At Home Mom (WAHM) yang berjuang melawan Hodgkin Lymphoma stage 4 sejak 2012.

Blog ini tempat untuk saya kongsi cerita tentang parenting, homeschooling, Hodgkin Lymphoma dan semestinya INFO SHAKLEE

Saya suka berkongsi kebaikan Shaklee setelah merasai kesan-kesan positif pada diri & keluarga.

Saya COD Shaklee sekitar Bukit Mertajam,  Bandar Perda, Seberang Jaya,  Permatang Pauh, USM & KOMTAR. Pos ke seluruh Malaysia.

Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan