Pages

Thursday, May 28, 2015

SHAKLEE: Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum semua.

Fitrah manusia mahu berkahwin dan mempunyai zuriat. Ada yang diuji dengan mempunyai zuriat lambat. Ada yang diberi rezeki zuriat yang ramai. Macam-macamlah.

Apa pun, semua pasangan berusaha supaya mendapat rezeki anak yang soleh solehah. Saya memahami perasaan mereka sebab rakan-rakan saya sendiri ramai yang sedang berusaha untuk mendapat zuriat.

Kali ni, saya nak kongsikan tentang produk Shaklee yang membantu pasangan untuk hamil. Alhamdulillah, produk ini juga digunakan oleh sahabat baik saya yang sekarang disahkan hamil. Saya pun tumpang gembira tak terkata macam saya pulak yang mengandung. Ops!


Ini adalah set asas buat mereka yang merancang untuk hamil. Tapi, sahabat saya ambil set kesihatanboptimum sekali. Sahabat saya ambil
-GLA
-B COMPLEX
-VITAMIN C

Suaminya pula;
- VITAMIN E
- VITAMIN C
- VITALEA
- ZINK COMPLEX

Awal-awal perkahwinan memang sahabat ni dah beli GLA Complex sebab dia ada masalah senggugut (period pain) dan kitaran haid yang tak teratur.

Selepas habis GLA Complex beberapa botol, dia order untuk suami pulak. Saya terus cadangkan Vitamin di atas.


VITAMIN E COMPLEX
Terkenal sebagai "Vitamin Seks" atau "Vitamin Cinta". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki. Selenium penting untuk pembentukan sperma yang normal.


ZINC COMPLEX
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.

Selain itu, ZINC berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zinc membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zinc digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


ALFALFA COMPLEX
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium).

ALFALFA turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS (Sindrom Polisistik Ovari atau Polycystic OvarianSyndrome).


GLA COMPLEX
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)".

Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).


B COMPLEX

Biasanya kita hanya akan ambil B complex bila dah disahkan hamil. Tapi, buat mereka yang ada masalah ambillah sewaktu merancang untuk hamil.

B COMPLEX SHAKLEE Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Supplement B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.


Untuk mereka yang berusaha untuk hamil tu, bolehlah cuba supplement ni. Kita berusaha sebaiknya. Selepas tu, berdoa dan tawakkal pada Allah.

Berminat untuk cuba set kesuburan ini, boleh hubungi saya. InsyaAllah harga istimewa dan tips-tips istimewa dari saya.


No comments:

Post a Comment