Pages

Wednesday, April 15, 2015

Masalah Popular Semasa Mengandung

Assalamualaikum. Kelmarin saya kongsikan Persediaan Sebelum Mengandung dengan 10 Langkah Kehamilan Sihat.

Jalan-Jalan jumpa blog http://ladyazlin.blogspot.sg/2013/12/masalah-yang-sering-berlaku-semasa.html?m=1

Beliau kongsikan masalah-masalah popular yang sering dialami ibu hamil. Jom kita baca sebagai panduan.

1. Diabetis gestasi - kencing manis semasa mengandung. Bila badan tak boleh nak hasilkan insulin yang cukup, maka kandungan gula dalam darah meningkat. So, ia akan merentasi plasenta dan memberikan risiko kepada bayi menyebabkan saiz bayi terlalu besar. Bagaimana nak kesan? Biasanya semasa check up, ibu mengandung kena minum air gula.

2. Tekanan darah tinggi
Masalah ni terjadi bila salur darah dalam uri tak berkembang seperti yang sepatutnya lalu menyebabkan darah tak dapat mengalir dengan sempurna. Bila kurang aliran darah ke plasenta, maka bayi tak dapat nutrisi dan oksigen yang secukupnya. Ini boleh menyebabkan perkembangan bayi menjadi perlahan atau kelahiran pramatang.

3. Hemoglobin rendah / anemia
Puncanya ialah kekurangan zat besi. Hb normal bagi ibu mengandung adalah 11g/dl dan ke atas. Bagi mereka yang jenis hb rendah, boleh cuba makan makanan yang tinggi zat besi seperti sayuran hijau, kekacang, hati, bijirin penuh dan buah-buahan kering seperti prun dan kismis.

4. Plasenta previa
Keadaan uri berada di bahagian bawah dalam uterus yang menutupi bahagian serviks. Masalah ini boleh dikesan melalui ujian ultrasound. So, doktor akan tengok kat mana uri berada. Kalau uri berada kat bawah, maka terpaksa bersalin melalui pembedahan.

5. Bayi songsang / melintang
Kedudukan bayi yang normal haruslah kepala kat bawah, badan kat atas. Masalah ni pun boleh dikesan melalui ujian ultrasound. Kadang-kadang doktor boleh pusingkan kedudukan bayi secara manual yang mana kaedahnya dipanggil external cephalic. Tapi kalau tak dapat pusing pulak, terpaksa bersalin melalui pembedahan jugak.

6. Tumpah darah
Pendarahan yang berlaku sebelum sampai masa nak bersalin. Yang ni boleh tahan bahaya dan biasanya kena tahan kat wad la. Mungkin disebabkan ibu terlalu lasak, terjatuh atau kandungan mengalami masalah.

7. Air ketuban kurang - oligohydramnio
Mungkin disebabkan kebocoran tanpa sedar. Kes ni berlaku pada diri sendiri. Risikonya, baby boleh lemas. So, kena lebihkan minum air putih. Saya amalkan air zam-zam jugak. Ada yang cadangkan minum air kelapa, dan banyakkan minuman berais. Pun saya buat. Alhamdulillah, bila check up dah kembali ke paras normal.

8. Air ketuban terlalu banyak - polyhydramnio
Mungkin disebabkan bayi kurang menelan air ketuban tapi banyak mengeluarkan air kencing, darah ibu dan bayi tidak serasi (Rh factor) atau kandungan kembar. Kesannya kedudukan bayi tak stabil, kelahiran pramatang atau kandungan terlalu berat.

9. Air ketuban keluar sebelum tempoh bersalin.
Fungsi air ketuban adalah untuk melindungi bayi. Jadi, bila air ketuban keluar dengan banyak tanpa henti, ia boleh membahayakan sebab baby akan lemas. Biasanya doktor akan induce untuk selamatkan baby even belum sampai waktu bersalin.

10. Ibu mengidap penyakit berisiko
Ibu yang mempunyai penyakit sebelum mengandung seperti jantung, buah pinggang dan seumpanya yang boleh membahayakan nyawa. Kalau kes macam ni, memang pihak klinik atau hospital akan selalu monitor ibu tersebut. Masa saya kad wad, ada sorang akak ni dia ada masalah buah pinggang. Dua anak sebelum ni lahir melalui c-zer, dan anak ketiga ni pun melalui c-zer jugak. kena tahan kat wad sampai bersalin.

Walau apa pun. Ibu-Ibu mesti sentiasa berdoa & berhati-hati. Kandungan itu amanah yang Allah beri. Tanggungjawab kita untuk berikan yang terbaik sejak dari alam rahim. 

No comments:

Post a Comment