Tuesday, April 7, 2009

TIPS HADAPI PEPRIKSAAN

PERSEDIAAN FIZIKAL
KESIHATANSebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

Jaga pemakanan.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya “Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan” (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan

sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

Riadah.

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji

pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.



KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berad dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.

PERSEDIAAN MENTAL
Pelbagai Gambaran Negatif


Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:

Menyerah kalah sebelum berjuang

Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.

Merasa belum bersedia

Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran.

Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi

Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.


Berfikiran Positif

Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.

Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

“Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.

“Something is better than nothing”

Lakukan “Latihan Minda” setiap hari.

“If you can’t see it, you can’t have it”.

Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk

merealisasikannya.

Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah.

1.Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.

2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana iaberlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.

4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.

5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM). Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.

6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.

7.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.

Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.



PERSEDIAAN EMOSI

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

Pertengkaran dengan rakan-rakan;

Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;



Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat

peperiksaan;

Bersikap terlalu yakin - “overconfident”;

Berprasangka buruk terhadap orang lain;

Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.



PERSEDIAAN ROHANI


Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra’ad, ayat 36, yang

mafhumnya “Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati”.

4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.

5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.

Sumber :
http://destinasiku.wordpress.com/2007/11/19/tips-menghadapi-peperiksaan/

MENUNDUKKAN PANDANGAN MENJAGA HATI

Sekadar satu muhasabah diri menjelang peperiksaan.. Hati yang bersih itu memudahkan untuk ilmu duduk di dalamnya...


Hukum dasar syariat dalam memandang sesuatu atau seseorang yang dapat menimbulkan syahwat adalah haram. Kecuali jika hal itu dilakukan untuk suatu keperluan darurat yang dibenarkan syariat.

Allah berfirman :
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.' Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya". (Q.S. An Nuur : 30-31).

Ini adalah perintah dari Allah bagi hamba-hamba yang beriman. Yaitu agar mereka menundukkan pandangan mereka dari melihat yang diharamkan. Jika kebetulan pandangan matanya melihat kepada yang diharamkan, maka hendaknya ia segera mengalihkan pandangannya.

Nabi bersabda kepada Ali bin Abi Thalib,
"Hai Ali, janganlah engkau ulangi pandangan yang pertama. Karena pandangan yang pertama dimaafkan, sedangkan pandangan yang kedua dilarang."


Pandangan mata bisa memberi pengaruh ke dalam hati. Jika pemilik mata segera bertindak tegas setelah pandangan yang pertama dengan tidak mengulanginya, maka mudah baginya untuk mengekang hatinya. Sedangkan jika ia mengulangi pandangannya, sehingga ia menangkap gambaran yang indah dan melukiskannya dalam hatinya yang kosong serta tercetak disitu, maka terbentuklah rasa cinta. Setiap kali pandangan itu diulang-ulang, maka ia menjadi seperti air yang mengairi pohon. Sehingga pohon cinta itu terus berkembang dan membesar, yang akhirnya merusak hati dan melalaikannya dari memikirkan tugas-tugas yang seharusnya ia jalankan. Lalu mengantarkan pemilik hati yang seperti itu kepada kesulitan dan bencana, dan menjerumuskannya untuk melakukan perbuatan perbuatan terlarang dan tercela. Juga akan membinasakan hatinya.

Penyebab hal itu adalah karena orang yang melihat itu matanya merasa nikmat memandang pada pertama kalinya, sehingga ia menuntut untuk melihat lagi. Seandainya ia menundukkan pandangannya pada kali pertama, niscaya hatinya tak akan terganggu dan menjadi aman.

Hikmah pengharaman memandang adalah karena perbuatan itu mendorong kepada rusaknya hati. Juga mendorong orang untuk memikirkan dan mengangankannya. Angan-angan itu dapat mendorong seseorang untuk mengambil langkah ke jalan yang haram. Karena itu Allah memerintahkan untuk menjaga kemaluan, juga memerintahkan untuk menjaga pandangan mata yang merupakan faktor pendorong ke arah itu.

Rasulullah SAW menetapkan bahwa
"Zinanya mata adalah memandang (hal yang diharamkan)", kemudian
"Hawa nafsu selalu berkhayal dan berkeinginan, dan kemaluan akan membenarkannya (dengan menuruti nafsu itu) atau mendustakannya (dengan tidak menuruti)".

Maka pengharaman memandang itu adalah sebagai salah satu langkah sebagai 'tindakan pencegahan atas perbuatan dosa'.

Nabi SAW bersabda,
"Pandangan mata adalah panah beracun dari iblis. Siapa yang meninggalkannya karena takut kepada Allah, maka Allah akan memberikannya keimanan yang dirasakan kenikmatannya dalam hati." (HR. Hakim, Thabrani, dan Baihaqi)

Manis dan lezatnya keimanan yang diperoleh itu lebih nikmat dan lebih baik dari obyek pandangan mata yang dihindari untuk dilihat, yang dilakukan demi mencapai keridhaan Allah. Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu karena Allah, maka Allah akan memberikannya ganti yang lebih baik.

Nabi SAW bersabda,
"Semua mata pada hari kiamat menangis, kecuali mata yang menahan pandangannya dari hal-hal yang diharamkan Allah, mata yang begadang di jalan Allah, dan mata yang darinya keluar (air mata) seperti kepala lalat karena takut kepada Allah".

Faedah menundukkan pandangan:

- Sebagai jalan untuk menjaga hati.
Hasil pandangan yang diterima hati dapat membuat hati menjadi sibuk memikirkannya sehingga melupakan tugas-tugas yang seharusnya. Lebih berbahaya lagi jika kemudian hati mengangan-angankannya dan menginginkannya yang lebih jauh lagi bisa mendorong untuk melakukan perbuatan dosa.
- Menutup pintu fitnah.
Mata adalah cermin hati. Maka jika seseorang menundukkan pandangannya, niscaya hatinya akan menundukkan syahwat dan nafsunya. Sebaliknya jika dia membebaskan pandangan matanya, niscaya hatinya akan membebaskan syahwatnya.
- Membebaskan hati dari penyesalan.
Orang yang membebaskan pandangan matanya akan merasakan penyesalan. Karena mata memperlihatkan kepada hati apa yang tidak dapat ia raih dan tidak dapat ia tahan. Hal itu adalah kepedihan yang paling besar. Dengan menundukkan mata kepedihan dan penyesalan itu tidak akan terjadi, selain itu juga mewariskan cahaya dan kecerahan yang tampak di mata, wajah dan tubuh.
- Membukakan jalan dan pintu-pintu ilmu pengetahuan.
Menundukkan pandangan akan akan menimbulkan cahaya hati. Jika hati telah tercerahkan maka terbukalah jalan dan pintu pengetahuan dengan cepat. Sementara mereka yang membebaskan pandangannya, hatinya akan keruh dan menggelap karena disibukkan oleh pandangan dan angan-angan, sehingga tertutup pintu pengetahuan.
- Memberikan kebahagiaan dan kegembiraan yang lebih besar ke dalam hati dibandingkan dengan kenikmatan melihat.
Hal itu merupakan balasan atas usahanya untuk mengalahkan musuhnya, menahan syahwatnya, dan menundukkannya atas dirinya. Karena ketika is menghindari kelezatan memandang dan menahan syahwatnya dengan tujuan mencari ridha Allah, maka Allah akan menggantikannya dengan kebahagiaan dan kelezatan yang lebih sempurna dari itu.
- Membebaskan hati dari tawanan syahwat, hawa nafsu, dan kelalaian.
Orang yang menahan pandangan matanya tidak akan lalai dari mengingat Allah dan kehidupan akhirat. Sehingga ia tidak jatuh dalam mabuk cinta dan hawa nafsu.
- Menutup satu pintu neraka bagi pelakunya.
Karena memandang adalah pintu syahwat yang dapat mendorong seseorang melakukan perbuatan haram.

Melihat hal-hal yang diharamkan oleh agama merupakan cobaan yang sangat besar dan sangat berbahaya bagi iman kita. Bahkan ia merupakan sumber malapetaka. Melihat hal-hal tersebut merupakan indikasi keinginan gejolak nafsu birahi. Kebanyakan kasus perzinaan yang terjadi diawali dengan pandangan yang diharamkan ini. memandang barang haram, lama kelamaan akan menyebabkan munculnya anggapan bahwa hal itu adalah biasa saja. Di samping itu, menimbulkan khayalan dan keinginan terlarang dalam pikiran dan hati. Ia juga merupakan salah satu pintu tempat masuknya setan sehingga banyak manusia tergelincir karenanya.

Ibnu Qayyim menjelaskan, pandangan mata merupakan penunjuk jalan bagi hawa nafsu dan sekaligus utusannya. Menjaga pandangan mata berarti menjaga kemaluan dari melakukan perbuatan nista. Barangsiapa mengumbar pandangan matanya, maka ia telah menggiring dirinya sendiri menuju jurang kehancuran. Pandangan mata merupakan sumber utama terjadinya kasus-kasus keji yang dilakukan oleh manusia. Pandangan mata melahirkan perkataan hati. Kemudian diikuti oleh pikiran, syahwat, dan keinginan. Apabila keinginan ini menjadi kuat, maka berubah menjadi tekad dan diakhiri dengan perbuatan dan tindakan. Rentetan proses ini pasti terjadi apabila tidak ada hal-hal yang menghentikannya. Oleh karena itu dikatakan bahwa "sabar dalam menundukkan pandangan mata sebenarnya lebih mudah dan lebih ringan dibanding sabar merasakan pesakitan setelahnya".


--------------------------------------------------------------------------------

Sumber :
Abdul Aziz Al-Ghazuli, "Ghadhdhul Bashar", Daarul Manaar il-Haditsiyyah. Terjemahan bahasa Indonesia oleh Abdul Hayyie al-Kattani, Arif Chasanul Muna, (2003) "Menahan Pandangan Menjaga Hati", Gema Insani Press.

Thursday, February 12, 2009

Antara Obama dan DSAI-satu pemerhatian.....

Obama....Satu trend masakini mungkin. Dengan disaksikan lebih 13juta rakyat semasa beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat menjadikan Obama seorang tokoh yang begitu popular masakini. Mungkin semua melihat Obama sebagai satu harapan warga dunia umumnya dan warga Amerika sendiri.

Tapi saya sendiri suka melihat adanya satu persamaan antara Obama dan juga DSAI. Tidak keterlaluan mungkin jika saya membuat andaian begini. Perhatikan sahaja sewaktu pilihan raya Permatang Pauh. Permatang Pauh dipenuhi, dibanjiri oleh rakyat Malaysia yang datang dari segenap pelosok negeri, daerah dan kampung. Selain memberi sokongan dan bantuan demi melihat DSAI menang di Permatang Pauh ada juga yang datang sekadar mahu mendengar beliau berkata-kata. Kemenangan DSAI diraikan oleh penyokongnya hampir di setiap ceruk. Persamaan ketara antara Obama dan DSAI adalah penerimaan masyarakat terhadap mereka adalah kerana perjuangan mereka. Sokongan terhadap manifesto mereka yang menimbulkan satu harapan baru dalam diri setiap penyokong mereka.

Rakyat Amerika yang pada waktu ini dilanda dan dihimpit krisis ekonomi, krisis pekerjaan dan macam-macam lagi krisis yang menghambat diri melihat Obama satu harapan baru buat mereka. Dunia juga mengharap perkara yang sama kerana ekonomi mereka bergantung kepada ekonomi Amerika. Kerana nilai matawang mereka disandar kepada nilai matawang dolar Amerika. Obama juga dilihat satu harapan baru dalam menangani krisis dan kemelut di GAZA. Pendek kata, Obama dilihat mampu melakukan satu perubahan yang besar menjadikan impian dan harapan dunia satu kenyataan.

Dahulu, DSAI juga begitu. Dalam Malaysia menghadapai krisis dan kemelut ekonomi,inflasi,korupsi dalam kepimpinan Malaysia,isu Altantuya,isu kapal selam dan macam-macam lagi isu,krisis dan kemelut yang bagaikan menyesakkan dada setiap warga Malaysia, DSAI dilihat sebagai satu harapan baru. Dengan manifesto yang begitu membuka mata rakyat Permatang Pauh khususnya dan Malaysia amnya, dengan satu slogan dan tredmark 'Dari Permatang Pauh ke Putrajaya' menjadikan DSAI seorang tokoh dan penyelamat waktu itu.

Kita juga dapat melihat beberapa perubahan yang timbul apabila slogan DSAI ' Hari ini tubuh kerajaan, esok turun harga minyak' mempengaruhi masyarakat dan juga kerajaan pemerintah waktu itu. Semasa minggu berkempen harga minyak turun, sedangkan sebelum itu pihak kerajaan yang memerintah dengan sekeras-kerasnya menyatakan harga minyak tidak akan turun kerana mengikut harga dipasaran dunia.

Apa yang dapat saya simpulkan adalah Obama dan DSAI masing-masing punya cara dan peribadi tersendiri dalam memenangi hati pengundi dan penyokong mereka. Mereka merupakan 'politic of hope' masakini. Mereka adalah harapan baru demi sebuah perubahan yang diimpikan.

Namun, saya serahkan kepada pembaca untuk menilai. Saya hanya menulis dari satu sudut saya yang memerhati. Saya mengalu-alukan komentar untuk kita cambahkan idea dan pengetahuan kita bersama. Setiap pendapat itu tidak ada betul atau salah kerana setiap orang bebas menilai dan menyatakan pendapat dari sudut pandangan mereka.

Tuesday, February 10, 2009

PUISI KAK ANIE...

...bila tiada kesatuan hati,
maka lahir kepentingan diri,
elemen manusiawi..ah. .tolak ke tepi,
xberguna berorganisasi. ..

hari demi hari diri diuji,
satu persatu membawa diri,
mungkin terlupa ianya mehnah & tribulasi,
mungkin jua terlupa ianya cabaran tradisi..

usah disebut mengenai Tarbiyah,
jika engkau sebenarnya goyah,
hatimu busuk xsudah-sudah,
Sedarlah...jadikan Allah sebagai Al-Ghayah,

taklifan bukan untuk dipuji,
tetapi untuk engkau kesali,
bersoaljawablah engkau di depan Ilahi,
di mahkamah agung suatu masa nanti.

bz beramal islami katamu setiap saat,
namun ibadahmu kaucampuri dengan maksiat,
tubuhmu layak menjadi santapan ulat,
juga menjadi belasahan para malaikat,

saya bertunang? yer..saye telah bertunang... kita semua telah bertunang...

BERTUNANG dengan KEMATIAN...hanya menunggu untuk diLAMAR dan diIJABKABULKAN untuk dijadikan TEMAN HIDUP

membina mahligai di RUANG GELAP dipagari DUA TIANG yang TEGAK BERDIRI....MAHARmu adalah AMALANmu...Amalan yang engkau cemari dengan riya', sum'ah, dengki, munafiq....ntah pape lagi...

nukilan ntah pape... tensyen kot tapi otaknye ligat nak nuleh,
anie_skut87
4.53 a.m _ 2 Februari 09

p/s: puisi ini nukilan kak anie..naqibah ku di matrix..hurmm menyentuh dan memukul diri yang kelalaian..membangkit jiwa yang hampir mati tika ini..

Tuesday, January 6, 2009

MEMORANDUM MENUNTUT PILIHANRAYA ADIL DAN BEBAS - PRO MAHASISWA USM

MEMORANDUM MENUNTUT PILIHANRAYA ADIL DAN BEBAS

TARIKH
6 JANUARI 2009

OLEH
PRO MAHASISWA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Kepada:

Profesor Madya Omar Osman
Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Universiti Sains Malaysia 6 JANUARI 2009

Tuan,

MEMORANDUM MENUNTUT PILIHANRAYA KAMPUS YANG ADIL DAN BEBAS

Pendahuluan

Pilihan raya kampus merupakan proses pemilihan kepimpinan pelajar.Kepimpinan pelajar merupakan salah satu segmen penting di dalam pembangunan negara. Kepimpinan tersebut mampu mencorak dan menentukan arah negara melalui gerakan dari kegiatan positif yang di lakukan. Beberapa rentetan sejarah perjuangan pelajar menunjukkan wujudnya sumbangan jelas para pimpinan pelajar dalam usaha membangunkan negara atau sebaliknya.

Kepimpinan pelajar sememangnya mampu membuat sumbangan konkrit kepada pembangunan agama, bangsa dan negara sekiranya mereka mempunyai kesatuan tekad, semangat dan daya juang serta menghayati aspirasi negara. Adalah wajar kepimpinan pelajar masa kini dan di masa-masa akan datang perlu meletakkan keutamaan perjuangan mereka ke arah pembangunan negara dan bangsa yang lebih menyeluruh dan tidak hanya terbatas kepada kepentingan segolongan kecil pelajar atau anggota masyarakat.

Pemahaman ke atas lipatan sejarah perjuangan kepimpinan pelajar sejak awal abad ke 20 hingga ke masa kini adalah penting kepada generasi kepimpinan pelapis. Pemahaman seperti itu akan menguatkan keazaman dan tekad untuk mewarisi kepimpinan pelajar yang berwawasan, berwibawa dan mampu membuat sumbangan yang konkrit kepada kejayaan pembangunan negara dan bangsa.

Oleh itu, kami amat mengambil berat terhadap perjalanan sepanjang pilihanraya kampus ini. Pihak kami mengharapkan pilihanraya kampus yang bersih serta adil.

Latar Belakang
Di Universiti Sains Malaysia, pilihanraya kampus ataupun pemilihan majlis perwakilan mahasiswa diadakan setiap tahun. Proses pemilihan ini adalah sebagai melaksanakan peruntukan seksyen 48 (1) dan (2) Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 (pindaan 1975) yang menyebut:

48 (1) : Pelajar-pelajar berdaftar Universiti, lain daripada pelajar-pelajar luar, hendaklah pada kesemuanya menjadi suatu badan yang dinamakan Kesatuan Pelajar-pelajar Universiti (kemudian daripada ini dalam Perlembagaan ini disebut “Kesatuan”).

(2) : Kesatuan hendaklah memilih suatu Majlis Perwakilan Pelajar
pelajar (kemudian daripada ini dalam Perlembagaan ini disebut
“MPP”)

(a) Pelajar berdaftar bagi setiap Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut hendaklah memilih melalui undi rahsia yang dijalankan oleh Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut, mengikut mana yang berkenaan, beberapa orang pelajar yang sama bilangannya, sebagaimana yang ditentukan oleh Naib-canselor, masing-masing dari Fakulti, Sekolah, Pusat, akademi dan institut itu untuk menjadi wakil dalam MPP ; dan
(b) Keseluruhan pelajar-pelajar berdaftar hendaklah memilih dengan undi rahsia yang dijalankan oleh Pendaftar Universiti beberapa orang pelajar, mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh Naib-Canselor, untuk menjadi wakil-wakil dalam MPP dan bilangan pelajar-pelajar itu hendaklah dalam apa jua keadaan tidak lebih daripada bilangan wakil-wakil yang dipilih di bawah perenggan (a )

Dalam melaksanakan peruntukan di atas, Universiti Sains Malaysia telah menubuhkan Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar MPP Universiti Sains Malaysia. Secara Umumnya, Perlantikan Ahli suruhanjaya yang memantau perjalanan Pilihanraya Kampus adalah tidak adil dan bebas.

Suruhanjaya ini merupakan badan yang menjadi teras kepada perjalanan pemilihan MPP sesi 2009/2010. Walaubagaimanapun penglibatan pegawai-pegawai HEP dalam suruhanjaya ini memperlihatkan ketidaktelusan dalam pemilihan. Di tambah dengan status Majlis Perwakilan Pelajar USM yang turut nmenjadi satu persoalan yang mana MPP USM sepatutnya dibubarkan pada semester yang lepas. Ini menunjukkkan berlaku ketidaktelusan dalam melaksanakan sistem.

Tuntutan – Tuntutan

Kami , mahasiswa menuntut agar ;

1. Mansuhkan AUKU yang zalim untuk mengembalikan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa.
2. Menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya Kampus yang bersih, bebas, dan adil.
3. Mewujudkan pihak pemantau dari luar universiti untuk memantau dan menjadi “check and balance” untuk pilihanraya kampus.
4. Mewujudkan parlimen mahasiswa untuk mengembalikan kuasa autonomi mahasiswa.
5. Mengumumkan tarikh pilihanraya kampus 15 hari sebelum borang penamaan di keluarkan.
6. Mengadakan hari berkempen selama 5 hari berkerja
7. Memastikan tiada ugutan dan ancaman terhadap pengundi dan juga calon-calon pilihanraya kampus.

Penutup:


Kami mengharapkan agar tuntutan ini diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya. Kami berharap agar tuan memandang pilihanraya kampus sebagai proses memilih wakil pelajar yang amat penting bagi seluruh warga kampus kita. Hanya pilihanraya yang mengamalkan sistem demokrasi yang sebenar, tanpa gangguan luar, adil dan bersih yang layak menggambarkan Universiti Sains Malaysia yang baru sahaja terpilih sebagai universiti APEX.


Sekian, terima kasih.

Memorandum ini di sokong oleh:

1. Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia
2. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia
3. Student Progresif Front Universiti Sains Malaysia
4. Kelab Rakan Islah Malaysia Universiti Sains Malaysia
5. Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia

Wednesday, October 22, 2008

Do Your Best!!!


Kami dari pro-mahasiswa USM mengucapkan jutaan terima kasih kepada mahasiswa yang sudi menggunakan perkhidmatan kami untuk mencetak slip peperiksaan.

Pro-mahasiswa juga mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya. Teruskan menyokong kami. Saya sebagai pengarah bersama kaunter perkhidmatan pro M mengucapkan jutaan terima kasih kepada siswa dan siswi USM yang mengunjungi kaunter kami.

Pihak kami juga memohon maaf andai perkhidmatan yang diberikan kurang memuaskan.

Kepada yang tidak sempat untuk ke kaunter kami tadi dan masih mempunyai masalah untuk akses ke healthy campus, kami dari pro M sedia membantu anda semua, InsyaAllah.

Anda semua boleh menghubungi wakil-wakil pro M ataupun saya sendiri di talian 019-5476356.


Bersama Universiti Memacu PERUBAHAN

MATLAMAT MAHASISWA

Belajar sambil mencabar
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar - Prof. Ungku A. Aziz (1973)

Senario mahasiswa kini adalah mahasiswa yang hanya mewajibkan diri mereka merempuh pintu-pintu dewan kuliah dan merempuh bas-bas awam untuk pulang semua ke kolej kediaman bagi menghilangkan lelah setelah seharian berhempas pulas menuntut ilmu. Pada amatan saya sendiri, perkara ini akan menjadi habit pada mahasiswa apabila mereka bergelar graduan universiti satu hari nanti. Habit ini juga akan terbawa-bawa sehinggalah mereka bekerja. Mereka akan meneruskan rutin merempuh kesesakan lalulintas diawal pagi, dan merempuh semula kesesakan yang sama untuk pulang kerumah.

Semua situasi ini tak jauh bezanya dengan kehidupan di alam kampus. Cuma mungkin sedikit berbeza dari sudut peranan, dahulu sebagai mahasiswa tapi kini, sebagai seorang pekerja. Dahulu bersesak berebutkan bas untuk ke dewan kuliah, tetapi kini, bersesak-sesak untuk ke tempat kerja. Satu senario yang andai dibiarkan akan menghasilkan warga Malaysia yang mempunyai penyakit 'tak pedulisme'. Dewasa ini juga kita lihat, penyakit ini seakan membarah dalam diri warga Malaysia. Sebagai contoh, apabila harga minyak meningkat, berapa ramai yang bangkit bersuara meminta jawapan?? Ramainya sekadar menjadi 'pak turut' dan 'tukang angguk' untuk apa yang berlaku. Apabila Pak Lah menukar jawatan dengan Najib juga rakyat Malaysia bagai tidak punya apa-apa perasaan. Yang mereka fikirkan adalah perjuangan mencari sesuap rezeki utk meneruskan hidup di bumi mencabar ini.

Oleh itu, apakah kita sebagai mahasiswa akan terus berdiam diri??Akan meneruskan rutin harian kita??Dunia luar sana, masih ramai sedang menanti munculnya generasi-generasi perubah yang mengubati penyakit negara. Generasi yang cakna dengan kehidupan mereka, juga generasi yang bakal membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.

Mahasiswa harus sedar peranan mereka di kampus bukan sahaja terikat dengan pergi kuliah, tutorial dan perpustakaan semata-mata. Mahasiswa punya satu tugas berat yang tergalas dibahu mereka. Bagi yang muslim, tentu sahaja semua sedar tanggungjawab itu.
Tugas sebagai ‘Abdi ( Az-Zariyat : 56)
Tugas sebagai Da’ie ( Ali – Imran : 110)
Tugas sebagai Khalifah ( Al – Baqarah : 30)

Kesemua tuntutan di atas memerlukan kita sebagai mahasiswa menjadi golongan yang aktif dan punya jati diri yang utuh. Kita tidak boleh menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya. Menerima arahan tanpa mengetahui kerasionalannya. Akibatnya, akan lahirlah golongan-golongan yang sekadar mengangguk dan mengiyakan segala tindak tanduk pemimpin. Bukan mengajar mahasiswa untuk menjadi golongan penentang. Sekadar mengajak mahasiswa juga mengingatkan diri sendiri yang juga bergelar mahasiswa supaya berani bersuara dan menyatakan pendapat dalam segala hal.

Mahasiswa juga perlu menyiapkan diri untuk menempuh kehidupan diluar sana. Keputusan cemerlang bukanlah jaminan anda mampu mentadbir negara ini.Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa
“pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.

Duhai MAHASISWA mari kita khabarkan
Di tangan kita tergenggam arah ummah
Duhai MAHASISWA mari kita laksanakan
Satu agenda pembaharuan

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...