Wednesday, September 24, 2008

Dalam kehidupan penuh dengan ujian


Hari ini, dapat berita yang menyedihkan.
Mumtazah demam. Mumtazah demam adalah perkara yang merisaukan kami semua. Untuk aku dan keluarga ia begitu menyedihkan melihat Mumtazah yang tak mengerti apa-apa terbaring lesu. Hari ini, mak cakap Tazah (panggilan aku untuk Mumtazah) tak mahu makan dan minum. Tak dapat aku bayangkan keadaan dia macam mana. Apa yang aku tahu adalah aku ingin segera pulang kerumah agar dapat membantu mak mengurus Tazah.Terbayang rupa Tazah yang menahan kesakitan yang dialaminya. Dia tak mampu untuk memberitahu kesakitannya kepada kami.

Sekali lagi Mumtazah demam menjelang Hari Raya. Terbayang kembali wajah-wajah arwah ayah,mak,akak,adik yang keletihan di pagi raya kerana mengurus Mumtazah yang demam sejak malam raya. Hari raya kedua arwah ayah mengambil keptusan menghantar Tazah ke hospital. Selepas itu, bermulalah rutin kami sekeluarga beraya di hospital.

Dalam kesedihan itu, ada hikmah yang tersimpan. Kami 5 beradik waktu itu masing-masing ingin melunaskan tanggungjawab masing-masing. Tiada siapa yang merungut apabila disuruh. Masing-masing ingin menolong antara satu sama lain. Matlamat hanya satu, nak menyenangkan hati mak dan ayah yang ketika itu begitu letih sekali. Mak keletihan kerana menjaga tazah di hospital dan ayah pula keletihan kerana berulang dari rumah ke hospital setiap hari yang perjalanannya mengambila msa hampir 40 minit.. Jika dia pergi pagi, pasti pulang lewat malam selepas mak dan Tazah masuk tidur. Jika dia merasakan tidak larat untuk memandu pulang, dia akan tidur sahaja di surau hospital atau di bilik TV. Namun, akan pulang sekejap memastikan kami selamat dirumah. Kadang kala dia pulang hanya untuk menukar pakaian dan bertanya khabar kami, selepas itu pergi smeula ke hospital untuk menemankan mak. Tapi, arwah tidak pernah merungut. Ini kerana dia sedar tanggungjawab dirinya.

Aku ingat lagi ketika itu doktor mengatakan Tazah itu hebat. Dia kuat semangat untuk hidup. Sungguhpun tekanan darahnya terlalu rendah hingga keparas kritikal. Tapi waktu itu, Allah masih lagi ingin meminjamkannya buat kami sekeluarga. agar dia masih lagi menjadi penyeri keluarga. Allah ingin menunjukkan kepada semua bahwa setiap yang berlaku atas kekuasaanya. Allah juga ingin menguji ketabahan kami sekeluarga. Ayah pula yang meniggalkan kami selepas 4hari Tazah keluar dari hospital. Satu khabar berita yang sukar diterima semua. Namun, itulah yang dikatakan takdir Ilahi. Kita tidak mampu menolak takdir Ilahi. Setiap yang hidup pasti akan menghadapi mati. Itulah bukti bahawa jika Allah ingin mencabut nyawa seseorang itu Allah boleh melakukannya bila - bila masa. Tazah yang masuk hospital, tapi ayah yang tidak sakit apa-apa pula yang pergi tinggalkan kami.
Hari ini, setelah hampir setahun Tazah keluar hospital, dia demam lagi. InsyaAllah esok mak akan hantar Tazah kehospital. Satu perkara yang aku tahu sukar untuk mak hadapi seorang diri. Mak perlukan kekuatan untuk menjaga Tazah dihospital seorang diri. Tapi atas dasar kasih seorang ibu, aku tahu mak mampu hadapinya sungguhpun seorang diri.

Mungkin inilah ujian Allah untuk kami sekeluarga. Menjaga Tazah yang demam bukan seperti menjaga orang biasa yang demam. Ya, Tazah istimewa. Keistimewaan dirinya menjadi pengikat kasih sayang kami sekeluarga. Keistimewaan dirinya menjadi peneman emak yang selepas ayah tiada. Keistimewaan dirinya menjadikan kami semua kasih dan cinta padanya. Keistimewaan dirinya membuat kami menghargai apa yang Allah kurnia pada seorang manusia.

Semoga Mumtazah cepat sembuh dan membawa kembali sinar bahagia kami sekeluarga. Moga Tazah cepat sembuh kerana kutaksanggup melihat dirinya menderita.
Berat mataku memandang, berat lagi bahu mak dan ayah memikulnya. Mengenang kembali ketabahan mak dan arwah ayah berpenat lelah menjaga Tazah dihospital membuat aku insaf seketika apa yang aku sebagai anak telah lakukan kepada mereka.
Untuk ayah yang telah pergi apakah kebajikan aku padanya?? Untuk emak yang masih ada disisi apakah baktiku untuknya??

Benarlah seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak. Namun, 10 orang anak belum tentu mampu untuk menjaga seorang ibu yang telah tua. Wana'uzubillah. Moga kita semua tidak termasuk di dalam golongan-golongan tersebut. Moga kita sentiasa menjadi anak yang seirng berbakti untuk kedua orang tuanya.

Al-Fatihah untuk ayah yang meninggalkan kami 21 Syawal 1429H.

1 comment:

  1. Tears drop..
    ana rindu Tazah..
    Tak tahu bila ana balik dapat jumpa dia. Ya, dia penyeri keluarga anti Hajjar.. Namanya pun Mumtazah.. mestilah cemerlang. Sebab itu doktor kata dia kuat.

    ReplyDelete

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...