Wednesday, April 3, 2013

Pengalaman Pet Scan

Alhamdulillah hari Selasa 2/4/2013 telah selamat Pet Scan. Errr sebenarnya tak rasa apa pun Pet Scan ni. Gempak je lebih.

Prosedur Pet Scan di jalankan di Jabatan Nuklear Hospital Pulau Pinang. Mula mula nurse akan timbang dan ukur tinggi kerana dos ubat radioaktif adalah mengikut berat dan tinggi kita. Proses seperti biasa tukar baju yang khas untuk Pet Scan dan masukkan branular. ermm tak ada apa apa yang pelik. sama aja. selepas tu nurse akan suruh kita rehat sementara mereka sediakan ubat radioaktif tu.

Sebelum ubat dimasukkan nurse suruh saya buang air kecil dulu. Selepas tu seorang pegawai perubatan datang dan masukkan ubat. Tak dapat nak ambil gambar masa nih. Hand phone dalam beg. Terlupa nak ambil gambar. Tapi, tak rasa sakit pun. Sungguh saya tak tipu. Mula mula ingatkan rasa sakit macam buat kimo ABVD tu. Sekejap sahaja prosedurnya. Rasanya prosedur ni lagi mudah dari CT Scan saya yang lepas. Pengalaman CT Scan akan saya tulis nanti.

Dah masuk ubat nurse suruh saya tidur. Tak tahulah berapa lama tidur. Dalam 30 minit kot. Huhuhu. Dah tidur dia suruh buang air kecil lagi. Lepas tu masuk bilik khas untuk Scan. Ala bilik yang ada terowong tu. yang selalu tengok kat tv macam menakutkan tu. Kita disuruh baring diam diam dan ditinggalkan dalam bilik tu sorang sorang. Sebab nanti akan akan ada infrared dituju pada badan.
Untuk prosedur ni kita dibolehkan bernafas seperti biasa. Tak macam CT Scan kita tarik nafas dan tahan dan lepas mengikut arahan. Cuma proses ini agak lama untuk orang yang agak tinggi macam saya. Dalam 30 minit. Lepas siap, kita perlu tunggu doktor nak tengok gambar cantik ke tak. Bukan tengok keputusan. Kalau tak cantik dan tak jelas, kena ulang prosedur Scan. (Alhamdulillah tak kena ulang).

Lepas dah siap, perlu tunggu dalam tempoh 5 hari berkerja untuk tahu keputusan. Macam kes saya 2minggu lagi baru tahu sebab saya mintak tengok keputusan sama sekali dengan temujanji doktor di Hematology Day Care.

Semoga keputusan nanti baik untuk saya. Semoga hilanglah sel kanser itu amin.

Owh lupa... Orang yang disuntik radioaktif dan buat Pet Scan tak boleh dekat dengan kanak kanak bawah 10 tahun dan orang mengandung kurang dari 1 meter dalam tempoh 24 jam. Oleh itu, saya pun tak balik rumah sebab nanti Insyirah mesti nak duduk dekat. Jadi sewalah bilik di Recsam. Nak balik boleh tapi duduk dalam bilik diam diam. Ish, Insyirah tu bukan faham lagi. Baik tak payah balik terus.

Doakanlah saya sihat ye. Aamin... \"_"/






No comments:

Post a Comment

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...