Monday, September 29, 2014

Tips: Update Blog Bukan Lagi Masalah Dengan Blogaway

Amboi tajukkk. Kemain sangat kan? Hihihihi. Entry ni khusus buat mereka yang selalu buat ayat...
"Mana ada laptop nak update blog"
"Kalau bukak browser kat hp kecik sangat. Susah nak taip"
"Blogger tu susah nak upload gambar"
Apa lagi alasan uols tak nak update blog? (Tu semua alasan Iols la tu. Dulu I is pemalas k nak update blog. Hihihihi)
Sejak2 berkenalan dengan blogaway ni. Kadang-kadang terlebih rajin pulak. Sebab tu, sekarang kadang-kadang dua hari sekali I update. Owh tu masih level malas ye. My husband update blog 10 kali sehari. Gigihhhh sangat kan??
Haaa ini logo blogaway. Boleh install di hp uols yang bijak tu ye. Free je.
Ini Blogger. Dulu saya pakai ni. Tapi, tak best ok. Dia sangat tak mesra pengguna. Paling tak best bila nak update entry bergambar.
Haaa nampak tak tu. Kalau dengan Blogaway, uols boleh upload gambar dan buh cerita bawah gambar tu. Sebab dia dah bagi section tu. Setiap section boleh buh gambar banyak-banyak. Lepas tu tulislah cerita untuk gambar tu. Blog tanpa gambar itu suram.
Tadi pasal gambar. Ni pasal posting pulak. Dengan Blogaway, uols pon boleh scheduled post uols. Nampak tak jam tu? Lepas dah siap taip entry. Bila nak pos klik jam tu.
Apa kelebihan scheduled post ni?
Senanglah. Bila terlebih masa buatlah 10 post terus. Scheduled untuk setiap hari. Barulah orang rasa blog itu ada nyawa. Setiap hari nampak kelibatnya. Macam post ni, saya sedang taip di kala subuh Ahad yang hening ni. Tapi, saya rasa nak dia publish di blog esok. Di hari Isnin malam yang meriah. Barulah orang rasa. "Wahhh hari Isnin pon rajin update blog. Tiada istilah Monday Blues" hihihihi.
Alaa ini bukan rahsia lah. Tapi kalau untuk newbie tu, inilah rahsia agung blogger-blogger tegar tu. ^_^
Oklah cukuplah review pasal Blogaway ni. Rasanya setakat ni, sangat puas hati & gembira dengan application ni.
Walaupun ada Blogaway. Tapi kalau di tenung tetap tidak menghasilkan entry dalam blog tu. Hihihihi
Salam semua.

Jubah Nursing Fellina Dah Restock!

Salam semua.. Ni nak bagi tahu ni. Jubah Nursing Fellina ni dah restock!!! Tapi, kita restock dengan warna-warna yang lebih menarik.
Bulan lepas ramai customer frust & sedih sebab banyak saiz dah sold out. Ni kena cepat-cepat order tau! Jubah Nursing ni harus dimiliki oleh semua wanita solehah terutamanya yang sedang merancang untuk ada baby.
DESIGN:
✔Potongan ala Princess dengan enam panel.
✔Kombinasi 2 warna yang menarik & elegant
✔Aplikasi frontbutton utk kemudahan
breastfeeding. Juga button di hujung lengan utk kemudahan mengambil wudhuk.
Untuk saiz, boleh rujuk carta saiz ni ye. Lepas tu order cepat-cepat.
Harga bestt sangat okkeyy..
Normal market price RM169
OUR PRICE: RM139 only
MATERIAL: Super Vest (Soft cotton Valentino Denim)
Tak melekat. Tak ikot shape. Senang iron. Berkualiti tinggi.
SAIZ: 36/S to 46/XXL.
Labuh jubah 55-56 inci.
Jgn tunggu lama-lama..
Order sekarang.
*Kos pos #flatrate RM8 Semenanjung utk 1-4pcs jubah atau RM15 Sabah/Sarawak utk 1-2pcs jubah.
HOW TO ORDER:
SMS/WhatsApp 018-2349882
Email: hajjar07@gmail.com

Saturday, September 27, 2014

Tidak Kurang 5 Hospital Dalam Tempoh 4 Tahun

Assalamualaikum semua..
Mentang-mentang hari tu baru kisah muntah darah, kerjanya update cerita hospital je. Hihihihi. Umum pun tahu yang balik dari Australia terus saya admit wad. Kali ni admit Hospital Ampang. Dah macam apa. Mana-mana hospital je dia masuk kan?Bila saya kira semula, banyaknya hospital saya masuk sejak kahwin.
2010: DnC -  Hospital Selayang
2010: Dehydration - Pusat Perubatan Damansara Damai
2011: Bersalin Insyirah - Hospital Bukit Mertajam
2012: Demam (Awal-awal suspek kanser) - Hospital Sultanah Fatimah, Muar
2012: Hodgkin Lymphoma - Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
2013: Hodgkin Lymphoma - Hospital Pulau Pinang
2013: Stem Cell Collection - Hospital Ampang
2014: Esophageal Varices - Hospital Seberang Jaya
2014: Esophageal Varices - Hospital Ampang
Kalau tengok dalam senarai tu ada lebih kurang 8 hospital. Tapi, Pusat Perubatan Dansara Damai tu Klinik Pakar OnG Swasta. Cuma stay satu malam je untuk masuk air. Tapi, kos tu yang paling tinggi. Satu malam RM800. @_@ Korek duit bayar bil. hihu. Pengalaman sungguh. Lepas-lepas tu tahu bila kawan-kawan dehydrate masa mengandung cepat-cepat saya cadang mereka ke untuk masuk air sebab doctor masa tu kata dehydration masa mengandung boleh akibatkan keguguran. Nama doktor masa tu saya tak ingat. Apa yang saya tahu dia doctor pakar OnG hospital terkenal. Tapi dah tak ingat dah lah. Lama dahh.
So, apa point penting cerita ni? Hehe tak ada apa pun. Saja nak share dengan uols yang sepanjang hidup ni, punya banyaklah masuk hospital. Sampai dah rasa lali. Orang Utara kata 'mangli'. Wad kelas 1 ka, 2 ka, 3 ka semua dah rasa. Kalau Hospital Pulau Pinang tu, Doktor Pakar saya Doktor Goh Ai Sim dah tau dah. Kalau dia nak saya masuk wad, dia akan booking dulu Wad Kelas 1 untuk saya. Hihihihi.
Bila saya masuk wad, selalunya barang sayalah paling sikit. Dulu-dulu masuk wad beg besar macam nak tidur hotel. Sekarang masuk wad, beg sekolah tu pun dah cukup. Nanti saya share keperluan asas di dalam wad ye. *_* Jadinya, tak de lah uols macam berkampung dalam wad. (Dulu saya macam tu lah. Semua pon nak di bawa)

Tapi, bila dah masuk hospital banyak kali banyak saya belajar. Paling penting, kat hospital ni saya belajar parktikal solat orang sakit. Ilmu Solat Jama', Solat secara baring, duduk, atas katil semua saya parktik bila masuk wad ni. Ambil wudhu' cara orang sakit pon tak sama. 

Sebenarnya banyak dah suami saya kongsi dalam blog dia. Rasanya, nanti saya akan copy dan post di sini untuk uols baca ye. 

Eh, Subuh pun dah masuk. Nanti kita update lagi ye. Salam semua. 

Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Thursday, September 4, 2014

SHAKLEE: Segalanya Tentang Vivix

Asslamuaaikum semua. 

Kelmarin ada sahabat yang bertanya kepada tentang Vivix. Jadinya, saya ambil kesempatan ni update pasal Vivix ye. Boleh kata saya suka sangat Vivix ni. Banyak perubahan positif selepas consume Vivix. Salah sorangnya adik syurga saya Mumtazah. Boleh baca perkongsian saya di sini


Bahan yang terkandung dalam Vivix ini ialah Muscadanine Grape, Purple Carrot, Elderberry (Sambucus Nigra) & Polygonum Cuspidatum.

 1. MUSCADANINE GRAPE
Anggur Muscadanine ni bukan sembarangan anggur.
  • Lebih Kromosom : 20 berbanding19 kromosom- Membantu melanjutan usia
  • Kuasa Antioksidan- 40 X lebih tinggi 
  • Polifenol yang penting dalam Anggur Muscadine : Elagik Asid, OPCs (oligomerik proanthocyanidins) & Kuercetin
  • anti-kanser, antioksidan, anti-inflamasi
Kebaikan Polifenol Anggur Muscadine 
  • Anti-kanser
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan komplikasi diabetes 
  • Mengurangkan risiko bronkitis & penyakit lelah
2. PURPLE CARROT
Selalu kita tengok Lobak warna Oren dan Putih kan? Ni Lobak warna Ungu. Memang tak pernah jumpa. Betul tak? Kelebihan Lobak Ungu ni adalah:
Mengandungi polifenol Anthocianin yang amat berkuasa untuk: 
  • Antioksidan 
  • Anti-inflamasi 
  • Agen Anti-bakteria
  • Mengurangkan kolesterol Kebaikan kesihatan
  • Meningkatkan fungsi imun
  • Meningkatkan penglihatan visual
  • Antibiotik semulajadi
  • Melindungi daripada penyakit jantung
3.   ELDERBERRY
Elderberry ni pulak adalah Berry terbaik dalam kumpulannya. Antara kelebihan Elderberry adalah. 
  • Tinggi Antioksidan
  • Mencegah & Mengubati kanser.
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Berupaya menurunkan kadar kolestrol untuk mencegah penyakit jantung
  • Membantu mengatasi & merawat masalah iabetes
  • Meningkatkan kesihatan jantug & ginjal
 4. POLYGONUM CUSPIDATUM
Sumber yang unggul bagi Resveratrol 
  • Akarnya ("He Sho Wu") kaya dengan kandungan resveratrol 
  • Digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat rambut beruban di negara China & Japan selama lebih 100 tahun 
  • 100% semulajadi
  • Min. 98% tulen 
  • 100% bebas emodin = Selamat dan Mudah diterima oleh tubuh
ANTARA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN VIVIX
1. Pesakit Diabetes 
2. Pesakit Gout
3. Pesakit Arthritis
4. Pesakit Kanser yang telah menjalani rawatan kimoterapi
5. Orang yang rabun mata
6. Orang yang mahu kelihatan awet muda
7. Atlit
8. Golongan yang mementingkan kesihatan optimum
9. Ibu Bapa yang sibuk dengan urusan seharian

Kesimpulannya, Vivix ni addalah supplement terbaik untuk anda. Kalau anda jenis yang tak suka makan banyak-banyak supplement ambillah Vivix ni. Hanya 1 sudu kecil setiap malam sebelum tidur.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Esophagheal Varices & Portal Hypertension Mungkin Punca Saya Muntah Darah

Assalamualaikum semua...

Rentetan kisah Saya Muntah Darah & Saya Muntah Darah II saya dah pun keluar wad Ahad lepas. Hari Ahad 31 Ogos 2014. Alhamdulillah. Saya dibenarkan keluar wad dengan bacaan Hb 8.2. Agak rendah. Agak berisiko tapi memandangkan saya memang ada follow up di Hospital Pulau Pinang doktor bagi saya keluar. 

Antara punca saya muntah darah hari tu adalah kerana salur darah di Esofaghus ni pecah. Esofaghus tu salur yang membawa makanan dari mulut ke usus. Darah yang keluar dari salur darah tu la yang saya muntahkan malam tu. Sebab tu yang keluar tu darah segar dan darah beku. Situasi ni kita panggil Esophagheal Varices. 

 Ni gambar yang ayah mertua saya ambil. Ambil gambar nak tunjuk pada suami yang tak ada kat rumah. Dia masa ni dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Penang.

Esophagheal Varices ni pulak ada penyebabnya. Antaranya adalah Portal Hypertension. Portal Hypertension tu sebab tekanan yang kuat di salur darah yang membawa darah dari esofaghus ke hati. Tekanan yang kuat ni akhirnya menyebabkan salur darah pecah. 

Mula-mula doktor menyangka hati saya yang bermasalah. Tapi, alhamdulillah keputusan ujian fungsi hati dan ultrasound menunjukkan hati saya masih sihat. Tapi, doktor akan teruskan dengan ujian CT Scan. Harap-harap ujian CT Scan nanti baik-baik aja. 

Ayat ni ubat hati tatkala buntu.  Allah pasti ada bersama hambaNya yang sabar dan redha. InsyaAllah.

Dah-dah jom tengok gambar. Kenang-kenangan dalam wad.

 Antara tetamu paling awal ziarah saya adalah TKM 1 Pulau Pinang YB Hj. Mohd Rashid bin Hasnon.  Baik orangnya. Lemah lembut. Yelah, sekampung kan kita. Orang Johor gitulah. hihihihi


 Ini sahabat kami. Jauh dari Kelantan Abang Asran Alias dan Kak Shikin datang.  T_T 
Dah lah Kak Shikin tu mengandung. Diorang datang dengan anak-anak dan juga blogger/facebooker terkenal Topeng Perak


 Lepas tu, kawan-kawan di Penang pulak sampai. Sahabat Peniaga Uptown Perda. Siap bagi sumbangan lagi. T_T
Dalam ujian yang Allah beri kmi ni dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang baik. Ahamdulillah.  

Tak lupa, hari saya nak keluar wad sempat kakak manis Natrah Mohamed ziarah. Selama ni hanya bersua di WhatsApp dan FB tapi bila jumpa macam dah lama kenal. Ukhuwwah keluarga Shaklee kan akak kan?

Sebenarnya, ramai je yang ziarah. Pak Cik Mak Cik, Saudara jauh dekat. Cuma masa tu, wartawan Zainulfaqar tak ada. Jadinya, tak adalah yang nak ambil gambar. Hihihihi 

Oklah, nanti saya tulis-tulis lagi ye. Harap-harap info Esophagheal Verices ni membantu anda. 
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...