Gembira dapat window shopping di D.I.Y. Seberang Jaya, tengah hari semalam.
Ke mana pun Faqar pergi, Faqar akan bawa beg galasnya.
Dalam beg itu, ada macam-macam. Ada nota wartawan, ada kamera digital, ada buku wartawan dll.
Sejak dua jejak Cik Putih kata nak pakai komputer riba di Rumah untuk bisnes Shaklee, beg Faqar ke pejabat sedikit ringan.
Tetapi, penuh dengan press kit.
Dari situ, Cik Putih belajar sesuatu.
Kita akan mencipta ruang yang baru, jika kita tidak menguruskan ruang kosong yang sedia ada.
Sebab itu, press kit lama sarat dalam beg Faqar, apabila Cik Putih berjaya 'culik' komputer riba Faqar.
Sebelum Faqar bergegas ke Kuala Lumpur untuk urusan politik kepartiannya, Faqar mencuri sedikit masa membawa Cik Putih dan Insyirah Solehah outing.
Hari itu, kami pergi kedai aksesori D.I.Y. dekat Seberang Jaya.
Sengaja Cik Putih tak bawa beg tangan dan beg Insyirah Solehah.
Faqar akhirnya mengeluarkan semua aksesori serta press kit lama yang tidak diperlukan supaya pampers, pakaian Insyirah Solehah, botol susu, bekas susu serbuk, Vivix dan aksesori peribadi Cik Putih sendiri dapat termuat ke dalam beg Faqar.
Hari itu, kami tak beli banyak bekas di D.I.Y., kerana bekas yang baru akan mewujudkan ruang yang baru.
Pada hari itu juga, kami tiga beranak melawak nak mengamalkan 5S di rumah.
Sisih (Seiri)
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.
Susun (Seiton)
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
Sapu (Seiso)
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.
Seragam (Seiketsu)
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.
Sentiasa Amal (Shitsuke)
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Bagus amalan 5s ni.. :)
ReplyDeleteTuan Zul, limited space gini lah. Kena selalu 5S. Kalau tak nanti asyik komplen tak cukup. Hihihihi
Delete