Sunday, March 31, 2013

Pantang Larang Pet Scan

Ish, masih bernyawakah blog ini? Ye laaa mentang mentanglah sekarang zaman makin canggih. Dunia blog sudah dilupakan. Tapi, bangun pagi hari ini terasa satu kerugian apabila meninggalkan dunia blog. Mungkin tersalah posisi masa bangun.

Terasa amat rugi apabila setahun yang berlalu dilalui itu tidak dirakam dalam blog ini. Sedangkan awal awal tukar url blog ini untuk update tentang Insyirah. Ish, menyesal pun tak berguna. Lagi rugi apabila pengalaman di hospital dan menempuh hari hari kimoterapi tidak ditulis di sini. Nantilah akan  diusahakan untuk mengingat kembali detik detik itu. Setidak tidaknya dapatlah dijadikan kenang kenangan untuk anak cucu cicit nanti. Jangan pula ada yang 'hack' blog ini. 

Alhamdulillah selepas dua bulan sesi kimoterapi terakhir berakhir terasa perubahan positif pada diri. Badan lebih cergas dan yang penting rasa lebih optimis. Selasa ini 4/2/2013 akan menjalani Pet Scan.
Rasanya? Entah. Ini kali pertama. Sebelum ini hanya buat CT Scan biasa sahaja.

Tapi, Sebelum Pet Scan ada pantang larangnya.
Saya teringin untuk kongsi di sini.
2hari sebelum (31/32013:Ahad)
Pantang

  • segala buah dan sayuran
  • Minuman bijirin
  • Beras perang
  • Roti gandum atau bijirin lain
  • Minyak dan goreng gorengan
  • Bahan perasa tiruan (cukup rasa etc)
  • Ubatan herba
  • Daging merah
  • Kekacang
  • Jus buah
 Hanya boleh
  • Nasi putih
  • Roti putih 
  • Telur/ikan/ayam seafood dimasak rebus/kukus/sup
  • Mee/mihun/kuew teaw sup sahaja
  • Minum milo/horlick tanpa gula
  • Susu Dutch Lady Fresh Cream
Pada hari scan(2/4/2013:Selasa)
Sebelum 8.30pagi
  • 1gelas susu segar
  • Roti putih 2keping
Seterusnya hanya dibolehkan minum air masak sahaja.

Ini adalah apa yang diberitahu oleh pegawai dari Hospital Pulau Pinang.
Dan untuk hari ini saya rasa sangat lapar kerana hanya makan nasi kosong dengan telur rebus sahaja. Huhuhu...
Mohon doa semua semoga urusan dimudahkan dan tiadalah sel kanser itu lagi.amiin.

Untuk pengalaman Pet Scan saya akan update selepas 2/42013
Lagi satu pegawai tu pesan saya perlu kuarantin dari kanak kanak dan ibu mengandung dalam tempoh 24jam selepas Pet Scan. Dan ini bermakna saya perlu tinggalkan Insyirah dengan Family suami sepanjang tempoh itu. Moga Insyirah baik baik aja. 


Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...