Sunday, August 31, 2008

Buat Insan Tersayang....

31 Ogos 2008-4.30pagi
aku mengambil sedikit masa untuk menulis coretan rasa hati....
walaupun assignment tak siap lagi.sepatutnya hantar jumaat lepas. better late than never.
Diwaktu dinihari ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu pada insan paling kusayang, Hassan bin Hj. Duros. Arwah ayahku yang pergi pada 2/11/2007. Tarikh keramat yang tak mungkin kulupa. Semester ini aku rasakan paling teruk sekali. Presentation arab kena tegur dengan ustaz, assingment tak siap dan mcam-macam lagila. Itu belum lagi dikira dengan taklifan yang aku rasa aku tak mampu lakukan. Aku teringat harapan arwah ayah yang mahukan aku cemerlang dalam akademik dan aku yakin aku mampu lakukan. Memang study bukanlah yang utama bagi aktivis segelintir lain (tapi aku tahu ada ramai aktivis yang juga mementingkan study),bagi aku study adalah salah satu perkara penting dalam kehidupan. Kerana kita bukan lagi hidup pada zaman kolonial dan sebagainya. Tetapi, kita hidup pada zaman moden yang mementingkan profesionalime. Apa ertinya kita membawa imej Islam, tetapi apabila membuat kerja kita gagal. Apabila majikan mengarah kita mengendali sesuatu projek, projek kita gagal.

Hurmm...

Kembali pada rasa rinduku pada ayah. Selalunya pabila aku rasa sukar, ayah akan ada disisi. Akan aku luahkan rase bebanku padanya. Sekarang ini aku rindukan panggilan darinya. Dulu ayah akan menelefonku setiap hari. Apa yang ditanya??Kalau telefon selepas maghrib "dah mengaji??". Kalu telefon siang..."study macam mana?"..kadang-kadang dalam sehari tu 2 hingga 3 kali ayah telefon. Tapi, aku tak pernah rasa terkongkong. Kadang-kadang rasa pelik apabila ada sahabat-sahabat yang bercerita rase terkongkong dan tidak selesa apabila orang tua menelefon mereka berjam-jam dan hari-hari telefon. Aku hanya boleh katakan "rebutlah peluang ini ketika masih berkesempatan sebelum ia dirampas semula dari kita". Geram pun ada pada insan-insan yang dari lakunya ibarat tidak menghargai kurnia Allah itu (kedua orang tua kita).
Entahlah, makin lame makin sakit rasa rindu aku pada ayah. Mungkin rinduku tak sehebat rindu mak padanya...Tapi, aku anak yang merindu. Balik rumah, rasa terbayang ayah solat diruang tamu, tengok tv bersama. Kadang-kadang terngiang-ngiang panggilannya padaku. Dalam ramai anak-anaknya ayah suka suruh aku wat macam-macam kerja. Tolong iron baju dia, buat sarapan pagi, buat air teh, basuh kereta, macam-macam la. Aku akui ayah seorang suami yang tak mahu membebankan isterinya. Ayah suruh aku tu pun sebab tak mahu susahkan mak yang ada macam-macam kerja rumah kena buat. Tapi, aku bersyukur sangat ayah buat macam tu kat aku. Aku belajar banyak perkara dari dia.

Dengan ayah aku belajar macam-macam perkara. Terutamnya pasal berbakti pada orang tua. Perintah Allah pada anak yang soleh adalah berbakti pada orang tua. Bukanlah aku nak berbangga dengan ayahku. Cuma ingin berkongsi rasa di hati. Mana tahu boleh mengetuk rasa hati insan diluar sana yang kurang menghargai orang tuanya. Dulu boleh kata ayah akan pergi rumah atuk setiap hari..Kebetulannya dalam masa 10minit sampai dah rumah atuk. Ayah tak sembang banyak dengan tuk. Cuma ayah akan ambil penyapu dan sapu daun-daun kering keliling rumah tuk. Selalunya ayah pergi dalam pukul 6.30 petang dan pulang jam 7.00malam. Itulah rutin hariannya. Kalau tiada kesempatan waktu petang ayah akan jenguk tuk waktu malam. Walau ayah letih, dia akan gagahkan dirinya ke sana. Dan akulah anak yang akan diajak bersama kalau aku ada kat rumah. Aku pulak bukan jenis banyak cakap. Pergi rumah tuk duk diam kat dapur. Tuk tanya sepatah, jawab sepatah. Kadang-kadang tolong gak ayah menyapu. Tapi, selalunya aku lebih banyak teman adik kat atas rumah dan bual-bual sikit dengan tuk mak dan tun bapak.

Pengajaran yang aku boleh ambil kat sini adalah, sehingga hari ini ayah diridui oleh tuk mak dan tuk bapak. mereka juga selalu sebutkan kebaikan-kebaikan ayah kepada mereka. Terutamanya tuk mak yang sering terbayang-bayang ayah menyapu sekeliling rumah. sehingga hari ini juga tuk mak tak dapat lupakan ciuman terkahir ayah sehari sebelum ayah meninggalkan kami. Dan aku, bila balik kampung aku akan cuba untuk jenguk tuk. Barulah aku tahu bukan senang untuk kita luangkan satu jam jenguk tuk. Terfikir gak, mampukah aku manjadi macam ayah??terus melakukan kebajikan pada mak dan keluarga sehingga akhir hayatku....Kadang-kadang aku tak mahu pergi jenguk tuk. Bukan apa, tak tahan sedih tengok tuk mak mengalir air mata cerita pasal ayah. Tuk bapak pun walau cuba tahan sedih. Dapat kulihat rindunya pada ayah dari cara dia bercerita tentang ayah. Dapat kulihat air mata bergenang di matanya. Aku yang cuma 20tahun rasa kasih sayang ayah sangat rindu dan sayang apatah lagi tuk yang berpuluh tahun mencurah kasih pada ayah dan menerima rasa kasih tu selepas ayah mengerti sebuah tanggungjawab.
Di situ, aku dapat melihat betapa dalamnya kasih sayang orang tua pada anak-anaknya. Betapa mulianya kasih mereka. Tak dapat dijual beli dengan harta kekayaan. Sungguh! Ayah bukanlah hartawan untuk memberi kemewahan pada tuk. Aku akui yuran aku daftar usm masa tahun 1 tu dulu pun duit tuk. Bukan ayah meminta, tapi, tuk memahami bebanan ayah yang menyara kami adik beradik. Dari situ kulihat kasih sayang tuk bapak pada ayah. Banarlah bagai dikata, seorang akan sanggup berkorban jiwa dan raga demi anak-anaknya. Mungkin seorang bapa kurang emosi, namun kasih sayang untuk anak-anaknya dicurahkan dalam bentuk sebuah pengorbanan jiwa dan raganya. Itulah yang aku pelajari dari apa yang aku lihat pada tuk bapak dan ayah. Rasa kasih tuk bapak pada ayah mengalir juga pada kami anak-anak ayah.

Selepas apa yang terjadi, aku bertekad menjadi anak solehah buat mak dan menjadi adik serta kakak yang baik dalam keluargaku. Aku inginkan mak merinduiku dan mendoakan kesejahteraan aku di sana andai ajal menjemputku sebelumnya.
Buat ayah yang dirindui dan disayangi.
Semoga rohmu ditempatkan bersama para solihin, moga Allah menerima segala kebajikanmu selama didunia. Ya Allah sampaikanlah pahala kebajikan kami anak-anaknya kepada ayah.Aamiin.Al-Fatihah buat arwah Hasan bin Hj.Duros.

5 comments:

  1. Ada beberapa perkara, saya rasa saya boleh belajar drp Sdri. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. 'Afwan...Alhamdulillah, andai tulisan mampu mengetuk hati insan - insan agar mneghargai orang tuanya.
    Mati itu hampir...kita tidak pasti siapa akan pergi dahulu...
    mungkin kita, mungkin orang tua kita......

    ReplyDelete
  3. Salam Hajar..

    Hm, yap, saat waktu itu masih syi ingat. Bagaimana sayu rumah waktu itu. Hujan turun menjemput kami di rumah Hajar..

    Baca tulisan Hajar ni, syi pulak rasa rindu ngan arwah. Walau syi xpernah sempat berkenalan dgnnya. Hajar mesti lagi rindu..

    Apa pun, tabahlah wahai srikandi!! Bukhari pernah pesan kat kitorang, tiap amal islami yg kita buat, kita niatkan untuk ibu bapa kita. Kita tak mampu balas mereka dengan material, tapi moga2 kita mampu supprise kan mereka dengan hadiah di akhirat.

    Rindu kat Hajar.. Tinggalkan le USM tu sat, mai turun ke lembah Klang. Huhu..

    ReplyDelete
  4. Masa tu terharu sangat keluarga kat kampus2 datang ziarah...Tak tahu nak ucap terima kasih macam mana..
    Hanya Allah yang mampu membals budi kalain.

    InsyaAllah andai ada kesempatan nk trun pi iftar nie...Rindu pada sahabat-sahabat..Tak!!rindu kat 'keluarga'.

    Mungkin kalau pi pun sehari jer..
    Yang penting nak pi gak!!!

    ReplyDelete

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...