Malam td baru aku berjumpa dengan satu blog milik Kak Dijah. zaujah kepada Ust Ramadhan Fitri. menantu kepada Ustz Elyas Zakaria..Hurmm..Satu post yang membuatkan aku melelehkan air mata. Macam baru sahaja aku pergi ke majlis perkahwinan mereka bersama teman-teman. Allah lebih menyayangi adik Nur Fatimah. Semoga Kak Dijah sekeluarga diberi kekuatan.
Sewaktu dapat berita pemergian adik Nur Fatimah, aku pasti dikala itu semua teman-teman diserata kampus juga pasti mendapat berita yang sama dan terus menyedekahkan al-Fatihah buat adik.
Berita Kematian
Berita kematian sering sahaja datang dan pergi dalam kehidupan. Kita sering sahaja diberikan peringatan mati. Kematian ahli keluarga, kematian teman, kematian orang yang dikasihi pasti sahaja membuatkan diri kita ditimpa kesedihan yang teramat.
Aku sendiri sering sahaja menerima berita kematian. Pemergian ayah yang benar-benar menguji kami. Pemergian Atok Mak yang sangat rindukan ayah. Semua ini benar-benar membuat kami dalam kesedihan. Namun, keuatan itu allah beri untuk kami hadapi semua ini. Redha dan pasrah atas ketentuanNya.
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan hanya pada hari Kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa diajuhkan dari neraka dan dimasukkan kepada syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."(3:185)
Peringatan telah Allah berikan. Namun, kita sebagai hamba adakah mengambil pengajaran dari ini? Terlalu banyak kezaliman yang kita lakukan dimuka bumi ini. Terlalu banyak maksiat yang kita hadiahkan kepada Allah. Ya Allah, ampunkan kami Ya Allah. Kamai tidak layak masuk syurgaMu namun, kami tidak sanggup menghadapi api nerakaMu. Sahabat, masih inginkah kita pada syurga Allah? Sedangkan baru tadi kita berpimpin tangan dengan kekasih hati. Masih lagi ingin mencium bau syurga sedang tadi kita baru sahaja berpelukan mesra dengan Boyafren n Gelifren kita? Masih lagikah kita ingin mencium bau syurga sedang baru tadi kita menderhakai kata-kata orang tua kita apatah lagi perintah Allah. Masih lagi kita impikan syurga sedang baru tadi kita abaikan tanggungjawab kita. Yang menggelarkan diri mereka pendakwah. Usrahmu terabai,dakwahmu tak bergerak. Apa masih ingin pada syurga Allah?
Masih sempatkah untuk aku bertaubat?
Pintu taubat itu masih terbuka. Berusahalah membersihkan diri sebelum pintu taubat tertutup. Sejauh mana dan setiggi dan sebesar manapun dosa yang kita lakukan, Allah masih menerima taubat kita jika kita bersungguh mohon ampun padanya. Bukan juraian air mata semasa taubat yang Allah kira, namun usaha kita meniggalkan taubat itu yang penting.
No comments:
Post a Comment