Friday, September 6, 2013

Apakah nilaiku dalam agama?

Syawal yang lalu, di sapa oleh seseorang di kampung. Masih ingat lagi ayatnya.

"Sedih sangat bila dengar Hajjar sakit. Ya Allah, dah lah faham agama, faham perjuangan. Nanti dah kurang orang buat kerja agama."
Zasss! Macam dipenggal rasanya. Tersentak seketika. Apa sangatlah kerja agama yang aku buat ni? Allah.
Hingga hari ini masih terpukul dengan kata-kata tu. Iya, sejak balik ke Pulau Pinang setahun yang lalu, saya masih mencari di ruang manakah yang boleh saya menumpang. Di ranting manakah boleh saya berpaut. Tak cukup sekadar Pakaq seorang. Atau tak cukup dengan saya tolongjaga Insyirah untuk memudahkan Pakaq bergerak. Hati memberontak. Apakan daya, kadang-kadang rutin rawatan membuatkan saya tangguh seketika. Sudahlah takutbawa kereta. Sangat terbatas.  Iya dia sangat laju. Saya bagai sang kura-kura. Haih... Mujur sahaja dalam dia berlari dia hulurkan ranting agar saya bisa dibawa bersama.

Terpukul pula dengan status facebook Shie. Allah, lambatnya kau bergerak Hajjar. YaAllah, kau berikan kesihatan padaku ya Allah. Sembuhkan aku ya Allah. Agar aku dapat berjuang dijalanMu ya Allah. Mudahkanlah urusanku ya Allah.

3 comments:

  1. semoga anda kembali sihat...in shaa Allah... berdoa semoga anda sentiasa kuat dengan ujian.. boleh jadi ujian ini mendekatkan kita pada ILAHI kan..
    senyum2 selalu..

    http://kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Hajjar, ruang berjuang dan menambh pahala tu terlalu luas. Hatta memberi orang lain menambah pahala pun dikira berjuang menaikkan agama, :)

    ReplyDelete
  3. Ku Azue...Amin.. inshaAllah. terima kasih atas doannya.

    Kak Ain Akib.. banyak benda Hajjar belajar. Banyak sangat.

    ReplyDelete

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...