Polisi Suami Menemani
isteri ketika melahirkan Anak
Untuk memberikan sokongan emosi dan moral kepada isteri yang
bersalin disamping ingin memberikan peluang kepada suami untuk
menyaksikan kelahiran anak kandung pasangan suami isteri demi
mengeratkan perhubungan keluarga.
Untuk meningkatkan mutu/ imej perkhidmatan di bilik bersalin dengan
melibatkan suami dalam proses bersalin isteri.
Untuk meningkatkan kepuasan pelanggan selaras dengan budaya koporat
kementerian kesihatan yang menggalakkan satu perkidmatan yang penyayang.
Ketelusan yang akan wujud dari perlaksanaan konsep ini akan
sendirinya meningkatkan mutu perkhidmatan di jabatan perbidanan
hospital-hospital kerajaan, malah ia juga akan meningkatkan mutu
perkhidmatan keseluruhan hospital-hospital berkenaan selaras dengan
objektif yang mahukan perkhidmatan hospital yang cekap, effisien
berkualiti dan tulus
Pendedahan masyarakat kepada cara kerja hospital-hospital akan
menghakis segala salah faham masyarakat terhadap perkhidmatan yang
diberikan di hospital-hospital kerajaan. Ini akan meningkatkan kerjasama
diantara masyarakat dengan pihak yang memberikan perkhidmatan serta
mengurangkan aduan serta kegelisahan orang ramai.
Kehadiran suami disisi isteri yang sedang sakit juga diharap akan
mengurangkan beban kesakitan yang dialami dan membantu dalam melincinkan
proses kelahiran serta mempercepatkan proses membuat keputusan di dalam
di dalam kecemasan
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Assalamualaikum semua...
Seperti dijanjikan pada entry Hospital Bukit Mertajam yang lepas, hari ni saya nak kongsikan berkaitan Hospital Rakan Suami & Rakan Bayi. Masa saya nak bersalinkan Insyirah dulu, saya rajin google info-info tentang Hospital Rakan Bayi. Tapi, tiba-tiba terjumpa info 'Suami teman Isteri Bersalin'. Wahhh!!! ini sudah baik. Selalu dengar hanya hospital swasta je yang bagi suami teman isteri di Labour Room
Apa yang bestnya Hospital Rakan Suami ni?
- Suami dapat berikan sokongan emosi dan moral kepada isteri.
- Suami berpeluang menyaksikan kelahiran anak kandung dan dapat mengeratkan perhubungan keluarga.
- Suami pun dapat tengok prosedur-prosedur berkaitan dan dapat kepuasan bila lihat sendiri semua prosedur berkaitan
Tapi.... Suami hanya boleh masuk ke labour Room jika kelahiran normal. Kalau tiba-tiba isteri kena bedah, suami dah tak boleh teman isteri. Ada sesetengah hospital mewajibkan suami pergi ke kelas. Jadi, sebaiknya semak di hospital mana anda nak bersalin.
HOSPITAL RAKAN BAYI
Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah merupakan satu inisiatif global
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNICEF) yang bertujuan untuk memastikan setiap bayi mendapat
permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong
penyusuan susu ibu.
Antara kelebihan Hospital Rakan Bayi,
- memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas kelahiran bayi
- membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas kelahiran bayi
- memberi tunjuk ajar kepada ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
- menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman dan makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
- mengamalkan 'rooming in' dimana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24jam sehari)
- menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
- menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong
- membantu penubuhan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
Perlu Diingat: Hospital Rakan Bayi tidak semestinya Hospitl Rakan Suami. Harap-harapnya, dapat beri sedikit panduan untuk anda menimang cahaya mata.