Pages

Tuesday, September 8, 2015

Hidup Tidak Selalunya Indah. Langit Tak Selalu Cerah

Yuhuuu. Akhirnya mood menulis kembali. Penatlah cari mood dan idea menulis ni. Tak kunjung tiba. Respek pada yang sering hapdate blog tu. Idea mencurah-curah ke landang gandum. Ops! Jadilah Coco Crunch!!

Saya pon dah lupa tujuan ada blog nih. Weehuuu!! Dulu macam nak share pasal parenting dan penyususan. Berlalulah fasa penyusuan tu tak jugak berhapdate. Masuk fasa nak sharing pasal lymphoma journey ni. Sampailah jorney tu dah sampai Eropah, saya masih kat Malaysia kira duit tambang cukup tak cukup nak ngejor Journey yang dah sampai Eropah tu. Nak kongsi pasal Insyirah Homeschooling. Masuk ke hujung tahun idok juga ku kongsikan. Haihhhh.

Maka, sekarang ni bila dah ada mood. Apakah yang harus ku kongsikan?

Dan haruslah anda semua pun tak ada jawapan. Hihi. Ok. Selepas entry ini. Saya berjanji akan ada satu lagi entry yang menyusul. Topiknya tak boleh nak janji. Mihmihmih.. Saya baru nak pikir.


Thursday, May 28, 2015

HOMEMADE: Roti Tortilla

Assalamualaikum. Eh, blog ni dah jadi blog masak-masak ke? Tetiba share resepi pulak kannn. Hihihi. Dah namanya pon LOVEINSYIRAH. Kegemaran Insyirah akan dimasukkan juga dalam blog ni.

Resepi yang saya nak kongsi ni bukan resepi inti Tortilla tu. Tapi, roti dia tu. Apa nama sebenarnya ye? Ada panggil Wrap, ada panggil Tortilla. Tak kisah lah. Saya dah terbiasa panggil Tortilla.

Selalunya saya akan buat Tortilla ringkas ni bila saya nak puasa sendirian. Puasa sunat atau puasa ganti. Sebab mudah dan cepat nak sediakan. Sapu mayonis, letak salad dan inti dah siap. Tapi, satu hari buatkan untuk Insyirah. Dah dia tersuka pulak. Boleh kata, setiap hari nak makan. Roti Tortilla ni pulak bukan sentiasa ada di rumah. Kalau nak beli selalu pun, harganya boleh tahannnnn. Tak leh lah nak jadikan makanan rujia harian nak oiiii. Hihihihi

Maka, ibu yang penyayang ni pun bersungguh google resepi roti ni. Eh. Eh. Ada pulak orang share resepi. Berterima kasih sangat dengan Mr. Salam Dunia. Dah tiga kali saya buat resepi ni. Alhamdulillah menjadi. Cuma skill lenguli dan menggelek doh tu kena praktis lagi. Almaklumlah lama sangat tak menguli.


Bahan nak buat dan cara dia pun senang sangat.

Bahan-bahan:-

1) 2 cawan tepung gandum
2) 3/4 sudu kecil serbuk penaik
3) 1/2 sudu kecil garam (boleh kurangkan)
4) 3 sudu besar minyak masak
5) 3/4 cawan air panas (mendidih)


Cara-cara:-

1) Gaul rata tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Masukkan minyak masak dan kacau hingga tepung jadi bergentil-gentil.

2) Tuang air panas sedikit demi sedikit dan kacau. Uli doh sehingga menjadi lembut dan permukaan menjadi licin.

3) Rehatkan doh dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab selama 15-30minit.

4) Bahagikan kepada 9-12 bebola. Canaikan sehingga menjadi bulat nipis. Pastikan suhu pan pembakar betul2 panas. Bakar roti tortilla selama lebih kurang 1 minit untuk satu permukaan SAHAJA.


Tortilla Wrap dari sumber Google. Bolehlah buat cantik-cantik sedap-sedap macam dalam gamvar tu ye.

Inti tu terpulanglah ye nak pelbagaikan macam mana. Ikut selera. Nak buat macam KFC ka, nak buat macam Kebab Turki yang kat Bangi Gateaway tu ka atau macam-macam mana ikut selera.

Saya pakai mayonis + Telur dadar je sebab tu kesukaan #insyirahsolehah. Nanti kalau saya buat inti yang lain-lain sikit saya share ye.

Selamat Menguli!


SHAKLEE: Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum semua.

Fitrah manusia mahu berkahwin dan mempunyai zuriat. Ada yang diuji dengan mempunyai zuriat lambat. Ada yang diberi rezeki zuriat yang ramai. Macam-macamlah.

Apa pun, semua pasangan berusaha supaya mendapat rezeki anak yang soleh solehah. Saya memahami perasaan mereka sebab rakan-rakan saya sendiri ramai yang sedang berusaha untuk mendapat zuriat.

Kali ni, saya nak kongsikan tentang produk Shaklee yang membantu pasangan untuk hamil. Alhamdulillah, produk ini juga digunakan oleh sahabat baik saya yang sekarang disahkan hamil. Saya pun tumpang gembira tak terkata macam saya pulak yang mengandung. Ops!


Ini adalah set asas buat mereka yang merancang untuk hamil. Tapi, sahabat saya ambil set kesihatanboptimum sekali. Sahabat saya ambil
-GLA
-B COMPLEX
-VITAMIN C

Suaminya pula;
- VITAMIN E
- VITAMIN C
- VITALEA
- ZINK COMPLEX

Awal-awal perkahwinan memang sahabat ni dah beli GLA Complex sebab dia ada masalah senggugut (period pain) dan kitaran haid yang tak teratur.

Selepas habis GLA Complex beberapa botol, dia order untuk suami pulak. Saya terus cadangkan Vitamin di atas.


VITAMIN E COMPLEX
Terkenal sebagai "Vitamin Seks" atau "Vitamin Cinta". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki. Selenium penting untuk pembentukan sperma yang normal.


ZINC COMPLEX
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.

Selain itu, ZINC berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zinc membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zinc digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


ALFALFA COMPLEX
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium).

ALFALFA turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS (Sindrom Polisistik Ovari atau Polycystic OvarianSyndrome).


GLA COMPLEX
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)".

Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).


B COMPLEX

Biasanya kita hanya akan ambil B complex bila dah disahkan hamil. Tapi, buat mereka yang ada masalah ambillah sewaktu merancang untuk hamil.

B COMPLEX SHAKLEE Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Supplement B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.


Untuk mereka yang berusaha untuk hamil tu, bolehlah cuba supplement ni. Kita berusaha sebaiknya. Selepas tu, berdoa dan tawakkal pada Allah.

Berminat untuk cuba set kesuburan ini, boleh hubungi saya. InsyaAllah harga istimewa dan tips-tips istimewa dari saya.


Wednesday, April 15, 2015

Masalah Popular Semasa Mengandung

Assalamualaikum. Kelmarin saya kongsikan Persediaan Sebelum Mengandung dengan 10 Langkah Kehamilan Sihat.

Jalan-Jalan jumpa blog http://ladyazlin.blogspot.sg/2013/12/masalah-yang-sering-berlaku-semasa.html?m=1

Beliau kongsikan masalah-masalah popular yang sering dialami ibu hamil. Jom kita baca sebagai panduan.

1. Diabetis gestasi - kencing manis semasa mengandung. Bila badan tak boleh nak hasilkan insulin yang cukup, maka kandungan gula dalam darah meningkat. So, ia akan merentasi plasenta dan memberikan risiko kepada bayi menyebabkan saiz bayi terlalu besar. Bagaimana nak kesan? Biasanya semasa check up, ibu mengandung kena minum air gula.

2. Tekanan darah tinggi
Masalah ni terjadi bila salur darah dalam uri tak berkembang seperti yang sepatutnya lalu menyebabkan darah tak dapat mengalir dengan sempurna. Bila kurang aliran darah ke plasenta, maka bayi tak dapat nutrisi dan oksigen yang secukupnya. Ini boleh menyebabkan perkembangan bayi menjadi perlahan atau kelahiran pramatang.

3. Hemoglobin rendah / anemia
Puncanya ialah kekurangan zat besi. Hb normal bagi ibu mengandung adalah 11g/dl dan ke atas. Bagi mereka yang jenis hb rendah, boleh cuba makan makanan yang tinggi zat besi seperti sayuran hijau, kekacang, hati, bijirin penuh dan buah-buahan kering seperti prun dan kismis.

4. Plasenta previa
Keadaan uri berada di bahagian bawah dalam uterus yang menutupi bahagian serviks. Masalah ini boleh dikesan melalui ujian ultrasound. So, doktor akan tengok kat mana uri berada. Kalau uri berada kat bawah, maka terpaksa bersalin melalui pembedahan.

5. Bayi songsang / melintang
Kedudukan bayi yang normal haruslah kepala kat bawah, badan kat atas. Masalah ni pun boleh dikesan melalui ujian ultrasound. Kadang-kadang doktor boleh pusingkan kedudukan bayi secara manual yang mana kaedahnya dipanggil external cephalic. Tapi kalau tak dapat pusing pulak, terpaksa bersalin melalui pembedahan jugak.

6. Tumpah darah
Pendarahan yang berlaku sebelum sampai masa nak bersalin. Yang ni boleh tahan bahaya dan biasanya kena tahan kat wad la. Mungkin disebabkan ibu terlalu lasak, terjatuh atau kandungan mengalami masalah.

7. Air ketuban kurang - oligohydramnio
Mungkin disebabkan kebocoran tanpa sedar. Kes ni berlaku pada diri sendiri. Risikonya, baby boleh lemas. So, kena lebihkan minum air putih. Saya amalkan air zam-zam jugak. Ada yang cadangkan minum air kelapa, dan banyakkan minuman berais. Pun saya buat. Alhamdulillah, bila check up dah kembali ke paras normal.

8. Air ketuban terlalu banyak - polyhydramnio
Mungkin disebabkan bayi kurang menelan air ketuban tapi banyak mengeluarkan air kencing, darah ibu dan bayi tidak serasi (Rh factor) atau kandungan kembar. Kesannya kedudukan bayi tak stabil, kelahiran pramatang atau kandungan terlalu berat.

9. Air ketuban keluar sebelum tempoh bersalin.
Fungsi air ketuban adalah untuk melindungi bayi. Jadi, bila air ketuban keluar dengan banyak tanpa henti, ia boleh membahayakan sebab baby akan lemas. Biasanya doktor akan induce untuk selamatkan baby even belum sampai waktu bersalin.

10. Ibu mengidap penyakit berisiko
Ibu yang mempunyai penyakit sebelum mengandung seperti jantung, buah pinggang dan seumpanya yang boleh membahayakan nyawa. Kalau kes macam ni, memang pihak klinik atau hospital akan selalu monitor ibu tersebut. Masa saya kad wad, ada sorang akak ni dia ada masalah buah pinggang. Dua anak sebelum ni lahir melalui c-zer, dan anak ketiga ni pun melalui c-zer jugak. kena tahan kat wad sampai bersalin.

Walau apa pun. Ibu-Ibu mesti sentiasa berdoa & berhati-hati. Kandungan itu amanah yang Allah beri. Tanggungjawab kita untuk berikan yang terbaik sejak dari alam rahim. 

10 Langkah Kehamilan Sihat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Ramai sahabat-sahabat saya yang baru berkahwin dan sedang mengandung. Almaklumlah, kita ni anak dah 4 tahun. Bila dengar kawan-kawan mengandung, excited rasanya. Lepas tu, ramai pulak yang tanya kita macam-macam perihal mengandung ni.Jadinya, saya fikirkan lebih baik saya tuliskan info-info mengandung, berpantang dan menyusu ni untuk rujukan sahabat-sahabat semua.

Hari ni, saya kongsikan persediaan buat sahabat-sahabat yang merancang untuk mengandung.

1. Rancangkan rawatan antenatal (follow-up mengandung) dari awal.

Penjagaan kehamilan dari awal adalah penting untuk perkembangan kesihatan bayi dan juga ibu. Emosi bayi bergantung pada emosi ibu. Masa ni kena pilih nak buat follow up di Klinik Kesihatan atau di mana. Kalau pilih Klinik dan Hospital Swasta, dah boleh tanya-tanya Doktor yang berkenan di hati.

Saya selesa Klinik Kesihatan (KK). Sebab ada pengalaman tak seronok di Klinik Swasta. Insyirah adalah kandungan kedua saya. Saya pernah keguguran. Jadinya, saya sangat cerewet pilih Klinik. Lagi satu, saya berpendapat, Klinik Kesihatan lebih banyak pengalaman. Lagipun, masa mengandung dulu, saya ada masalah HB rendah yang agak teruk.

Apa pun, pasangan ibu & ayah pilihlah yang terbaik.

2. Makan dengan baik

Tiada istilah "makan untuk dua orang" semasa mengandung. Keperluan tenaga tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Tapi, sangat penting untuk ambil diet yang seimbang. Pastikan cukup sayur, buah, karbohidrat, serat dan protein.

Ramai ibu, terlalu melayan perasaan mabuk dan mengidam. Mengidam perlu dikawal ye. Kalau setiap hari mengidam makan manis-manis, sangat sangat perlu dikawal. Takut-takut kencing manis yang datang.

3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan

Antara jangkitan yang selalu dihidapi ibu mengandung seperti Salmonella dan Toxoplasmosis. Jangkitan salmonella boleh berlaku disebabkan memakan daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau yang separa masak.

Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman.

4. Mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.

Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).

5. Bersenam selalu

Tradisi banyak mengatakan, ibu mengandung perlu banyak berehat. Berehat bukan bermaksud duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Ibu mengandung masih boleh melakukan senaman yang sesuai untuk ibu mengandung. Berhubung dengan mereka yang bertauliah.

Senaman yang betul membantu anda membina ketahanan untuk menampung berat bdan yang bertambah. Senaman juga membantu anda lebih ceria semasa mengandung.

Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat.

6. Mula lakukan senaman lantai pelvik

Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.

Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Baca artikel kami mengenai senaman lantai pelvik semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan betul.

7. Hadkan pengambilan alkohol


Sebab sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta.

Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.

8. Kurangkan pengambilan kafein

Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.

Sama seperti alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Alternatif yang segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.

9. Berhenti merokok
Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah.

Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik. (Baca nasihat lanjut mengenai bagaimana untuk berhenti merokok semasa kehamilan.)

10. Lebihkan berehat

Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.

Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau cari lahhh bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.


Saturday, March 21, 2015

Set Menyusu Popular

Assalamualaikum.

Sempena promo ESP ni ramai pulak yang bertanya saya Set Menyusu Shaklee. Apa tidaknya, kalau google asyik keluar Shaklee saja. Tahniah ibu. Anda memang bjak bila melabur untuk anda dan bayi anda. 

Set Menyusu Shaklee terdiri daripada ESP, Vita-Lea With Iron Formula, Alfalfa Complex, Vitamin C, Ostematrix dan B Complex.



Sebenarnya, bila dilihat, Set Menyusu ni hampir sama dengan Set Hamil dan berpantang. Beza kerana ada Alfalfa Complex sahaja. 

Sebenarnya perlu ke Set Menyusu ni? Mari kita lihat siapa yang memerlukan Set Menyusu Shaklee.
  1. Ibu mempunyai masalah kesihatan semasa mengandung. Cth: Anemia
  2. Ibu yang sering keletihan
  3. Ibu mempunyai masalah-masalah penyusuan
  4. Ibu mahu mula menyimpan stok
  5. Ibu mahu anak mudah lena malam
  6. Ibu yang sedak relaktasi atau induce lactation
  7. Ibu yang tiada masalah apa-apa. Hanya mahu memastikan diri terjaga. :)
Mari kita liha satu-satu fungsi setiap Supplement.

ESP (Energizing Soy Protein)
  • Protein adalah makanan sel. Setiap serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya.
  • Protein penting untuk membantu kenjalan kulit dan payudara
Vita-Lea With Iron Formula
  • Budaya kita menekankan untuk ibu-ibu berpantang semasa menyusu bayi. Ada yang berpantang 4bulan. Ada yang sehingga setahun malhan sehingga 2tahun. Pengambilan Vita-Lea dapat membantu ibu-ibu mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.
  • Vita-Lea memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Alfalfa Complex
  • Produk yang sangat popular sebagai milkbooster ini dihasilkan dari tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. 
Vitamin C
  • Vitamin C bertindak sebagai anti-oksidan dan juga imun booster kepada ibu dan bayi.
  • Vitamin C juga membantu penghasilan Kolagen. Kolagen membantu pembentukan kulit yang halus mulus dan anjal.
  • Juga membantu penyerapan vitamin dan mineral dengan lebih baik. 
Ostematrix
  • Wanita sinonim dengan Osteoporosis. Menyusu  menyebabkan kekurangan kalsium. jadi, Ibu menyusu  digalakkan mengambil lebih kalsium setiap hari. 
  • Selain Osteoporosis, kekurangan kalsium mengakibatkan lenguh sendi, kebas, sakit pinggang dan juga keletihan.
  • Pastikan anda ambil Kalsium yang mengandungi Vitamin D. Vitamin D bantu penyerapan kalsium dalam tubuh.
B Complex 
  • B Complex mengandungi semua 8 vitamin B yang diperlukan tubuh termasuk Acid Folic. 
  • B Complex membantu meningkatkan metabolisme da menukarkan makanan epada tenaga, membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai  penenang. Salah satu kejayaan penyusuan adalah ibu yang ceria. Lebih tenang dan ceria siibu, lebih hormon oxytocyn dirembeskan.  
Begitulah sedikit sebanyak berkaitan Set Menyusu  Shaklee. memang ramai yang sudah berjaya dengan Set Menyusu ini. Set ini terbukti membantu ibu lebih sihat dan cergas sekaligus menghasilkan susu dengan lebih mudah.

Harus diingat. Kejayaan utama Penyusuan Susu Ibu adalah Konsep Demand & Supply. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu dihasilkan. Selaim itu, berdoalah kepada Allah. Allah pemberi rezeki kepada makhlukNya. Ini adalah petikan doa yang saya jumpa. 


Boleh hubungi saya untuk pembelian dan konsultasi percuma.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*  
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan 

Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Wednesday, March 18, 2015

Soya Non-GMO, Sumber Protein SIhat

Assalamualaikum semua

Anak sedang tidur, laju-laju update blog.  Saya tahu anda baca blog saya. Sebab, setiap hari ramai je yang singgah blog. Sebab anda rajin singgah blog, maka semakin bersemangat saya nak hapdate blog. Terima kasih uols! Mmmuah! Hihihihi.

Ok. Akhir-akhir ini ramai pulak yang tanya saya tentang isu Soya Bahaya. Serius, saya tak suka kontroversi. Jadinya, saya jarang nak update tentang kontroversi. Tapi, sebab ramai pulak yang tanya. Saya tulis sini. Nanti kalau ada yang tanya, saya tepek je link blog saya. Mudahkan?

Antara soalan yang selalu ditanya adalah.
Selamatke soya ni? Bukan ke soya ni PUNCA KANSER?
Ohoi. Tersedak saya! Selama saya tahu, antara makanan punca kanser adalah makanan yang tidak sihat.


Ini antaranya saja. Tapi, memnag soya belum masuk dalam senarai makanan penyebab kanser.


Setakat ni, selalu kita dengar, produk berasaskan soya seperti Tempe, tauhu dan air soya adalah makanan yang menyihatkan. Saya peminat tempe, tapi saya tak berapa minat tauhu dan air soya. Jadinya, masa mula-mula ambil keputusan nak minum ESP, saya cuma nak tahu khasiat sahaja. Tak tanya pon my upline. Minuman ni bagus ke tak untuk pesakit kanser. Masa tu, cuma fikir nak cari minuman penambah tenaga. Ha la nak jadi Superwomen kan. Awal-awal minum ESP, saya hanya fikir nak bagi dia bertambah sedap. Maka, saya pon cubalah resepi-resepi di sini.

Bila muncul soalan-soalan dan isu-isu berkaitan soya, barulah saya nak study pasal isu nih.
ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones
Perkara yang nak dibincangkan adalah Soya-Non GMO. Ada beza ye Soya Non-GMO dengan Soya-GMO. GMO(Genetically Modified Organism) adalah makanan yang diubah secara genetik. 

Maksudnya?
Maksudnya, dah diubah genetiknya. nak bagi mudah faham macam ni. Kalau biasa buah tu 6 bulan baru boleh tuai, tapi bila da diubah, dia mungkin jadi 3 bulan sahaja. Sekarang, terlalu banyak makanan yang GMO. Sebab tu lah mereka yang berkemampuan akan memilih produk-produk organik. Bagi yang rajin pula, akan tanam dan ternak sediri. Tapi, Shaklee memang claim Soya yang digunakan untuk ESP adalah Non-GMO. 

Pinjam gambar Master Farah Wahida
Ini gambar di canister ESP. Shaklee memang claim ESP ni adalah dari Soya Non-GMO dan di bawah Identity Presevation Program (IPP). Kacang Soya ini  dipantau dengan teliti dari proses menanam, menuai, hinggalah pemprosesannya hingga menjadi ESP. 

Lepas tu, nanti customer akan tanya lagi. Kalau produk tu Non-GMO kenapa pulak?

Haaaa, ni nak jawab nih. Ramai yang tak-tahu. produk-produk GMO ni boleh menyebabkan allergy, toxic dan juga potensi menyebabkan kanser (banyak lagi sebab kanser). Antara makanan tinggi potensi GMO addalah jagung dan soya. Jadinya, nak beli soya sila belek botol atau tin masing-masing. ada tak, dia claim produk tu Non-GMO. Kalau tak ada, meh lah tukar ke ESP. Nak beli, boleh contact saya. Free consultation. Hehehe.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan

Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Thursday, March 12, 2015

Jubah Delaila

Assalamualaikum semua. Selamat Pagi.

Hari ni, saya akan masukkan lagi koleksi Jubah di INN House. Yang ni pasti jadi pilihan ibu-ibu menyusu di luar sana. Keep reading k.

Cantik kan? Warnya pastel lembut.

READY TO WEAR (RTW) LOCAL TAILOR MADE

Tema warna pastel yg sgt menawan & menggunakan kualiti fabrik yg terbaik
✔Material: Valentro Eumo Heavy Satin. Fabrik berunsur "mewah" yg menyerlahkan penampilan elegant seseorang.
✔Senang dijaga. Senang iron. tak mudah kedut.
✔Jatuh, flowy dan breathable.
✔Princess cut. Jadi tak melekap dan tak ketat di punggung.
✔Direka khas utk wanita muslimah. Terutamanya kaum ibu.
✔Jubah ini dilengkapi dgn aplikasi #nursingfriendly = Bahagian dada dilengkapi zip utk memudahkan ibu2 breastfeed their baby
✔Zip kiri kanan tangan yg untuk kemudahan berwudhuk.
✔Sangat sesuai juga untuk ibu mengandung.
✔Corak di lengan adalah dari material sutera Vietnam. Memang unik dan lain dari yg lain
✔Rekaan eksklusif ini adalah koleksi original dan eksklusif @eljameelarannea. setiap design dihasilkan tidak lebih dari 30 helai.
✔Kami hadkan pengeluaran dan tiada ulangan cetak. Jadi item tersebut adalah hak eksklusif anda yang bertuah
✔Dijahit dengan teliti dan kemas. Kualiti jahitan butik. Ia adalah local tailor-made. Boleh bezakan dgn kualiti jahitan kilang

-Saiz tersedia: S.M.L.XL

Ini pula ukuran saiznya.

PRICE: RM169
POSTAGE:

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Wednesday, March 11, 2015

Atasi Sakit Lutut & Sendi Dengan Shaklee

Assalamualaikum semua.
 

Selalu kita dengar orang tua yang sakit sendi, sakit lutut kan? Tapi, sebenarnya ramai je yang sakit sendi, sakit lutut, lenguh pinggang, kaki kejang macam-macam lah yang berkaitan sendi & tulang nih.
 

Tak kira muda atau tua, boleh kena sakit sendi & lutut. Kalau asyik lenguh sana sini. Bergerak ada bunyi "kruk-krak, prak-pruk, kluk-klak" kemungkinan besar ada masalah lutut.
 

Ramai yang bertanya saya set yang sesuai untuk masalah nih. Kebanyakkannya belikan untuk ibu ayah mereka. Alhamdulillah. Seronok saya mendengarnya.
 

Setakat nih, customer saya puas hati dengan set sendi Shaklee ini. Salah seorang pelanggan tetap  saya adalah Atok Mak saya. Mak Cik saya yang hadiahkan set ini untuk beliau. 

Kisahnya, lutut atok saya ni sakit. Nampak macam bengkak. Tapi doktor kata bukan gout. Nak jadi cerita asyiklah dia membeli ubat lutut sana sini. Tapi, sakit tak juga hilang. Belum diizin Allah untuk hilang. Sembahyangnya duduk di kerusi. Bila nak bangun dari kerusi rasa sakit kat lutut tu. Jalannya pon terganggu.
 

Bila saya balik kg, saja saya cerita pasal Set Sendi ni. Saya ceritakan testimoni-testimoni sahabat-sahabat Shaklee saya sendiri.
 

Alhamdulillah, Atok Mak saya setuju untuk cuba. Selepas sebulan, Mak saya telefon. Katanya, jalan Atok dah elok. Sembahyang pon dah tak payah pakai kerusi. Sakit sikit-sikit masih ada. Tapi, tak seteruk dulu.
 

Atok order lagi set sendi. Kali nih, Mak Cik saya yang sponsor. Dia seronok bila tahu Atok semakin sihat.

Inilah Mak Cik saya. Dia kongsikan testimoni Atok saya aka Bondanya.

Haaa inilah Set Sendi yang saya cakap tuh.
Set Sendi Shaklee ada:

Omega Guard sebagi anti inflamasi

Advanced Joint Health Tablet membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat

Ostematrix mengekalkan set tulang yang sihat.
Boleh hubungi saya untuk dapatkan Set Sendi & konsaltasi percuma.


*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan

Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

Tuesday, March 3, 2015

Kenapa Saya Pilih Homeschool



Assalamualaikum semua, hari ni saya nak kongsi pasal Homeschool Insyirah. Dah masuk bulan 3 dah. Baru sempat nak kongsi pasal Homeschool Insyirah nih.

Di kalangan rakan-rakan saya, homeschool lebih terkenal untuk pendidikan awal kanak-kanak. Tapi, sebenarnya homeschool ni boleh dijalankan untuk anak sekolah rendah & sekolah menengah.

Ada 3 jenis homeschool.
1. Ibu bapa ajar anak mereka di rumah
2. Beberapa keluarga berkumpul dan mengajar anak-anak mereka
3. Satu satu pusat yang mengamalkan teknik & silibus homeschool.

Bagi ketegori Insyirah ia termasuk ketegori antara point 2 & 3. Saya dan family Puan Husnil berpakat untuk homeschool anak kami. Kami spesifik tempat di rumah Puan Husnil.

Ramai yang tanya saya kenapa saya pilih homeschool berbanding Tadika? Ini adalah antara sebab-sebab saya.

- Insyirah umur 4 tahun dan saya WAHM.
Itu adalah sebab utama saya pilih homeschool.

4 tahun masih umur yang perlu banyak bermain
= Saya percaya, anak-anak umur 4 tahun dunianya adalah bermain & bermain. Umur ini sesuai dengan method playschool. Tapi, kami tak jumpa playschool di kawasan sekitar kami. Kalau tengok di bandar besar pula, yurannya agak mahal. Kami tak mampu.

2. Saya Work At Home Mom
= Sebenarnya saya dah mulakan homeschool sejak Insyirah bayi. Saya mulakan dengan flashcard Hijaiyyah. Rangsang motor halus & kasar. Cuma semuanya terbantut sebab faktor kesihatan saya.

Setahun kebelakangan ni saja saya kembali mulakan homeschool. Tapi, Insyirah asyik mahu ke sekolah. Kebetulan jumpa PuanHusnil yang juga kawan Universiti saya. Dia memang homeschool anaknya di rumah. Lalu, saya berpakat dengan dia untuk homeschool anak-anak kami dan dia sebagai guru.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab ramai orang mahu homeschool anak-anak mereka. Mungkin gambar ini juga antara sebab-sebab anda 😉




Setakata 2 bulan nih saya berpuas hati dengan perkembangan Insyirah.

Kelebihan Homeschool Puan Husnil ini:
✔ Gabungan pendidikan Islam dalam Bahasa, Sains dan Matematik
✔ Belajar dalam bentuk santai & alami
✔ Pendidikan melalui kemampuan Pelajar bukan umur
✔ Beliau cuba wujudkan suasana pembelajaran Islami
✔ Terapi Al-Quran & Zikir
✔ Tumpuan utama diberikan kepada pembentukan sahsiah & akhlak

P/s: Setakat nih, Hanya Insyirah dan 2 orang anak Puan Husnil sebagai pelajar. Ada tak mommy2 di luar sana berminat? Mungkin boleh tambah 2 orang lagi sebagai pelajar. 😉


Monday, March 2, 2015

JUBAH PREMIUM ANNISA PERMULAAN MAC 2015

Assalamualaikum semua...
Alhamdulullah, Jubah Fellina yang lepas ramai sangat peminatnya.

Stok sudah licinnn.

Kali ini, ada koleksi jubah yang baru. Cantik & elegant.


Keistimewaan jubah:
✔ Material quality koshibo. Tak tebal. Senang gosok. Sesuai dipakai utk cuaca Malaysia. Flowy dan tidak terlalu berat.
✔ Hidden front zip utk kemudahan menyusukan anak dan juga
✔ Hidden zip di pergelangan tangan utk kemudahan mengambil wudhuk.
✔ Ada zip belakang (Total zip ada empat zip)
✔ Dwi warna yang dijahit secara selang seli.
✔ Cutting Princess cut. Tidak ketat di punggung.
✔ Rekaan eksklusif ini diserikan dgn sequin bermutu tinggi. Anggun dan istimewa -Setiap helai dijahit dengan teliti dan kemas. Kualiti jahitan butik. Ia adalah local tailor-made.
Boleh bezakan dgn kualiti jahitan kilang -

EKSKLUSIF! Kami hadkan pengeluaran setiap jenis corak antara 30-50 pasang sahaja. Tiada ulangan cetak. Jadi item tersebut adalah hak eksklusif anda yang bertuah :)
✔ FREE alteration utk ready stock (labuh sahaja)


Cantik kan? Berminat untuk order? Rujuk carta saiz dan order sekarang!

-Saiz S hingga XXL (READY STOCK)
-Saiz XXXL hingga 6XL (PRE-ORDER ONE WEEK ONLY. Custom made ikut saiz anda.)

HARGA ISTIMEWA KAMI:
With sequin
Saiz S to XXL RM159
Saiz XXL and above RM175

Without sequin
Saiz S to XXL RM139
Saiz XXL & above RM149

NANTII!!!!
Tahu tak? Anda boleh tempah sedondon dgn anak juga ;)

HOW TO ORDER?
SMS/ WhatsApp
018-2349882
Email: hajjar07@gmail.com