Kemanakah resolusi tersebut???
Setelah hampir seminggu berkampung di Batu Pahat, akhirnya pulang ke Pulau Mutiara untuk menyambung kembali tugas-tugas sebagai pelatih amali. Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia menyaksikan beribu macam ragam.
Penulis akan cuba menulis dari sudut perspektif penulis sebagai mahasiswa. Memandangkan tidak ada borang survey untuk menilai keberkesanan program. Penulis akan cuba mengkritik perjalanan program supaya adanya penambah baikkan. Biasalah tidak ada yang memuaskan hati semua pihak.
Program yang seharusnya dijadikan medan untuk semua perwakilan mahasiswa berbincang satu resolusi yang patut disepakati untuk dibawa ke pihak Kementerian Pengajian Tinggi dirasakan kurang keberkesanannya. Satu resolusi yang sepatutnya diputuskan secara masak tidak berjaya dilakukan. Akhirnya kami sendiri tidak mengetahui mana satukah resolusi yang akan dipilih untuk dibawa ke pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Keputusan diserahkan kepada YDP-YDP dan Presiden semata-mata. Program selama 5 hari tidak mampu mendapat satu resolusi terbaik. Bagi penulis, mendapat satu resolusi yang terbaik adalah perlu kerana kita adalah golongan pemimpin mahasiswa. Keputusan yang akan kita pilih nanti penting supaya natijahnya nanti akan membawa kebaikan kepada semua pihak terutamanya semua mahasiswa IPTA.
Penulis juga dimaklumkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi hanya menghantar wakil bagi menerima resolusi tersebut. Penulis hanya berbaik sangka bahawa atas sebab-sebab yang munasabah hanya wakil sahaja yang dihantar bukan menteri atau timbalan menteri. Bagi penulis kehadiran menteri atau timbalan menteri itu menunjukkan pihak kementerian bersungguh-sungguh untuk melaksanakan resolusi tersebut.
Sudahlah perbincangan yang tidak masak, pemilihan resolusi yang dihantar ke pihak KPT juga kami tidak tahu. Penulis juga ada mendapat respon dari beberapa perwakilan mahasiswa bahawa mereka sendiri tidak jelas terhadap matlamat Konvensyen Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan ini diadakan. Bagi penulis, jika hal ini terus berlarutan bagi sidang kepimpinan MPP selepas ini program sebegini hanyalah satu program yang manjadi tempat mpp berkenalan sesama sendiri bak kata Ayahnda.
semoga next konvensyen akan ada perubahan
ReplyDelete