"Mahasiswa teras pembangunan modal insan cemerlang"
Satu ungkapan indah yang sekali gus mengangkat mahasiswa sebagai satu peranan penting dalam memastikan modal insan cemerlang. Apabila kita mengatakan tentang modal insan kita akan kembali mengenang kepimpinan Pak Lah. Modal insan cemerlnag merupakan seruan Perdana Menteri kita yang ke-5 pada zaman pemerintahannya. Disulam dengan Islam Hadhari pada masa itu Pak Lah diharapkan bakal mengubah senario yang berlaku di Malaysia pada ketika itu yang semakin sarat dengan kebejatan sosial dan keruntuhan moral dan mencarik norma-norma manusia.
Namun, setelah berlalunya fasa kepimpinan Pak Lah dilihat semakin meruncing dan menjadi-jadi pula masalah sosial negara kita. Masalah Mat Rempit yang menjadi-jadi. Isu ragut yang merenggut nyawa. Dan masih lagi meningkat masalah keruntuhan akhlak bukan sahaja remaja malahan seluruh usia rakyat Malaysia. Apakah ini natijahnya modal insan yang dilaungkan? Apakah ini Hadharinya Islam yang dibawa? Mahasiswa dan rakyat yang celik akalnya pasti mampu menilai disebalik smeua ini. Boleh di sini saya katakan, modal insan dan juga Islam Hadhari itu tidak lebih sekadar satu agenda politik semata-mata dan juga lebih senang kita fahami retorik semata-mata.
Namun, setelah tampuk pemerintahan itu berubah, datuk Seri Najib pula menyatakan seruan Satu Malaysia bagi menyeru rakyat Malaysia supaya bersatu padu. Tiada lagi Melayu, Cina dan India atau apa-apa kaum yang lain semuanya Satu Malaysia. Baru-baru ini mahasiswa telah diminta untuk melaksanakan projek atau program berkaitan Satu Malaysia supaya idea Satu Malaysia ini dapat difahami oleh semua mahasiswa kampus. Namun, jika ini juga sekadar satu agenda politik, tidak mustahil tragedi 13 Mei bakal berualng kembali natijah satu seruan berlandaskan agenda politik yang mnegaburi mata mahasiswa dan rakyat marhaen.
Satu kertas kerja yang dibentangkan oleh YDP Majlis Perwakilan Pelajar universiti Sains islam Malaysia di Konvensyen Majlis Perundingan Pelajar kebangsaan baru-baru ini yang mencadangkan subjek Pengajian Islam di Universiti perlu diteliti dan ditimbang-timbangkan untuk dilaksankan secepat mungkin. Namun untuk sekadar mengharap subjek Pengajian Islam sebagai satu wadah menangani kebejatan sosial di universiti itu sendiri amatlah tidak patut. Apalah maknanya jika penghayatan itu tidak ada. Pelajar itu akan keluar ibarat tin-tin kosong yang tidak bermakna buat masyarakat.
Jika kerajaan yang memerintah masih lagi bermain-main dengan agenda politik dalam menengani hati rakyat, semua yang dirancang ibarat sia-sia belaka.
No comments:
Post a Comment