Saturday, June 27, 2009

Selamat Datang Pelajar Universiti Sains Malaysia


Hari ini Universiti Sains Malaysia telah menerima lebih 2000 pelajar yang berdaftar sebagai mahasiswa dan mahasiswi Universiti APEX. Keadaan jalan yang sesak sejak awal pagi berikutan semua ibu bapa ingin menunggu anak mereka sehingga selesai semua urusan. Namun, dapat dilihat keadaan sepanjang hari pendaftaran ini berjalan lancar. Sebagai salah seorang Exco MPP, saya juga berkesempatan meninjau keadaan sekeliling. Sempat beramah mesra dengan penjaga dan beberapa pelajar baru. Sempat menghulur bantuan mana yang termampu.

Biasiswa Nasional

PUTRAJAYA 27 Jun – Kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan.

Mengumumkan perkara itu malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian semula pengagihan biasiswa JPA itu menetapkan hanya pelajar yang meraih keputusan peperiksaan terbaik sahaja akan memperoleh biasiswa tersebut tanpa mengira kaum dan agama.

‘‘Kerajaan akan umumkan tahun depan (dan bukannya tahun ini), lebih-lebih lagi kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) baru sahaja mengumumkan had subjek yang perlu diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (10 subjek).

‘‘Jadi, siapa yang dapat biasiswa ini nanti adalah pelajar terbaik di antara yang terbaik. Inilah hasrat kerajaan yang mana rakyat didahulukan, kita mesti mengambil kira pertimbangan rakyat (seluruhnya),” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam anjuran MCA dan pertubuhan-pertubuhan komuniti Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Utusan Malaysia

MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'

Jimadie Shah Othman | Jun 27, 09 1:03pm
Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.

"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."

Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.

Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin.

Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.

Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.

Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.

Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.

"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.

"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.

Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.

"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.

"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.

Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.

"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja.

"Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.

Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.

Malaysiakini

Monday, June 22, 2009

WHAT WILL HAPPEN TO THE ENVIRONMENT IF THERE IS NO ENVIRONMENTAL LAW?

After the Stockholm Conference on 5th-16th of June 1972, an Environmental Quality Act was debated in the Parliament and it was gazette as the Environmental Quality Act in 1974. Why must they debate on the environmental law and legislation? It is because the environmental law is too important to our life especially to our future generation.

Look at one situation during the Renaissance era at Europe. At that time also we called the Industrial Revolution where the people inquire to make an establishment to their country. The establishment process is good for them at that time where they want to improve their life. We can see them eager to colonize the other country and also doctrines people outside about their idealism. They free to do anything as long as it is good to themselves especially to their economy.

During the Industrial Revolution, they create new thing according to the new technology. They build motorcar, aeroplane, factory and the others thing that actually contributed to the problem in our environment. People at that time do not think about the future generation and the sustainability of the environment. What they done just to fulfill their want.

The bad effects of the Industrial Revolution are they build too many factories uncontrolled that contributed to the air pollution. They also create motorcars that also contributed to the air pollution. Where at that time they do not focus about the fuel burning that can caused air pollution and others. They also open land for agriculture uncontrolled that caused them burned the forest and others.

From the short history that I’ve tell above can be the strong evidence why the environmental law is important. It is normal to the human being when they want more than what they can get. Human being is synonyms with the word ‘GREEDY’. Greedy make them forget what they should done. This bad attitude cause too much destroyed in our world. There is also no law and regulation that the society can follow during the Industrial Revolution. That is the major problem at that time.

The law is important. But the law that created for the importance of some side or groups should be annulled. While the environmental law that have gazette should be followed by the society. Just think about our future generation and we will do the good manners to our environment.

For the conclusion, I can say that the environmental law is too important. Even though I’m not writing down the Environmental Quality Acts (1974) here, I hope all can understand why the environmental Law is too important according to the short history that I wrote above about the effects of the Industrial Revolution. Men are both creature and moulder of his environment. So, think and choose what you want to your environment.

Saturday, June 20, 2009

I'm a big big girl...




I wish to be a big big gn this big big world. even though u're not by my side. I still have Allah..but i really do miss u dad. don't know why i do really mis u rite now. Dad, may Allah bless u always. Dad, u're the best.

Monday, June 15, 2009

Selamat Hari Bapa



Selamat Hari Bapa. Mungkin belum terlambat. Baru ada masa untuk upload dalam blog. Semoga Ayah bahagia di sana. Moga kami anak-anakmu menjadi anak yang soleh solehah. Aamiin.

Friday, June 5, 2009

IKTIRAF PERANAN MAHASISWA

ktiraf pandangan mahasiswa

PULAU PINANG 4 Jun - Pandangan mahasiswa secara individu harus diambil kira sebagai langkah untuk memperkasakan sesebuah universiti termasuk membentuk perancangan, keputusan dan dasarnya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu wajar dijadikan alternatif ke arah membentuk satu kehidupan yang lebih baik dan bermanfaat di universiti.

Beliau berkata, setiap pandangan yang disalurkan melalui medium dan pelbagai sumber seperti surat, Internet, e-mel, laman web sosial seperti Facebook dan juga melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan persatuan di peringkat universiti adalah baik.

''Konsep rakan kepemimpinan antara mahasiswa dan pentadbiran universiti perlu dipopularkan di universiti tempatan dengan mengiktiraf semua pendapat tidak kira daripada MPP atau pun individu.

''Melalui konsep itu, semua pihak dapat bekerjasama dalam membuat satu keputusan terbaik dalam merancang aktiviti universiti dan mahasiswa.

''Ia secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Mentor di Pusat NADI, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Program mentor ialah program sokong bantu yang mana seorang kakitangan berpengalaman menjadi perunding dan pembimbing kepada kakitangan universiti, ahli keluarga mereka dan kalangan pelajar yang memerlukan bantuan psiko sosial.

Beliau berkata, sumbangan yang dimainkan oleh suara mahasiswa juga menjadi matlamat utama mengapa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda.

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...