Saturday, September 12, 2009

1Siswa, 1Malaysia: kemampuan mahasiswa USM dipersoal

Oleh: Sumayyah Suhaimi
MINDENHEIGHT, 11 Sept. | Exco Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) Siti Hajjar Hassan mempersoal kemampuan mahasiswa untuk menjayakan gagasan 1Malaysia, ekoran mereka sendiri dikatakan tidak jelas tentang gagasan itu.
“Kebanyakan mahasiswa sekarang tak jelas gagasan 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri Malaysia (Dato’ Seri Najib Tun Razak).Jadi, bagaimana mereka boleh realisasikan gagasan ‘1siswa, 1Malaysia’?”
Jelasnya lagi, sikap terus menerima apa jua dasar kerajaan tanpa terlebih dahulu menilai dasar-dasar tersebut disebabkan mahasiswa tidak tahu peranan masing-masing.
“Mahasiswa merupakan agen ‘check and balance’ kepada pemimpin negara. Jadi, kita perlu kritik idea-idea mereka, bukan terus terima bulat-bulat gagasan 1Malasyia.”.
Beliau yang bertanggungjawab mendraf gagasan ‘1Siswa, 1Malaysia’ mengajak seluruh mahasiswa berani mengkritik sebarang gagasan (termasuk 1Malaysia), tanpa mengira ianya datang dari jalur pemerintah atau oposisi.
Bercakap pada sidang media diPusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, di sini, beliau mendakwa sokongan membuta-tulis mahasiswa terhadap gagasan itu sebagai kosmetik dan retorik.
“Bagi saya, resolusi yang dicapai, (dan) dihantar kepada Kementerian (Pengajian Tinggi) hanyalah sekadar satu retorik.”
“Ia suatu kosmetik agar Najib melihat ia (resolusi MPPUSM) suatu sokongan kepadanya.”
Gagasan 1Malaysia mula diperkenalkan kerajaan Malaysia selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak dimahsyurkan sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia.
Pengenalan gagasan itu, sekaligus menenggelamkan beberapa gagasan Perdana Menteri sebelumnya seperti Islam Hadhari oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi; dan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad. -END

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt saudari Siti Hajar.

    1Siswa 1Malaysia. Saudari ada masalahkah dengan konsep dan gagasan ini? Tidak faham? Atau lambat untuk faham?

    Saudari barangkali cuba mempertingkaikan konsep dan gagasan ini. Tetapi saudari sudikah untuk faham dahulu bahawa ia bermula sebagai satu idea. Langkah pemurnian idea itulah yang kini sedang dilaksanakan. Sudah tentu idea baru, atau teori2 baru tidak dapat diterima sepenuhnya ketika ia mula-mula ditimbulkan. Sudah pasti ada yg tidak faham, skeptikal bahkan langsung menolak.

    Tetapi adilkan untuk terus menghukum sedemikian rupa? Jika tidak faham, saudari patutnya mencari sumber untuk memahaminya, bukan terus berhujah. Penghujah yg baik ialah bila ia sedia mendengar dahulu dan menilai.

    Kita baru hendak bermula, baru mencipta padang gelanggang kita sendiri. Kita yang hendak bermain di padang tersebut. Kita acuankannya mengikut pemain-pemain yg kita ada. Jika set pemain yg kita ada itu diajar dengan betul, dilatih dengan tepat, pastinya permainan yg berkualiti dapat dipersembahkan.

    Ambil masa saudari untuk memahami konsep idea dan gagasan 1Malaysia terlebih dahulu. Banyak sangat sumber yg ada. Kalau nak lagi cantik, boleh rujuk Dewan Masyarakat isu September. Bahasanya mudah sekali untuk difahami. Dari situ saudari akan faham apa dan kenapa konsep 1Siswa 1Malaysia diperkenalkan di dalam kampus, insya-Allah.

    Buka mata, celikkan hati.

    Assalamualaikum wbt.

    ReplyDelete

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...