-->
Muqayyam atau liqa' mahabbah antara sahabat muslimat Jumaat lepas meniggalkan memori bermakna. Tambahan inilah semester terakhir Kak Azhani, Kak Farah dan Kak Wana bersama kami. Moga ada kebaikan untuk kalian. Maaf kerana menjadi adik yang kurang prihatin buat kalian.
Kreatif??
Malam itu kami berkumpul untuk bermain 3 permainan. Aku tertarik permainan ke dua di mana sahabatku Zuraida menyuruh kami menampal salotape setinggi mana yang kami mampu. Terhibur melihat sahbat-sahabt melompat setinggi yang boleh untuk menampal di dinding. Terlihatkan adik Sawal yang memanjat besi tingkap memeberi aku idea. Aku pun memanjat besi tingkap. Tapi aku letakkan pita di siling. Hurm...Waktu itu, tiada arahan mengatakan ahanya kawasan dinding sahaja. pada waktu itu juga siling yang paling tinggi. Jika bumbung rumah mampu aku naik, mahu sahaja aku lekatkan di situ.
Selesai sudah, Zuraida menyuruh sesiapa membuat kesimpulan.
" Kita pasti mampu melakukan jika kita fikir kita boleh lakukan."
"Tidak ada yang mustahil jika kita ingin melakukan sesuatu."
Aku juga berkata," Untuk mencapai kejayaan, kita perlu kreatif."
Bagi aku, kenapa perlu bersusah jika kita punya satu pilihan senang untuk mencapai sesuatu. yang paling penting adalah kita juga perlu kreatif dalam membuat sesuatu perkara bagi menghasilkan impak yang besar.
Think out of the box'.
Kita mengakui kepentingan untuk berfikir lain dari yang lain atau selalu kita sebut 'Think out of the box'.Namun, sejauh manakah kita cuba untuk melakukannya. Untuk melakukan tidak semudah untuk menyebutnya. Kita selalu didalam satu pemikiran yang lama. Idea yang lama. perkara yang selalu kita lakukan.
Apakah kita takut untuk melakukan sesuatu yang baru atau keputusan idea?Rasa selesa dengan cara yang lama? Rasa yakin dengan apa yang kita yakini? Atau kita memang seorang yang berpegang pada sesuatu yang kita yakini benar sehingga kita tidak mahu mengubahnya?
Keputusan idea bolrh ditasi dengan banyak membaca bahan yang pelbagai. Boleh juga berbincang dengan sahabat yang mempunyai pemikiran yang berbeza dari kita. Boleh juga berbincang dengan sahabat yang tidak duduk dalam suasana kita, supaya idea dia tidak terpengaruh dengan suasana kita.
Rasa selesa dengan yang lama perlu dilihat semula. Apakah rasa selesa itu sudah membuatkan kita keluar dari keadaan itu. Rasa selesa itu cukup bagus dengan suasana kita?Pandangan dari pihak ketiga yang tidak berautoriti amat perlu. Komen dari mereka perlu kita nilai. Oleh itu, jangan cepat melenting jika orang menkritik kita.
Keyakinan kita terhadap sesuatu perlu kita hujahkan kembali dengan orang yang berbeza pemikiran. Perlu kita tanyakan pendapat mereka yang telah berjaya di zaman kita tapi ditempat berbeza. Adakah apa yang kita pegang benar-benar perlu dipertahankan atau sebeanrnya boleh sahaja kita mengambil yang lain supaya kita tidak menyalahkan orang lain yang berbeza dengan kita.
Bagi aku, setiap generasi perlu mencipta kejayaan dalam zamannya dengan ideanya yang tersendiri. Perkara yang dilakukan perlu sesuai di zaman itu. Jika musuh sudah sedia untuk melancarkan perang dengan alatan perang yang moden dan segar. Apakah kita masih lagi ingin menggunakan pedang. Benar, nusrah Allah past bersama orang-orang yang beriman dan yakin padanya. Namun, ingatlah,
Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (QS Ar-Ra`du [13]: 11).
Mengikuti Sunnah??
Sesuatu yang dilakukan perlu mengikuti sunnah. Sunnatullah atau Sunnah Rasulullah?? Perkara ini perlu dibincangkan semula. Teringat penulisan Ustaz Hasrizal berkaitan Sunnatullah dan Syari'atullah dalam perkahwinan. Jika Syari'atullah dijaga sehigga melupakan Sunnatullah, perkahwinan itu juga akan ada masalah. Apakah kita membaca dan cuba untuk mengaplikasi dalam kehidupan yang lain?
Ketegasan kita untuk mengikuti Syaria'tullah dengan mengabaikan sunnatullah amat malang sekali. Sedangkna kedua-dua ini saling melengkapi. Apakah memakai pakaian yang suram gelap itu mengikuti sunnah?Hingga menyebabkan yang lain rasa " Apakah ini islam? Apakah ini perlu aku lakukan untuk membawa Islam?"
Teringat penulisan di dalam buku Bidadari Dari Timur, Tuan Guru Nik Aziz yang seorang Ulama' pernah menyatakan bahawa pemakaian yang berwarna-warni itu tidak salah asalkan tidak menimbulkan riak di hati.
Itu baru sahaja dari sudut pemakaian. Dari sudut perjuangan, cara kerja, mungkin kita akan bertemu dengan beberapa contoh yang lain. Bagaimana Tuan Guru melakukan beberapa tindakan yang diluar pemikiran masyarakat ketika itu. Jika kita melihat bagaimana Zainab Al-Ghazali seorang muslimat mampu membina kader-kader Islam yang muslimin. pernahkah kita mengkaji pembawakannya bagaimana?
Setiap mereka berani untuk melakukan sesuatu yang baru. Sedangkan kita juga berulangkali mengatakan Hukum Islam itu tetap, namun pelaksanaannya fleksible (Thabat wa Murunnah). Islam itu dilaksanakan mengikut keadaan semasa (Waqi'iyyah). Islam itu dan ini. Namun, sejauh manakah kita memahami dan mengaplikasi? Apakah silibus usrah hanya perlu dihafal untuk dimuntahkan kembali kepada anak-anak usrah?
Bagaimana untuk Menilai???
Satu penyataan Adik Yasha dalam sesi ta'lim pagi itu amat menarik perhatian aku. " Cara kita menilai sesuatu yang berlaku disekeliling kita bergantung kepada tahap iman kita" Hurmmm...aku lantas menilai diri. Namun, apabila tiba giliran sahabatku Zuraidah dia lantas berkata, "Mungkin penilaian sesuatu itu bergantung pada tahap iman, bergantung kepada pemikiran juga"
Aku bersetuju dengan Zuraida. Penilaian sesuatu perkara itu bagi aku adalah bersandarkan pada taraf Iman, akal dan juga emosi penilai. Untuk hadirkan contoh aku rasa tidak perlu. Setiap orang mungkin mampu memahaminya.
Jika kita bersandar iman semata, bagaikan kita mengenepikan akal yang diberi Tuhan. Jika
mengenepikan emosi, takut-takut kita melupakan perasaan orang. oleh itu, semuanya perlu diseimbangkan. Semuanya perlu diselaraskan. Wallahu'alam...Aku sekadar menulis mengikut kemampuan.
I love this post! betul3x..
ReplyDeletesebenarnya berbeza fikiran itu satu rahmat. Kita memerlukan satu sama lain untuk mengisi lompong2 yang ada. Dan think outside the box adalah juga cara Rasulallah..Sangat kreatif dan hebat dalam gerakan dakwah baginda, baginda juga mengambil idea dari sahabat2 yang lain. waima yang tidak terkenal pun..
Plus, kita perlu sentiasa berfikiran terbuka dan menambah pengetahuan kita.
Mungkin ada sahaja cara kita berbeza antara yang satu dengan yang lain, tapi bagi ana ia satu bonus.. bonus kerana masyrakat yang perlu daie hadapi adalah masyrakat yang berwarna-warni, bermacam pemikiran dan bermacam ragam, dan sudah pasti kita tidak boleh merobotkan mereka dengan sifat stereotype yang kita setkan.. betul tak??
Kita perlu mendalami lagi ttg sunnatullah, barulah kita memahami dengan baik apa yang perlu kita buat.. BAnyak sahaja ayat2 tentang sunnatullah yang ada di dalam Quran..dan sifat2 manusia yang ditunjukkan adalah sunnatullah juga.. dan jatuh serta bangunnya satu2 kaum juga menurut sunnatullah juga.. Fahamilah dakwah ini dengan memahami Al-Quran dan sunnah.. dan kenalilah manusia dikeliling anda supaya anda mampu mendekati mereka, salah satunya dengan berurus niaga dengan mereka..
Salam ukhuwah Jar..
Salam Rindu Fana...
ReplyDeleteComment baik dari Fana..
Macm seronok jer kalau kita faham setiap bangsa dan tamdun..tu la dulu belajar sejarah ngntuk. Sekarang baru nk bukak buku..anyway farhana..i've spirit to write now!!!!...heheheh