Friday, November 13, 2009

Coret-Coret Rembang Malam.....

Benar kata-kata, kasih ibu sampai ke syurga. Dan benar juga bila berjauhan kita akan menghargai kasih sayang. Bila berdekatan, kita tidak menyedari kita saling melukai. Saat ini aku semakin rindu pada emak. Tidak sabar untuk balik. Tapi, apakah bila berhadapan aku mampu untuk meluahkan? Benar, Aku seorang yang sukar untuk meluahkan. Kata teman, luahkan perasaan sayang dengan kata-kata agar orang yang disayangi merasainya. Emak tidak pernah meluahkan kata sayang padaku. Mungkin aku tak perasan kot. Tapi, kurasakan kasih sayangnya.

Adakah aku mampu menjadi seorang anak seperti ayah. Sentiasa berbakti pada orang tuanya hingga ke nafas terakhir. Apakah aku bisa jadi seperti emak. Sentiasa tabah menghadapi orang tuanya yang pelbagai ragam dan juga sabar menghadapi kerenah saudara kandung yang memeningkan?

Apakah aku ingin jadi Mus'ab bin Umair abad moden? Sanggup meninggalkan ibu yang tua demi sebuah tuntutan perjuangan agama? Apakah layak aku sepertinya? Amal dan pengorbananku hanya setitis air di lautan. Malah mungkin lagi kecil dari itu.

Aku hanya mahukan yang terbaik dalam semua perkara. Ok. Nobody is perfect. Tapi, aku ingin memastikan smuanya menyenagkan hati emak. Walaupun sehigga kini, emak tidak pernah mengetahui harapan aku. Aku punya harapan ingin menyedekahkan sepenuh jiwa ragaku demi Islam. Aku ingin emak mengerti, bukan kesenangan dunia aku kejari. Aku ingin emak memahami, bukan pangkat dan darjat aku sanjungi. Aku hanya ingin emak mengerti, aku ingin hidup demi Islam yang aku cintai. Aku yakin, jalan yang ku pilih ini benar. Moga redha Allah mengiringi.

1 comment:

  1. Selagi seorang ibu tidak pernah menyuruh si anak melangar syariat, selagi itu dia wajib ditaai.. Mus'ab terpaksa mengetepikan ibunya dalam hal mentaati ALlah. Betapa ramai daie hari ini gagal menafsir konsep birrul walidaini dengan baik. Rasulallah sendiri menyuruh mengutamkan seorang ibu dari berperang, jika ibu berkehendakkan begit. Jika ibu menyuruh melakukan sesuatu tanpa melanggar syariat.. Lakukanlah wahai dai'e fulltime.. kerana disitu terletak perjanganmu jua.

    ReplyDelete

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...