Assalamualaikum.
Dikala
kita sedang enak menjamah aneka juadah di bulan Ramadhan, saudara kita
di Gaza sedang berperang antara hidup atau syahid.
Nak angkat senjata kita tak mampu. Tapi, kita masih ada senjata yang ampuh. Doa. Qunut Nazilah adalah yang disarankan. Qunut nazilah merupakan bentuk perhatian dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya walau di kejauhan. Di dalamnya terdapat ketergantungan kepada Allah dan persaudaraan terhadap sesama muslibah.
Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu
selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya
penghafaz-penghafaz al-Quran.”
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
KAIFIAT QUNUT NAZILAH
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata:
"Demi
Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah
S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan
Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan
laknat ke atas orang-orang kafir".
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
3. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
4. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.
Ini adalah seringan-ringan bantuan yang kita mampu hulurkan.
Ni saya google doa ni dengan ertinya sekali.
Semoga membantu anda lebih memahami erti doa Qunut Nazilah ni.
Ni pun antara video kegemaran saya.
Saya
juga nak cadangkan untuk sahabat blogger semua set akaun Palestin
sebagai 'favourite'. Setiap hari transfer. Tak mampu RM1, transfer RM5.
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan
No comments:
Post a Comment