Monday, July 7, 2014

Puasa, Kanser & Shaklee

Assalamuaaikum. Salam Ramadhan. 

Syukur Alhamdulillah. Dapat juga saya bertemu Ramadhan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Thumma Alhamdulillah.

Sebenarnya, ada rukhsah yang Allah beri untuk orang yang sakit. Sesuai dengan ayat ini. 
“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).

Namun, sebenarnya tiada halangan untuk pesakit kanser Hodgkin Lymphoma berpuasa jika dia dalam kesihatan yang baik dan tidak menerima rawatan. 

Seperti kondisi saya. Pada 2012, saya tak berpuasa kerana saya ditahap terlantar. HB 7 dan Platlet juga 7. Hanya mampu terlantar di wad. Doktor pun tak beri puasa kerana kondisi yang sangat teruk waktu itu.

Pada 2013, saya dapat berpuasa 2 hari. Waktu tu, saya menerima rawatan di minggu ertama puasa diikuti dengan datang haid. Bila menerima rawatan kimoterapi, doktor nasihatkan untuk tidak berpuasa semasa kimoterapi dan seminggu selepas tu kerana perlu minum banyak air. Saya ikut nasihat doktor. Selepas habis semua rawatan saya, saya ganti semua puasa yang tertinggal sebanyak 27 hari. Alhamdulillah. Saya dapat habiskan mengganti puasa. 

Apabila saya mampu untuk puasa ganti, maka saya tahu saya boleh untuk Puasa di bulan Ramadhan. Yang penting, saya kenal badan saya. Saya juga tahu keperluan badan saya. Untuk berpuasa, saya perlu:
1. Bersahur dengan makanan Glycemic Index rendah
Selain untuk mendapat pahala bersahur, kita mesti bersahur supaya badan mendapat cukup tenaga.  Saya sarankan bersahur dengan makanan yang rendah Glycemic Index. Contoh: Roti gandum. Tapi, saya pilih sahur dengan Set Mighty 3 Gems Shaklee. Sepanjang saya mengganti puasa, saya tak tinggal sahur dan buka dengan set ni. Dapat rasa perbezaannya.

2. Kurangkan aktiviti berat
Tenaga kita, tak lah sama degan orang yang sihat. Jadinya, saya sarankan untuk kurangkan aktiviti berat seperti mengecat rumah. Kalau kemas rumah sikit-sikit tu tak da masalah. Kita perlu kekal aktif untuk kekalkan stamina badan. 

3. Minum air banyak diwaktu malam.
Saya cuba untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter di waktu malam. Cara saya, 
250ml buka. 
250 ml selpas solat Maghrib
250 ml Selepas solat Isyak
250 ml antara solat Terawikh
250 ml selepas solat Terawikh
250 ml moreh
250 ml sebelum tidur
250 ml penutup sahur 

Begitulah lebih kurang waktu saya minum air. Cuma saya akan selangkan dengan air Performance Drink Shakee. Saya yakin air isotonik Performance Drink untuk kekalkan bendalir badan saya. Tak berkarbonat dan juga gula tambahan.

4. Jangan tinggal ubat
Sila dapatkan nasihat doktor untuk jadual ubat semasa berpuasa. 

Itulah sedikit sebanyak cara saya bila berpuasa. InsyaAllah, Allah akan bantu hambaNya. Kajian juga banyak membuktikan kebaikan berpuasa. Hanya perlu yakin dengan Allah. 

Kalau anda juga nak berpuasa dengan Set Shaklee ni. Bolehlah order dengan saya. :)
  
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

No comments:

Post a Comment

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...