Saturday, August 23, 2014

Semangat Pesakit Kanser

Assalamualaikum semua...

Walaupun Kanser ni dikatakan Pembunuh No.1 tapi Sakit Jantung juga dikatakan Pembunuh No.1. Jadinya, apa tujuannya diberikan ranking ni? Tujuannya adalah untuk memberi tahu semua orang penyakit ini sangat bahaya. Tidak boleh diambil mudah.

Jika kita anggapkan penyakit ini adalah penyakit yang amat bahaya dan memberi ancaman kepada kesihatan dan kehidupan kita. Jadi, kita harus tahu bagaimana caranya mengesan dan juga rawatan kepada penyakit ini sebagai satu perlindungan kepada kita. Kesimpulan saya adalah. Semua sakit adalah pembunuh jika ia tidak dirawat, dikawal, dibendung dan dicegah.

Sebagai pesakit Kanser Hodgkin Lymphoma Tahap 4 yang sedang berjuang, saya perlu kongsi dengan rakan-rakan pembaca semua apa yang menyebabkan saya mampu bertahan selama 2 tahun ini. 

1. SEMANGAT 
Orang selalu kata "Kuatkan semangat". Betul. Semangat tu yang mendorong kita untuk kawal minda dan badan kita.

2. IKHTIAR 
Cakap pasal Ikhtiar, saya rasa bukan sedikit yang saya laburkan untuk kembali sihat. Walau tidak 100% sihat, tapi saya rasa lebih baik dari 2 tahun lepas malah lebih baik lagi dari sebelum saya disahkan sakit. 

Ada satu masa tu, semua doktor buntu. Tak tahu saya sakit apa. Apa rawatan nak beri kepada saya. Badan semakin lemah. Haa masa ni macam-macamlah teori orang yang keluar. Macam-macam cadangan rawatan. 

Apa yang saya ingat, setiap kali selepas solat, saya doa
"Ya Allah, mudahkan urusanku. 
Jika rawatan hospital ini terbaik untuk ku, 
Kau berikan ilham kepada para doktor untuk rawatanku"

Waktu tu, bulan Ramadhan, setiap masa hati saya mendoakan Allah beri ilham kepada para doktor untuk dihuraikan penyakit saya. Alhamdulillah, akhir Ramadhan,  doktor dapat tahu sakit saya. Hodgkin Lymphoma Stage 4. 

Masa tu, saya bersyukur. Sekurang-kurangnya, doktor dah jumpa penyakit. Rawatan dah boleh dilakukan. Kalau tak, mungkin saya masih terlantar.  

3. DOA & TAWAKKAL
Lagi sekali ditekankan. Doa,doa,doa. Sebab semuanya atas kekuasaan Allah. Allah juga yang memberi ilham kepada para doktor. Allah jua yang menyembuhkan. Semua atas izin Allah. Itulah kunci untuk tawakkal kepadaNya.

**Doakan saya sihat sepenuhnya ya. Doa dari sahabat untuk sahabatnya insyaAllah Allah kabulkan. 

Inilah antara penguat semangat saya. Allah anugerahkan anak kecil lagi solehah ini untuk saya. Mana mungkin saya tidak berjuang untuk kebahagiaan dia.

Semestinya buat dia yang banyak berkorban untuk saya. Oh, i am touched!
Saya mahu lihat senyumannya. Selalu.
Untuk keluarga bahagia ini. 

Paling banyak berkorban demi anak ini.
Bonda, terima kasih semuanya.  Tak dapat balas jasa bonda. 
Pesan bonda insyaAllah akan diingat dan diikuti.

Juga buat semua ahli keluarga. Terima kasih! Sayang korang semua! Tak larat nak upload gambaq banyak-banyak. Huhuhuhu.
 
Siti Hajjar Hassan
Shaklee Independent Distributor
1090868
+60182349882
hajjar07@gmail.com
https://www.facebook.com/HajjarHassan

1 comment:

  1. Bersama kita doakan semoga semuanya baik dan sihat..

    ReplyDelete

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...